Nota Ringkas Daripada Pembaca
Berita Gembira Untuk Semua Rakyat Malaysia Yang Mengundi BN

InsyaAllah BN akan menaikkan yuran pengajian universiti dalam masa antara 2004 - 2009 ini.

Ini adalah kerana pendapatan negara adalah lebih sedikit daripada jangkaan (projection in budget) dan akibatnya universiti pun jadi mangsa.

Berita ini saya perolehi daripada orang yang sangat saya percayai dan berpangkat tinggi.

Selamat Mengundi BN yang 'terer'mengendalikan ekonomi!!

Kepada pelajar - selamat menambah hutang kepada PTPTN yang makan riba!
Kepada Orang kampung dan yang miskin, selamat menggadai tanah pesaka untuk masukkan anak ke universiti.

InsyaAllah semua orang Melayu, Cina, India akan kena lagi..

Teruskan undi BN untuk kemakmuran!!!!

Kiriman: MRAL - 19.03.2004



SAJ (Syarikat Air Johor ) Hamba Politik BN

SEKIJANG 16 MAC - Ketua Agensi SAJ Segamat Encik Zahari Majid dilaporkan telah memberikan hamper dan lain-lain barangan kepada Bilik Gerakan BN hari ini. Terdapat laporan mengatakan bahawa beberapa buah
kenderaan pacuan empat roda (Pajero) telah ditanggalkan lambang SAJ dan diarahkan untuk ke Pahang bagi membantu kempen Pilihanraya di Pahang.

Perbuatan beliau telah menimbulkan kemarahan pengundi-pengundi di Sekijang, Segamat dan Labis kerana menggunakan harta syarikat dengan mudah untuk tujuan parti politik tertentu, bahkan menurut salah
seorang pengundi yang ditemui mengatakan bahawa perbuatan Ketua Agensi SAJ berkenaan seoelah-olah SAJ adalah 'hamba' politik BN.

Banyak lagi berita dari Parlimen 141 Sekijang di www.sekijang.com

19.03.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN