Kursus Penghayatan Sifat Solat Nabi Muhammad- Shah Alam
Kiriman:
zaharuddin@yahoo.com


Assalamualaikum wrt wbh,

Begitu sukar ingin menunaikan solat ?
Bagaimana untuk solat sedangkan tiada ilmu bagi melakukannya, MALAH untuk mempelajarinya juga memakan masa yang terlampau panjang?

Suasana masjid dan surau juga kadangkala tidak begitu menggalakkan bagi sesetengah individu.

KINI, Anda boleh memulakan hidup baru dengan mempelajari solat sepenuhnya dalam MASA SATU HARI SAHAJA dengan kaedah pembentangan yang menarik menggunakan Power Point dan kertas kerja serta selingan nasyid-nasyid indah ..!!

Kursus ini bakal menghidangkan tentang pericara Nabi Muhammad SAW menunaikan solat berdasarkan dalil-dalil yang kukuh, agar kita mampu menuruti cara solat yang terbaik!.

Justeru, daftarlah segera bagi memulakan hidup baru dengan ilmu solat yang sama seperti Nabi Solat dan Mempelajari kaedah mendapatkan khusyu' di dalam Solat.

Dengan pelaburan yuran sebanyak RM 40 sahaja anda boleh :-
- Keluarkan diri anda daripada solat secara ikut-ikut selama ini.
- Keluarkan diri anda daripada kesukaran mempelajari ilmu tentang solat.
- Dapatkan kaedah bagaimana memperolehi khusyu' di dalam solat kita.
- Ajarkan ilmu yang diperolehi kepda anak dan keluarga kita.
- Jangan lepaskan peluang mendegar sendiri dalil bagi setiap pergerakan solat.
- Mendengar kupasan ilmiah dan menarik tentang dalil dan ketetapan hukum darinya.

 Kursus Penghayatan Sifat Solat Nabi SAW
Tempat : Dewan Bestari, Seksyen 9, Shah Alam
Tarikh : 05 Mac 2005 ( Sabtu)
Yuran : RM 40
Hubungi : Sdr. Jailani : 013-340 1935

P e n d a h u l u a n

Solat adalah tiang agama , tanpanya runtuhnya agama seseorang malah Nabi pernah bersabda : ertinya “ sesungguhnya sempadan di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat” ( Hadith Shohih Riwayat Muslim ) , manakala dalam sebuah hadith lain ertinya : “ Bukti perjanjian antara kita (Islam) dan kamu (Umat Islam) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkannya maka ia telah jatuh kafir” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi,Al-Hakim, Hadith Sohih menurut Ibn Hibban, An-Nasaie dan al-‘Iraqi )

Ia juga adalah jenis ibadah khusus yang terhebat kesannya dalam diri seseorang dan merupakan ibadah khusus yang paling dapat menghampirkan diri seseorang dengan Allah SWT. Terdapat begitu banyak ayat yang menyatakan perihal solat seperti Firman Allah SWT ertinya : “Sesunguhnya solat adalah ketetapan buat orang Mukmin menurut waktunya” (An-Nisa: 103 ), Bukan setakat itu sahaja, malah Allah SWT juga telah menetapkan bahawa tanda sesuatu solat itu diterima adalah dengan melihat kepada kesannya dalam diri individu sebagaimana Firman Allah SWT ertinya : “Sesungguhnya dengan melaksanakan solat itu, dapat mencegah sesorang dari melakukan perkara yang keji dan mungkar”. ( al-‘Ankabut : 45 )

Maka, ingin ditegaskan di sini, bahawa solat yang mampu melahirkan kesan dan tanda yang dikehendaki oleh Allah SWT tadi, hanyalah solat sempurna yang memenuhi sifat solat Nabi SAW. Maka solat yang tepat rukun dan syarat serta rukun hatinya, pasti dapat mengelakkan seseorang dari lembah maksiat. Tetapi hari ini, mengapa ramai juga kelihatan individu yang bersolat masih lagi melakukan maksiat? Jawapannya adalah kerana solat yang didirikan tidak dibuat dalam bentuk dan kaedah yang diajar oleh Nabi SAW. Akhirnya solat itu gagal mendidik ruh walapun kelihatan di mata kasar menepati rukun zahirnya. Firman Allah SWT : “ Telah berjayalah orang mukmin yang khushu’ di dalam solatnya” ( Al-Mukminun : 1) , Nabi juga bersabda ertinya : “ Allah tidak melihat kepada solat seseorang yang tidak hadir hati seseorang dengan badannya” ( Hadith Mursal )

Nabi SAW menegaskan “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” .Justeru, beruntunglah sesiapa yang memperelokkan solatnya dengan didasari ilmu dan kekhusyu’kan hati. Benar ia adalah sesuatu yang amat sukar di akhir zaman ini. Maka menyedari dan menginsafi kepentingan ilmu dalam menyempurnakan ibadah terbesar ini. Suatu usaha khusus yang bersungguh untuk memperdalami selok belok ilmu tentang solat, serta keluar dari kepompong taqlid dalam hal yang sebesar ini adalah amat diperlukan. Justeru, Seminar Sehari Penghayatan Sifat Solat Nabi SAW ini adalah amat wajar dilaksanakan.

 O b j e k t i f

1) Mendedahkan beberapa kaedah dan teori bagi memperolehi khusyu’ dalam solat serta menekankan kepentingannya.
2) Mendedahkan kaedah solat yang paling bertepatan dengan solat Rasulullah SAW berdasarkan dalil-dalil terkuat. Tanpa melupakan perbezaaan pandangan mazhab dalam hal-hal cabang.
3) Mempersembahkan suatu ilmu teori dan praktikal agar dapat melahirkan solat yang paling hampir dengan solat Rasulullah SAW.
4) Mengeluarkan umat Islam dari kepompong taqlid dalam ibadah solat kepada mengetahui dalil-dalil al-Quran dan AS-Sunnah yang kukuh.
5) Memantapkan solat umat Islam hari ini agar ia benar-benar di tunaikan dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

A n j u r a n
Kerjasama Pusat Pengajian At-Tibyan dan Dewan Bestari Shah Alam

T e m p a t
Dewan Bestari, Seksyen 9, Shah Alam

T a r i k h   d a n   M a s a
5 Mac 2005 (Sabtu)
9.00 pagi hingga 6.30 petang

H a d   B i l a n g a n   P e s e r t a
Sekitar 150 orang sahaja

P e n g a l a m a n   K u r s u s   I n i

Kursus ini telah diadakan di tempat berikut :
1. Masjid As-Syakirin, KLCC (18 Disember 2004) : 250 peserta (mencatat jumlah program yag paling ramai peserta yag pernah dibuat di masjid ini).
2. Bank Industri dan Teknologi Berhad ( 21-24 Disember 2004 ) : Seramai 80 kakitangan Bank turut serta.
3. PETRONAS Menara Berkembar ( 29 Januari 2005 ) : Penyertaan dihadkan kepada 100 peserta daripada kalangan kakitangan, Pihak PETRONAS terpaksa menerima 160 peserta akhirnya dan meolak semua permohonan peyertaan lain.
4. Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama ( 30 Januari 2005) : Seramai 180 orang peserta berdaftar.
5. Kilang PERODUA, Rawang (19 Februari 2005) : peserta seramai 150 orang.

InsyaAllah, ia juga bakal di adakan di :-

1. Ingress Technologies Sdn Bhd, Bukit Beruntung (26 Februari 2005)
2. NTV 7, Shah Alam (27 Februari 2005)
3. Ingress Engineering Sdn Bhd (12 Mac 2005)
4. Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara (02 April 2005)- TERBUKA KEPADA ORG RAMAI
5. Petronas Gas Berhad, Kerteh (17-19 Mac 2005)
6. Dewan Institut Tadbiran Awam (INTAN), IPOH, PERAK : (13 Mac 2005) TERBUKA KEPADA ORG RAMAI.
7. Balai Islam Kelantan , Kota Bharu, Kelantan ( 23 April 2005 ) TERBUKA KEPADA ORG RAMAI
8. Proton Holdings Berhad, Shah Alam (13 Mei 2005)
9. Petronas Carigali Sdn Bhd, Kerteh (Bulan Mei 2005)

 P e r a n g k a   M o d u l

Nama: Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
• Pengarah, Pusat Pengajian At-Tibyan
• Felo Akademi, Pusat Kajian Modeniti dan Masyarakat Madani
• Kaunselor Shariah, Ingress Engineering Sdn Bhd
• Kaunselor Bersekutu, FITRAH Perkasa Sdn Bhd

Kelulusan
• B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya
• M.A, Shari’ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan

Antara Guru Beliau sewaktu di Timur Tengah :
Syeikh Prof. Dr Yusof Al-Qaradawi ( Mesir), Syeikh Prof. Dr Muhammad ‘Uqlah El-Ibrahim(Jordan), Syeikh Prof. Dr Muhammad Fathi Ad-Durayni (Syria), Syeikh Dr. Solah Abd Fatah Al-Khalidi(Jordan), Prof. Dr Abd Fatah Idris Al-Masri (Mesir) , Syeikh al-Kabir Prof. Dr Fadhal Hasan Abbas(Jordan), Prof. Dr Ibrahim El-Khalifah al-Masri(Mesir), Prof. Dr Abd Raouf El-Kharabsheh (Jordan), Prof.Dr ‘Imad Rashid (Syria) dan ramai lagi.

Gambar (1): Bersama Guru kami Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi berbincang berkenaan tesis.
Gambar (2): Ketika mengiringi Al-Qaradawi ke jamuan

Pengalaman Dakwah :
Berpengalaman menyampaikan dakwah selama lebih 15 tahun, serta amat aktif memberikan ceramah, kuliah, kursus dan kaunseling di Jabatan Kerajaan Dan Swasta di Malaysia seperti :
: PETRONAS Twin Tower
: Masjid As-Syakirin, KLCC
: Masjid PROTON
: Masjid PUTRA, Putrajaya
: Masjid Al-Mujahidin, Damansara
: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
: Kementerian Kerja Raya Malaysia, KL
: Kementerian Pertanian Malaysia, KL
: Menara Pernas
: Subang Airport, Subang
: Ingress Engineering Sdn Bhd
: Ingress Technologies Sdn Bhd
: Ingress Corporation Berhad
: Shell Berhad
: Bangunan Felda Pusat, Jalan Semarak
: SAPURA Machening
: Bank Islam Malaysia Berhad
: Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad
: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), KL
: Takaful Malaysia Berhad
: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
: Lembaga Perkayuan Malaysia, Menara PGRM
: Ibu Pejabat TELEKOM, Bangsar
: Menara CELCOM dan Menara TR
: PROTON Holdings Bhd

T a j u k   &   P e n g i s i a n

Ceramah 1 : Tajuk : Sifat Solat Nabi dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Pertama )
Ceramah 2 : Tajuk : Sifat Solat Nabi Dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Kedua)
Ceramah 3 : Tajuk : Sifat Solat Nabi Dari Takbir Hingga Salam (Sesi Ketiga)
Ceramah 4 : Tajuk : Falsafah Solat dan Beberapa Kaedah Mencapai Khusyu’ Dalam Solat.

M a k l u m a t   K e r t a s K e r j a

Target penulisan ini adalah untuk mendedahkan secara ilmiah sifat solat Nabi Muhammad SAW, maksud penulis “ilmiah” membawa erti pendedahan yang dibuat adalah bersandarkan dalil-dalil terkuat dan dalil-dalil ini juga dipaparkan buat tatapan awam.

Bagaimanapun, penulisan ini tidak mengikut displin kajian disertasi di Institut Pengajian Tinggi kerana sifatnya adalah untuk tatapan awam. Agar ia mampu ditatapi dan difahami oleh orang awam yang bukan takhassus bidang Shari’ah, dalam pada yang sama boleh dibaca dengan selesa oleh para pengkaji ilmu Shari’ah, justeru penulis mencampur-campurkan kaedah dan manhaj penulisan dengan hasrat ia boleh di manfaatkan oleh kedua-dua kumpulan masyarakat tersebut.

