Nota Ringkas Daripada Pembaca
Tuan Editor,

Membaca tulisan ABR cara untuk menolak kerajaan penipu ini, (ABR: Apakah Cara Untuk Tidak Mengiktiraf Kerajaan Dipilih Secara Penipuan?) saya cadangkan kita adakan pungutan suara dengan mengambil tandatangan seluruh rakyat marhaen Malaysia biar sampai berjuta-juta ,dan kita beri publicity secara agresif seluruh dunia disamping menekan KERAjaan penipu ini dengan tandatangan bantahan supaya pakar-pakar dan professor kangkong semua menutup mulut busuk mereka dan menolak segala keputusan undian paling busuk ini.

Selagi tindakan tidak diambil walau apa cara pun hanya akan mengiakan kerajaan 'hantu' ini. Dan kita dan anak cucu kita juga akan menjadi mangsa mereka sampai bila-bila.
 
Kiriman: Jingoza - 26.03.2004 -



Assalamu'alaikum,
 
Setelah sekian lama menunggu 'minda' MT akhirnya hari ini seperti terubat. (Marhaintua: Pilihan Raya Menipu Rakyat) Saya tidak pasti apakah tulisannya akan sampai kepada barisan kepimpinan PAS khasnya kerana mereka perlu memberi perhatian yang tinggi kepada saranan Pak MT ini. Harap Sdr webmaster pastikan ianya benar-benar tiba ke pembacaan pemimpin PAS.
 
Wassalam.
Kiriman: Nuri Selasih - 26.03.2004 - 
Assalamualaikum dan salam sejehtera,

 
Sila ambil perhatian kepada semua pemimpin pembangkang,
Sepatutnya kempen pilihanraya ditamatkan pada 12.00tengah malam (20/03/2004) tapi nampak gayanya TV3 serta RTM masih lagi berkempen untuk BN pada waktu siaran berita mereka 7.30 pagi (21/03/2004). Kita minta pemimpin pembangkang melaporkan perkara ini kepada SPR untuk diambil tindakan keatas TV3 dan media-massa perdana yang telah menyalahgunakan siaran media tersebut.Kita harap SPR mesti mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap TV3 serta RTM kerana telah menyalahgunakan media kerajaan sebagai bahan kempen BN. SPR melarang berkempen sehingga pilihanraya kecil di sungai lembing pada hari ahad ini tapi media massa seperti RTM,TV3 masih lagi berkempen untuk BN/Umno, memang patut PAS memboikot pilihanraya kecil nanti sebab SPR memang jelas tidak adil terhadap pembangkang. Sekiranya SPR tidak mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan media massa kerajaan ini jelaslah SPR tidak boleh diharap lagi. Diharap pemimpin pembangkang menyuarakan suara rakyat ini kepada SPR untuk tindakan selanjutnya. Sekian harap maklum,
 
Suara Rakyat Malaysia - 26.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN