UMNO DUN Sijangkang Giat Berombongan
Assalammualaikum,

Kali ini saya nak cerita sikit tentang aktiviti-aktiviti UMNO di DUN Sijangkang yang agak aktif ketika ini - sebelum menyambut bulan puasa ini.

Baru-baru ni, 2 buah bas disediakan percuma untuk rombongan ke Kelantan (negeri yang air paipnya keruh dan berkeladak). Mungkin ahli UMNO ni pergi sana langsung tak mandi kot. Maka berbotol-botollah budu yang mereka beli hingga terkejut orang Kelantan kat sana hinggakan stok budu kehabisan.

Lepas tu, sediakan 2 buah bas percuma lagi ke Melaka pula. Maka ramailah anak buah YB Fatah belajar makan cencalok pula. Sebelum ni asyik makan tempe aje.

Kemudian 4 buah bas pula ke Cameron Highland kununnya nak tengok ladang teh. Taukeh ladangpun hairan, dekat Seri Cheedingpun ada ladang teh, kenapa nak tengok jauh-jauh?

Itulah serba sedikit aktiviti UMNO Fatah Sekandar untuk anak buahnya. Yang pergi tu bukanlah semuanya UMNO. Tambang free, siapapun nak pergi. Maka terdengarlah cerita-cerita dari ahli rombongan tu semasa dalam perjalanan, banyaklah diingatkan supaya memilih pemimpin yang ada. Rupa-rupanya nak raih undi. Nampak sangat pilihan raya dah dekat ni. Yang ahli UMNO apa lagi, gembiralah dapat pergi free. Tapi yang bukan ahli tu (kebanyakannya atas pagar) buat-buat tak dengar aje.

Yang sebelum tu, dengar juga ada yang pergi Bali. Tapi tak tahulah ahli yang macam mana dapat pergi. Mungkin Songkok Tinggi Kapar atau Orang Dalam boleh cerita sikit? Dah jadi trend dalam UMNO mesti dapat pergi rombongan. Tak dapat jauh, dekatpun bolehlah, asalkan dapat perabih duit rakyat.

Setakat ini dahulu.
Pemerhati PAS - 24.10.2003

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!