Penulis juga cuba sedaya upaya untuk “ istiqra’ ” hadith-hadith dan merujuk syarah-syarahnya yang muktabar, kemudian merujuk pula pandangan para ulama Fiqh dari empat mazhab utama Ahli Sunnah Wal Jama’ah, iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Elok untuk disebutkan di sini, bahawa penulis bergantung kepada pelbagai jenis kitab yang muktabar, lama dan baru, ketika menulis dan menganalisa demi menghasilkan hasil yang terbaik untuk dijadikan pegangan kita semasa solat. Antara kitab silam yang menjadi rujukan utama adalah :-
1. Fath al-bari Syarah Shohih Al-Bukhari oleh Ibn Hajar Al-‘Asqolani (852 H)
2. Syarah Shohih Muslim oleh Imam Yahya Syaraf An-Nawawi (676 H)
3. Ma’alim as-Sunan Syarah Sunan Abi Daud oleh Abu Sulaiman Al-Khattabi ( 388 H)
4. Sunan At-Tirmdizi oleh Imam Abu Isa At-Tirmidzi
5. Zad al-Ma’ad fi Khayri Hadyi al-‘Ibad oleh Ibn Qoyyim al-Jawziyah (758 H)
6. Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtasid oleh Ibn Rusyd Al-Hafid (595 H)
7. Mughni al-Muhtaj oleh Muhd Bin al-Khatib as-Syarbini
8. Subul as-Salam Syarah Bulugul Maram oleh Md Ismail As-Son’ani (1182 H)
9. Nailul Awtar oleh As-Syawkani (1250 H)
Dan beberapa kitab mahzab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali yang lain juga dijadikan rujukan sekali sekala.

Manakala kitab kontemporari yang dijadikan sumber rujukan utama pula adalah :-
1. Al-Fiqh Al-islami wa Adillatuhu oleh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhaili
2. Al-Fiqh Alal Mazahib Al-‘Arba’ah oleh Al-Jaziri
3. Min Ahsani al-Kalam fil fatawa oleh Syeikh Atiyyah Saqar
4. Fatawa Mu’asiroh oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dan beberapa kitab lain yang kadang kala dirujuk.

M a n h a j P e n u l i s a n

Manhaj yang digunakan oleh penulis adalah :-
1) Membawakan dalil hadith yang kuat untuk menunjukkan sesuatu amalan dan pergerakkan itu adalah sifat solat Nabi SAW.
2) Membawa beberapa pandangan ulama hadith dalam menentukan tahap kekuatan hadith dan jadng kala mengutarakan tafsiran hadith.
3) Membawakan pandangan ulama Fiqh dalam sesuatu dalil, kerana mereka lebih utama dalam memahami “wajh ad-dalalah” dan “wajh al-istidlal” dari hadith.
4) Menggunakan pendekatan mendahulukan ‘azimah agar lebih mampu mendekati sifat solat Nabi SAW.
5) Toleransi dalam perkara yang bersifat ijtihadiyah serta tidak taksub kepada sesuatu pandangan sahaja.
6) Menganalisa serta menilai analisa pelabagi ulama serta mengeluarkan intipati perbincangan dan analisa mereka buat faedah dan keyakinan kita dalam beramal, ini dalam perkara yang hebat terdapat perbezaan pendapat ulama.
7) Kajian sebenar bermula dari halaman ke empat tajuk : “Sifat Solat Nabi Dari Mula Hingga Salam”, manakala beberapa item sebelumnya seperti syarat sah, rukun, perkara membatalkan tidak diperincikan serta tidak disertakan dalil, kerana target kertas ini adalah sifat solat Nabi SAW bermula dari Wudhu hingga Salam. Bagaimanapun disertakan secara ringkas maklumat item tersebut di atas tadi sebagai maklumat asas sahaja.

C a r a   P e m b e n t a n g a n

Menggunakan teknik berikut :
1) Ceramah lisan
2) LCD Projektor
3) Kertas Kerja
4) Praktikal beberapa orang peserta dan pembentang akan melakonkan beberapa gerakan di hadapan peserta.
5) Beberapa petikan video pergerakan solat ringkas untuk tontonan peserta

 T e n t a t i f   P r o g r a m
07.30 pagi : Pendaftaran peserta.
08.45 pagi : Ceramah 1
Tajuk : Sifat Solat Nabi dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Pertama)
10.15 pagi : Sesi Soal Jawab.
10.30 pagi : Rehat dan Minum Pagi.
11.00 pagi : Ceramah 2 Tajuk : Sifat Solat Nabi Dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Kedua)
12.30 tgh : Sesi Soal Jawab.
01.00 tgh : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari.
02.15 ptg : Ceramah 3 Tajuk : Sifat Solat Nabi Dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Ketiga )
04.00 ptg : Sesi Soal Jawab.
04.30 ptg : Rehat,minum ringan dan solat Asar
05.00 ptg : Ceramah 4 Tajuk : Falsafah Solat dan Bagaimana Mencapai Khusyu’ Dalam Solat.
06.30 ptg : Majlis Bersurai

Sekiranya berminat, sila hubungi: zaharuddin@yahoo.com

24.02.2005 - M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: