Proton Gen.2: Tunggguuuuuu!
Tahniah untuk Proton kerana akhirnya berjaya melepasi pengaruh Mitsubishi dan melahirkan model terbarunya GEN.2 selepas hampir 20 tahun beroperasi di Shah Alam. Jika dilihat pada hari pelancarannya boleh dikatakan hebat juga.

Abdullah Badawi dan Tengku Mahaleel nampaknya begitu gembira dengan hasil teknologi yang dikeluarkan oleh Proton. Gen.2 juga dikatakan hasil pertama ciptaan Proton dengan kerjasama Lotus iaitu pengeluar kereta sport yang ternama didunia.

Pada hari pertama Gen.2 dilancar nampak cantik dan bergaya kerana belum diusik dan diuji. Selepas beberapa hari ‘dilanyak’ di bilik pameran oleh bakal-bakal pembeli maka benarlah bahawa ‘Proton tetap Proton’.

Luangkan masa anda di bilik pameran Proton Edar yang berdekatan untuk melihat Gen.2 ini. (EON tidak diberi hak untuk mengedar Gen.2 – kesian, hingga Mak Cik Rafidah nasihatkan Proton supaya mempertimbangkan masalah ini)

Anda boleh perhatikan perkara berikut. Tutup bonet belakang dan perhatikan ‘gap’ antara lampu belakang dan bonet. Adakah ukuran ‘gap’nya sama dikiri dan kanan? Dari atas hingga bawah?. Bagaimana pula ‘gap’ pintu depan dan belakang. Rasanya ‘gap’ pintu depan dan belakang boleh dipuji – nampak sekata pada sekelilingnya. Anda boleh lihat masalah ini di Proton Waja dengan jelas.

Cat pada ‘handle’ pembuka pintu (berbentuk bulat) sudah hilang warnanya. Getah belakang (keliling pintu) sudah tertanggal. Pintu ‘jamn’ dan sebagainya adalah komen biasa.

Jika anda duduk dibelakang harap berhati-hati, mungkin kepala anda akan terhantuk pada bumbung kereta yang terlalu dekat dengan kepala anda. Ini kerana Proton ingin menonjolkan ciri-ciri ‘sporty’ pada rekabentuknya.

Enjinnya kita belum tahu lagi. Anda juga boleh minta pada Proton Edar risalah Gen.2 yang di dalamnya dibuat perbandingan dengan Toyota Altis dan beberapa model lagi – anda akan terkejut Gen.2 lebih baik dari segenap aspek! Markahnya 100%!

Bukanlah niat saya untuk menghentam Gen.2. Tetapi ia sebagai sedikit panduan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sekarang atau tunggu hingga masalah-masalah ini dapat diatasi oleh Proton.

Nak ‘booking’ saja RM3,000, jadi berhati-hati sebelum wang deposit anda terbang! Jangan lupa janji anda - ‘tidak akan membeli kereta baru dalam masa 6 hingga 12 bulan ini’

Kalau anda komen apa-apa yang anda tidak puashati pada jurujual Proton, jawapannya tetap sama – INI PROTONlah, encik!. Jadi di mana perginya slogan ‘Berani Berubah’

Teruskan niat anda dan lawan nafsu anda - ‘saya tidak akan membeli kereta baru dalam masa 6 hingga 12 bulan ini’.

- Panaurama.com - 13.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN