"Kalau nak Shopping murah kena ke Hyper Market lebih-lebih lagi Tesco"
Sdr Editor!

Itulah dia lebih kurang 'statement' dari 'Menteri' yang di lantik oleh kerajaan BN yang untuk menjaga kepentingan pengguna-pengguna di Malaysia tak kira dari Parti Kerajaan mahu pun Pembangkang semasa membuat sidang media semalam di Tesco selepas membuat pemeriksaan ke atas harga-harga barang di sana(Berita TV 3/4 malam tadi).

Dengan bangganya dia telah mempromosi semua Hyper-hyper market di Malaysia lebih-lebih lagi Tesco (Jewish interest) dengan menyuruh rakyat marhaen membeli belah di kedai-kedai besar untuk mendapat kan harga yang berpatutan untuk mengelakkan kenaikan harga barang-barang semenjak harga minyak di naikkan.
 
Sejak bila pulak 'Menteri' tersebut menjadi 'spoke person' untuk hyper-hyper market sedangkan masalah harga barang naik ini bukan hanya dihadapi oleh segelintir rakyat yang mampu untuk ke sana sini di bandar-bandar besar sahaja. Tetapi si 'Menteri' ini lupa akan rakyat-rakyat di bandar-bandar besar yang tak mampu untuk ke hyper-hyper market tersebut dan kalau berkemampuan tidak berbaloi bagi mereka untuk membeli sedikit sahaja barang dengan tujuan untuk mendapatkan harga barang yang berpatutan. Dan bagaimana pula dengan penduduk-penduduk di bandar-bandar kecil atau luar bandar yang mana kemudahan membeli mungkin hanya bergantung kepada penjual-penjual dari rumah ke rumah atau kedai-kedai kecil sahaja yang secara tidak langsung harga barang-barang naik sedikit kerana kos pengangkutan yang meningkat. Ke manakah akal fikiran 'Menteri' tersebut dalam hal ini? Apakah kita tidak layak untuk mendapatkan khidmat wakil rakyat yang bijak atau kita sudah ketandusan wakil-wakil yang berwibawa.
 
Nampak gayanya bertambahlah koleksi menteri-menteri kerajaan yang tak boleh dipakai yang semuanya dalam waiting list sahaja untuk disingkirkan. Dalam hal ini Menteri-menteri yang terbabit terus dengan rakyat yang tidak mampu untuk menjalan kan tugas perlu dinyahkan dengan cepat demi menjaga kepentingan rakyat bersama.
 
This can only happen in Malaysia..."Malaysia Boleh"
 
Ex-lalang - 25.10.2004


Hantar artikel ini kpd sahabat: