Nota Ringkas Daripada Pembaca
Pengamatan Pilihan Raya 2004

 
1. Daripada pengamatan saya pilihan raya kali ini BN cuba menunjukkan bahawa dia menang dengan bergaya. SPR telah digunakan dengan semaksimum mungkin………..kerana di sini saja mereka boleh mengguna semaksimum yang mungkin.

2. Saya harap peguam yang mahir dalam akta2 SPR ini boleh melihat apa-apa kecacatan yang boleh digunakan oleh BN untuk terus berkuasa. Daripada pada penglihatan saya  ‘Kecacatan” yang berikut telah digunakan BN sepenuhnya:

a. kertas undi ditandakan……saya yang pertama kali mengundi terkejut apabila nombor giliran pada kertas undi ditulis di atas pada buku di kertas yang bakal disimpan oleh SPR. Bila ditanya mereka kata supaya senang/sebagai bukti yang kita telah mengundi. Sebenarnya itu bukan jawapan yang sebenar tetapi adalah untuk digunakan untuk mengetahui kita telah mengundi BN atau tidak. Sekiranya kita tidak mengundi BN, kita akan dipindahkan. Dengan kata lain Undi kita diketahui oleh BN.
b. Pernahkah kita terfikir apakah muslihat pengundian di tempat Mengundi. Bila kita aju kan dekat SPR, SPR kata untuk memudahkan pengiraan dan untuk mempercepatkan pengiraan undi. Tetapi tahukah kita apa muslihatnya…..Sebenarnya pada pandangan saya adalah untuk mengetahui kawasan tersebut memihak kepada  BN atau tidak.
c. Pernahkah kita berfikir mengapa tempat mengundi kita berpindah-pindah….adik saya mengalaminya.. tahun1999 mengundi di sekolah lain tapi tahun ini mengundi di sekolah yang lain tapi masih di DUN yang sama dan parlimen yang sama. Dan bagaimana pula Di DUN yang sama tapi di Parlimen yang berlainan….Fikir anda pasti dapat jawapan…kalau Tanya saya, ia adalah untuk monitor Penyokong BN dan sebaliknya. Buktinya lihat di Jelutong pada tahun 1999, kenapa Karpal Singh boleh ditumbangkan. Penyokong fanatik cina (PASTI Pilih DAP) telah dikumpulkan pada DUN Batu Lanchang. Tahun ini kalah sedikit saja. Cuba lihat kubu kuat dap di melaka, apa dah jadi……..
d. Satu lagi yang saya dapat ialah lokaliti saya dipindahkan oleh SPR ikut dia saje. banyakkan……………..
e. Pernah kah kita terfikir kesan dari tarikh Pilihan raya yang tidak ditetapkan,sementara negara  luar menetapkan awal-awal lagi,tetapi kita ikut kata PM saja…..sesiapa di bidang perundangan cubalah lihat akta pembubaran parlimen,kemudian perbetulkan.
f. Pada pandangan saya reformasi utama sekarang adalah di SPR di segenap kekuatan reformasi yang adalah harus menekan perkara-perkara berikut:

1. undi kita tidak dicatat pada pilihan raya.
2.Pengiraan undi dibawa ke tempat yang  penjumlahan.
3. tarikh pilihan raya hendak ditetapkan pada tarik yang tetap, contohnya, selepas 30 atau 60 hari. Ayat seperti dalam masa 60 perlu di tukar.
4. pemerhati luar atau dalam  adalah perlu untuk mengesahkan pilihan raya adalah benar-benar telus.

Kiriman: ZXC - 24.03.2004


Siapa Sebenarnya Yang Untung Daripada Kekecohan Pilihan Raya 2004?

Pilihan raya yang seperti biasa akan juga memenangkan BN. Sabah, Sarawak dan Johor cukup untuk memenangkan BN untuk membentuk satu kerajaan. Campur dengan Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan. Tidak perlu bersusah payah untuk bermain terlalu kotor. Sila rujuk artikel "The day I was a polling agent" oleh Jarrod Daniel. Kehadiran pengundi hantu terlalu obvious. Seperti disuruh-suruh kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyoal kebersihan pilihan raya 2004 ini.

Kenapa perlunya BN dan Pak Lah menang terlalu besar? Mereka cuma perlukan majority 51% sekurang-kurangnya untuk membentuk kerajaan BN. Untuk mendapat 60% juga tidak sukar.

Kenapa mesti kita menyoal kebersihan pilihan raya 2004? Dan memungkinkan campur tangan Raja-Raja? Dan mengakibatkan keputusan pilihan raya 2004 dimansuhkan? Siapa sebenarnya yang untung jika ini yang terjadi?

Pak Lah akan terpaksa menanggung malu. Letak jawatan? Najib pula bagaimana? Mahathir? Apa pula peranan yang akan dimainkan oleh Mahathir nanti?

SIAPA YANG SEBENARNYA AKAN UNTUNG? SIAPA YANG ADA MOTIF UNTUK MENCELARUKAN PILIHANRAYA 2004?

Kiriman: Ikan Keli - 24.03.2004


Assalamu'alaikum,
Peritnya, moga iman menjadi penawar.
 
Apakah ini antara taktik 'magic' mereka selain 'hantu-hantu', persempadanan semula kawasan dan memindahkan nama pengundi ke tempat lain :
 
1.  terlebih dulu memasukkan kertas-kertas undian yang telah siap di tanda sebelum di bawa ke pusat pengundian.
2. 'computerised' system dengan arahan jumlah undi BN > BA.
3. peti undi yang dikatakan telah di bawa dari tempat mengundi sebenarnya telah siap sedia ada di sana sejak awal dan peti undi dari pusat mengundi di humban atau di sorok.
4. Memastikan petugas-petugas SPR adalah orang2 'mereka' supaya senang taktik kotor tersebut dilaksanakan.

Kiriman: Nuri Selasih - 24.03.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN