Isu Sambutan Hari Valentine:
Marina Mahathir Perlekeh Mufti Negeri Perak
(Artikel asal 'Love’s pebbly path' tulisan Marina Mahathir dalam bahasa Inggeris disiarkan dalam 'musings' - The Star 18.02.2004)


Saya telah murtad, saya rasa. Pada Hari Kekasih yang lalu, saya memberi sekeping kad kepada suami saya untuk meluahkan perasaan cinta saya. Malam sebelum itu, suami saya membelikan bunga manakala anak saya telah membuat kad istimewa untuk kami berdua. Mengikut seorang pegawai agama negara ini (Mufti Perak - dalam kes ini), kami sekeluarga telah murtad.

Kami tak kisah.

Anda boleh meluahkan cinta pada suami anda pada bila-bila masa dalam setahun tetapi jika anda berbuat demikian pada hari kekasih, anda akan jadi murtad. Mudahnya! Saya berasa simpati terhadap mereka yang pasangannya hanya teringat untuk meluahkan perasaan cinta mereka apabila mereka terlihat promosi berbentuk hati merah yang terpampang di pasaraya. Bayangkan kita boleh dihukum dengan berat hanya kerana hendak menunjukkan penghargaan dan cinta sekali dalam setahun.

Apa dah jadi dengan orang-orang alim/ahli agama kita? Mereka hanya tahu menyenaraikan dengan panjang perkara-perkara yang org Islam tidak boleh lakukan. Adakah mereka berpendapat bahawa yang terbaik di antara kita adalah mereka yang tidak berfikiran waras?

Tahun lepas saya menyertai persidangan pemimpin-pemimpin agama yang akhirnya menjadi satu kontroversi. Apb perselisihan faham itu berakhir (sekurang-kurangnya untuk kebanyakan dari kami) seorg darip pemimpin agama dari Afrika yang berjubah dan berserban (berlapis-lapis) pergi ke wanita yang di kontroversikan tadi. Dia bersalam dan meminta maaf kpd wanita itu krn menyakiti perasaannya dan kemudian memeluknya. Orang dari Malaysia yang melihat kejadian ini  dengan mata terbeliak telah terperanjat dan berkata , “ Tapi, tapi Mufti! Bagaimana tuan boleh peluk wanita itu?” Jawab mufti itu pula, “Kenapa tidak? Tiada nafsu terlibat!

Pd masa itu kami yang hadir telah mempelajari sesuatu. Tidak salah untuk menunjukkan perasaan secara fizikal kpd seseorg yang berlainan jantina jika niat kita baik.

Baru-baru ini saya berada di Davos, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Sedunia (FES). Untuk kebanyakan orang, FES ialah forum untuk perniagaan dan politik tetapi memandangkan saya memilih untuk menyertai diskusi kesihatan awam dan keagamaan, saya telah terlibat dengan forum yang berbeza daripada apa yang dipaparkan di dalam akhbar. Saya telah berjumpa dengan orang-orang yang sangat memberansangkan dari pelbagai negara yang sungguh komited terhadap dialog kepercayaan dan keamanan. Ini termasuklah Imam Feisal Abdul Rauf dari Masjid Al-Farah di Bandar New York, Rabbi David Rosen dan isteri dari Komiti Amerika-Yahudi di Israel, paderi wanita dari German, dll dari Britain dan Afrika Selatan.

Saya juga mengambil kesempatan  untuk mengenalkan diri saya kepada Mufti Besar Bosnia, Mustafa Ceric. Saya tahu beliau pernah tinggal di Malaysia. Sejurus selepas beliau tahu siapa saya, beliau terus memeluk saya. Agak memeranjatkan tapi saya cukup selesa. Beliau adalah seorang yang sangat alim dan sangat terhutang budi kepada Malaysia serta rakyatnya sehinggakan beliau bertindak demikian (memeluk saya) kerana terlalu gembira apabila berjumpa seseorang dari negara ini. Saya telah pelajari sesuatu yang baru lagi.

Bukanlah saya menghendaki supaya semua ulamak yang berjumpa saya untuk memeluk saya, selisih malaikat. Tetapi berdasarkan pengalaman saya bersama dengan ulamak luar negara mengajar saya erti bertimbang rasa.

Adakah menyambut hari kekasih, tentunya salah satu sambutan yang amat komersil, sungguh hina hinggakan sesiapa yang menyambutnya boleh jadi murtad? Apa hubungannya dari segi agama yang sesiapa pun hendak mengaitkannya selain dari taksub kepada tuhan consumerism (hak pengguna). Jadi kenapa bertindak keterlaluan?

Sememangnya ini boleh diterima oleh orang yang tidak membeli bunga dan coklat untuk satu hari dalam setahun. Amatlah mudah untuk meracuni fikiran minda orang-orang yang tidak tinggal di bandar dan merasakan hari kekasih adalah sesuatu yang asing. Sehinggakan mereka mengatakan sikap menunjukkan kasih sayang ini dijadikan sebagai alasan untuk berbuat dosa dan menjatuhkan umat. Ini adalah untuk memecah-belahkan kaum dengan alasan yang paling keji, satu cara untuk menyenangkan hati mereka  yang tidak berkemampuan kerana mereka yang mempunyai wang untuk tujuan ini sepatutnya masuk neraka.

Satu cara yang aneh untuk menyenangkan hati manusia, dengan menggalakkan kebencian. Adakah suatu yang unik di negara kita? Di Davos, saya menyaksikan Kristian dan Yahudi menyebelahi hak org Islam Perancis untuk memakai apa yang mereka mahu, termasuklah tudung kepala. Kita sentiasa bersatu tanpa mengira agama kerana kita percaya dengan hak asasi dan hak manusia untuk memilih cara hidup mereka.

Di sini, kita terpaksa menghadapi dengan orang yang asyik mencuba untuk mengasingkan mereka yang tidak setara dengan taraf mereka yang rendah.

Patutkah kita pedulikan orang-orang ini? Tidak, mereka boleh menjahanamkan perpaduan umat. Kita hendaklah sering menegur mereka kerana tindakan yang bukan-bukan. Kita hendaklah selalu menyoal mereka. Jika orang-orang ini berpengetahuan tinggi sepatutnya mereka tidak takut untuk memberi penerangan.

Ahli-ali agama ini tidak patut melepaskan diri dengan mengatakan kita tidak mengambil tahu. Jika benar kami hendaklah diberitahu perkara yang sebenar. Apa sebenarnya dosa untuk kita meluahkan perasaan cinta kepada pasangan kita?

Walau apa pun, ahli agama patutlah mengambil kesempatan untuk memberitahu pasangan yang tidak bertanggungjawab untuk menunjukkan penghargaan mereka pada hari tersebut.

Itulah yang terbaik.

- Marina Mahathir

Nama penterjemah tidak dinyatakan (suntingan M@RHAEN) - 19.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN