Surat Terbuka Untuk Aziz Desa

Saudara Aziz Desa sepatutnya berterima kasih kepada TV3 kerana sudi mengutip kembali Aziz, setelah cuba lari untuk mencipta nama dalam politik. Aziz sebenarnya seorang mempunyai cita-cita besar dalam politik. Beliau meninggalkan TV3 dengan menjadi Pegawai Media untuk Menteri Besar pada masa itu, Sanusi Junid. Semasa menjadi host TV3 dahulu sebelum menjadi Pegawai Media Sanusi Junid, Aziz adalah seorang bermulut celupar. Aziz menyangka yang Sanusi Junid mempunyai masa depan yang cerah dalam politik dan beliau mengambil kesempatan itu untuk naik dalam politik dengan menjadi Pegawai Media Sanusi Junid. Malangnya Sanusi Junid tidak ke mana kerana idea gila-gilanya memakan diri sendiri, maka jadilah Aziz seperti polong tak bertuan. Dengan masih ada lagi saki-baki kuasa yang ada pada Sanusi Junid, Aziz ditempatkan di RTM. Di RTM, sebagai orang baru Aziz terpaksa melalui ragging RTM dan beliau ditugaskan di rancangan Uji Minda dengan berpakaian Polis Trafik. Di RTM, Aziz tidak dipedulikan. Aziz dilihat cuba untuk mengikut acuan mentornya Zainudin Mydin.

Oleh kerana  tidak tahan diragging di RTM dengan berpakaian Polis Trafik akhirnya Aziz dikutip kembali oleh TV3. Sejak bahang pilihan raya mula terasa, maka TV3 mula banyak menjemput tetamu untuk bercakap politik. Semasa bertemu ramah tersebut berlangsung Aziz dilihat cuba untuk memaksa tetamu itu untuk mengiyakan cakap-cakapnya iaitu untuk cenderung kepada parti politik pilihannya UMNO-BN. Kadang-kadang tetamu yang dijemput itu tidak berpihak pada parti pilihannya, Aziz menjadi rimas. Akhirnya tanpa tetamu Aziz melepas geramnya dengan bercakap ikut sedap mulutnya. Wahai Aziz Desa, hentilah perangai burukmu dan janganlah ada lagi seorang Zainudin Mydin cukuplah dengan seorang itu.

Oleh: Pekerja TV3 - 10.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN