Keputusan Yang Dirancang Untuk Menghina Islam
Tahniah kepada Pengerusi SPR kerana berjaya memenangkan parti Barisan Nasional dengan tipu muslihat yang paling ‘terror’ dalam sejarah sejak merdeka. Kejayaan ini adalah satu tragedi bagi rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap tolak ansur yang bolehlah dikatakan rakyat ‘terbaik’ dalam dunia ini.
 
Adalah terlalu menjengkelkan dan menjijikkan apabila Pengerusi SPR berdolak-dalik ketika menjawab pertanyaan pemberita yang disiarkan di TV Malaysia. Beribu-ribu alasan yang direkanya, pada riak mukanya kita dapat melihat pembohongan yang nyata. Beliau telah mengambinghitamkan pegawai SPR di peringkat negeri, juga badan percetakan – dah pun dibuat laporan polis.
 
Katanya dalam masa 10 hari lagi satu kertas laporan akan disampaikan kepada Perdana Menteri, untuk menjelaskan masalah-masalah yang berlaku. Mustahil Abdullah tak tahu! Alasannya pun rakyat dah tahu – masalah teknikal kerana tidak mengikut arahan pusat. Apa pun yang akan berlaku selepas ini tidak akan dapat memadamkan sejarah hitam SPR pada 21 Mac 2004 pilihan raya ke 11 yang paling teruk di Malaysia.
 
Jika diperhalusi keputusan pilihan raya ke 11 ini, dapatlah kita rumuskan bahawa imam sembahyang tarawih UMNO ini memang sengaja ingin memperlekehkan Islam dan PAS. Diberinya kemenangan mudah kepada DAP ketika mereka tidak bersama dengan Barisan Alternatif. DAP telah memenangi 12 kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN.
 
Mereka ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa DAP dapat diterima oleh masyarakat cina di ketika mereka tidak bersama PAS yang ingin menegakkan negara Islam yang sebenar. Di media kerajaan haprak juga kita telah dapat melihat dan mendengar komen ‘penganalisis politik’ bahawa orang Melayu Islam Terengganu sendiri menolak kerajaan PAS yang ingin melaksanakan hudud, jadi bagaimana pula bukan-Islam dapat menerima hudud. Islam telah dipersendakan oleh BN.
 
Keputusan pilihan raya ini memang telah dirancang oleh BN (yang dilaknat Allah), tetapi sebijak-bijak perancangan mereka, mereka masih gagal menawan Kelantan. Kegagalan PAS Terengganu mempertahankan kemenangan 1999 begitu menggemparkan. Peratusan kehadiran pengundi juga amat memeranjatkan dan mungkin juga dapat dimasukkan dalam Malaysia Book of Records.
 
Abdullah merancang, Najib merancang, SPR merancang, JPN juga merancang, tetapi mereka lupa bahawa Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu maha hebat. Mereka pasti akan tersungkur di neraka jahanam. Islam akan pasti menang. Pada pejuang-pejuang Islam, teruskan perjuangan kerana kekecewaan dan kesedihan hanya akan melemahkan semangat kita. Wakil-wakil hantu itu pasti akan kecundang dengan usaha dan istiqamah kita dengan perjuangan Islam.

- Panaurama.com - 24.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN