Tindakan Lokman Adam Bukan Suka-suka
Assalamualaikum,

 
Saya rasa sangat terkejut dengan berita pengunduran Sdr. Lokman Nur Adam daripada Keadilan. Apa pun alasannya saya rasa kita semua perlu membuka minda agar sama dapat merasai apa yang dirasai oleh Sdr Lokman.
 
Di dalam kehidupan seharian kita, usah dinafikan iaitu wang ringgit memang menjadi keperluan kecuali kita benar-benar bertakwa kepada Allah S.W.T. Kekuatan iman kita dan ketakwaan sajalah yang dapat membantu kita menjalani kehidupan ini dengan penuh redha.
 
Apa pun yang berlaku, janganlah kita menghukum sebelum mengetahui apa permasalahannya. Kita semua tahu Sdr. Lokman telah meringkuk lebih 2 tahun atas dasar perjuangan, dan ini bukanlah dilakukan dengan suka-suka atau ingin mencuba-cuba.
 
Mudah-mudahan Allah sentiasa bersamanya. InsyaAllah...
 
Ahli Pas Yang Pro-REFORMASI  - 27.01.2004 (suntingan M@RHAEN)
Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN