MRSM Yang Sekular


Assalamulaikum,

Saya adalah salah seorang pengajar di MRSM Kuala Klawang. Dan setahu saya ramai lagi sahabat-sahabat dari IPU yang mengajar di MRSM. Baru-baru ini
satu arahan dari menteri(Nazri) untuk mengarahkan setiap pelajar perempuan untuk menukar penampilan mereka dari segi tudung.   Tidak lagi dibenarkan
memakai tudung tiga segi yang menutup dada tetapi dikehendaki memakai tudung yang diikat kebelakang yang memang menampakkan dada.   Saya sebagai salah seorang guru asrama telah diarahkan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang pemakaian baru ini. Penguatkuasaan akan dijalankan pada tahun hadapan.

Saya sebagai pendidik yang beragama Islam sangat sedih dengan arahan ini.

Saya dan bebarapa orang guru telah bercadang untuk tidak mengikut arahan ini. Tetapi tidak tahu apakah ianya diterima atau tidak. Bagaimana dengan sahabat-sahabat yang mengajar di MRSM lain. Adakah arahan ini telah dikuatkuasakan dan apakah tindakan sahabat semua?   Saya merasakan di dalam hal ini kita sebagai guru hendaklah bersatu hati untuk menentang perkara ini supaya tidak di jalankan. Saya amat mengharapkan pendapat dari sahabat semua yang InsyAllah dapat membantu masalah ini.
 

Petisyen Isu tudung di MRSM:
Kepada: YB Menteri Pembangunan Usahawan (cc: Perdana Menteri Malaysia)

Merujuk kepada surat daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM/HEP/01 Klt 3 (169), 6hb Oct 2003), kami dari persatuan ANSARA (cawangan MRSM Beseri), dan masyarakat Malaysia yang prihatin, dengan ini membantah pelaksanaan cara pemakaian tudung (dengan mengikat hujung tudung ke belakang) dan larangan pemakaian tudung labuh di kolej-kolej MARA dan MRSM di seluruh negara.

Arahan dan larangan tersebut ternyata bercanggah dengan suruhan Allah di dalam Surah An Nur ayat 31.

Firman Allah yang bermaksud :
" Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada wanita-wanita mukminat agar mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah
mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang telah zahir pada dirinya dan hendaklah mereka menutup dengan tudung mereka ke atas
dada mereka dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, bapa-bapa mereka, bapa suami mereka, anak-anak mereka,anak-anak suami mereka, anak-anak lelaki bagi saudara lelaki mereka, anak-anak lelaki bagi saudara perempuan mereka, wanita-wanita
Islam, hamba sahaya yang mereka miliki, lelaki yang mengikut mereka yang sudah tidak mempunyai keinginan ( terhadap perempuan ) atau kanak-kanak kecil yang belum mengetahui mengenai aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."

http://www.petitiononline.com/Anseri03/petition.html nyatakan pendirian anda.. (dibuka dalam browser berasingan)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
(sila daftar sebagai ahli & sertai pelbagai topik perbincangan di situ)





Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!