Nota Daripada Para Pembaca
 

Boikot Utusan Meloya & Berita Hairan
Saya sebagai salah seorang daripada penyokong PAS & BA ingin mencadangkan agar kita semua memboikot Utusan Meloya & Berita Hairan dan sebagai alternatifnya, Harakah hendaklah ditingkatkan kualiti dan mutu agar dapat menarik lebih ramai penyokong (PAS & BA) & pembangkang (umno & the gang) membacanya.. (walaupun Harakah hanya layak dibaca oleh orang PAS sahaja).

Itu hanyalah cadangan saya kerana apa yang kita lihat hari ini akhbar malaun umno ni masih tak serik-serik lagi memburukkan PAS & BA walaupun telah banyak setakat hari ini isu-isu dan fitnah yang disiarkan akhirnya memakan diri sendiri. Harap maklum.

- Ajmiiee



Mengenai Datin Rosmah Mansor
Tahukah anda perihal Rosmah isteri kepada Najib? Cerita ini saya perolehi dari seorang pesara pegawai kerajaan pada bulan Ramadan ketika sedang berbual sambil menikmati moreh di sebuah surau di sebuah bandar baru elit di Shah Alam selepas sembahyang tarawih tahun 1999. Mungkin ramai yang dah tahu, tetapi apa yang saya ingin khabarkan ialah cerita ini keluar dari mulut pesara berkenaan yang ketika ini merupakan ketua penaja cawangan umno di bandar baru tersebut. Beliau mengatakan ketika berkhidmat di sebuah bandar di NS, beliau berjiran dengan Rosmah. Si Rosmah ini katanya adalah seorang kaki bomoh. Katakanlah mana saja bomoh yang handal-handal di seluruh negara, pasti Si Rosmah pernah mengunjunginya untuk mendapatkan perkhidmatan.

Ya Allah, jauhilah kami dan anak-anak kami dari ber "ibu" kan wanita yang bernama Rosmah ini. Dan jauhilah kami dari ber "bapa" kan lelaki yang bernama Najib ini.

Warpak KK



Cadangan Calon Menentang Najib
Semenjak kedengaran Ezam Mohd Noor hilang kelayakan untuk menjadi calon, mungkin ramai yang merasa gundah gulana tetapi berita ini sedikit pun tidak menjadi masalah kepada Ezam Mohd Noor kerana sekiranya segala usaha yang di lakukan sekarang untuk memastikan beliau dapat bertanding gagal ,beliau masih punya calon alternatif yang tidak kurang hebatnya seperti Sd Johari, Shamsul Iskandar, Ghani Haron dan Zool Hilmi Yahya akan tetapi saya ingin mencadangkan agar Zool Hilmi Yahya ketua angkatan muda perak yang menjadi saksi pembelian 12 malaun ke dalam UMNO oleh Najib menentang Suami Rosmah Mansur itu di Pekan .Biar mereka bertentang mata di Pekan, Pahang dan pasti Najib akan terkejut sekiranya ini berlaku. Pendapat saya hanya cadangan terpulang kepada Ezam membuat keputusan.
sekian

Wakil AMPKR



Mengenai Yusof Nor
Assalamualaikum..
sekadar ingin memaklumkan.. Yusof Nor akan bertanding di Setiu. Dan beliau sebagai pengerusi FELDA telah menyalahgunakan kuasa nya dengan hampir RM 2 juta duit FELDA digunakan untuk berkempen di sana. Bukan setakat duit, malah dikerahkan kakitangan FELDA untuk berkempen di sana. Bilalah depa semua nie nak sedar yang duit itu bukan mak bapak depa punye!!!!.

-Awak-awak - 09.03.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: