YB Hj Mahfuz Omar: Enam Cabaran Kepada Pak Lah Dalam Tempoh Sebulan

Durian Tunggal 5 Nov. - "Apakah keyakinan yang Pak Lah boleh berikan kepada rakyat ?" tanya YB Hj. Mahfuz ketika berceramah di Markas PAS Kg. Belimbing Dalam, Durian Tunggal malam tadi. Mengulas mengenai peralihan kepimpinan, beliau mengharapkan warna politik Malaysia akan berubah. Menurut beliau, perlantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri adalah atas wasiat Dr. Mahathir dan bukannya atas mandat. Rakyat juga telah digambarkan Pak Lah sebagai pemimpin yang soleh dan boleh membanteras gejala rasuah. Walaubagaimanapun Dr. Mahathir juga pernah mengungkapkan slogan Bersih, Cekap, Amanah tetapi setelah 22 tahun Dr. Mahathirlah yang menjadi pelindung kepada rasuah.

Taraf kehidupan bumiputera juga masih rendah di mana pemilikan bumiputra juga hanya bertambah dari 18% kepada 18.7% dan agihan pendapatan bukan bumiputera didapati lebih tinggi daripada masyarakat bumiputera . Akibat amalan kronism dan rasuah, orang Melayu semakin mundur, tambahnya lagi.

Di dalam wawancara akhbar Star bersama Dr. Mahathir, bekas perdana menteri itu telah menyatakan kemunduran orang Melayu adalah berpunca dari PAS. Dr. Mahathir telah meletakkan PAS sebagai kambing hitam tetapi kesilapan sebenar adalah kerana dasar UMNO yang telah mengorbankan bumiputera untuk menjayakan politik UMNO. Walaupun Pak Lah diletakkan harapan tetapi Pak Lah mesti memberi keyakinan dengan menyelesaikan perkara-perkara berikut :

  1. Pak Lah mesti memperlihatkan komitmen dalam menangani rasuah dengan memberikan laluan kepada Jabatan Peguam Negara dan BPR bertindak dan menyiasat semua kes-kes penyelewengan dan rasuah di zaman Dr. Mahathir.
  2. Pak Lah mesti menjalankan demokrasi dengan menghakis dendam politik UMNO kepada PAS dengan mengembalikan royalti minyak kepada kerajaan PAS negeri Terengganu dan mengembalikan perkapita SAR.
  3. Pak Lah mesti mengambil tindakan kepada media asing yang melaporkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganas dan mengarahkan kes Dato Seri Anwar Ibrahim dibuka semula tanpa campurtangan politik.
  4. Pak Lah perlu menasihatkan isterinya supaya menutup aurat sedangkan ibu Pak Lah sendiri menutup aurat.
  5. Pak Lah mesti mengarahkan Zaid Ibrahim menarik balik saman terhadap hukum hudud negeri Terengganu kerana bapa dan datuk Pak Lah sendiri tidak pernah menghalang pelaksaan syariat Islam.
  6. Pak Lah mesti melakukan rombakan kabinet jika ingin mewujudkan 'good governance'
Pak Lah dicabar untuk melakukan perkara-perkara di atas dalam tempoh sebulan.

Petikan daripada PAS Melaka (kiriman selembu@excite.com)
http://www.pasmelaka.org/utama/05110302.htm - 07.11.3002

Sila berikan respons/komen terhadap artikel ini.

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!