Abdullah Silap Formula Untuk Cukai Kenderaan?
Pening….pening
. Begitulah keluhan seorang sahabat saya apabila menerima berita kenaikan harga kereta yang telah di’booking’nya sebelum pengumuman tarif cukai baru untuk AFTA mulai Januari 2004. Begitulah adat peniaga yang dididik oleh BN, kalau sesuatu harga barang akan turun bermacam-macam alasan diberikan untuk menangguhkan penurunan harga. Stok lamalah, harga baru belum dikeluarkanlah dan bermacam-macam lagi. Kalau harga naik, tepat jam 12.00 tengah malam, terus sahaja naik tanpa alasan stok lama lagi. Ini termasuklah harga ayam, gamaknya sebab tulah Muhyiddin kena tukar jaga Kementerian Pertanian.

Inilah bahana yang terpaksa ditanggung oleh rakyat kerana berketuakan seorang ‘imam’ yang hanya menjadi imam di bulan Ramadhan. Macamlah seperti orang Umno yang lain, kita cuma dapat lihat mukanya dengan Mercedes yang besar ke masjid –saf paling depan lak tu- hanya di bulan Ramadhan. Bulan lain sibuk mencari harta dunia. Tunggulah pulak Ramadhan akan datang, itupun kalau umur panjang.

Nampaknya apa yang Abdullah buat semua jadi terbalik. Buat kempen keselamatan jalanraya, makin ramai yang mati di hari raya. Buat pengumuman tarif cukai kenderaan yang sepatutnya turun jadi naik. Kata Abdullah dalam sidang akhbarnya “Kita buat satu formula dan pada masa kita buat formula itu, kita kira dan ia menunjukkan tidak ada peningkatan harga... kalau dia naik pun adalah amat kecil”. Alamak….macamanalah awak boleh jadi Menteri Kewangan. Salah formula ka? Inikah yang dikatakan kerajaan yang mengambil berat kepentingan rakyat? Atau kerajaan yang pentingnya ‘tokey-tokey’ kaya supaya mendapat lebih keuntungan dan menyalurkan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya depan?

Ulasan Abdullah malam tadi lebih menyakitkan hati, dengan saranannya supaya pihak pengeluar mengurangkan margin keuntungan. ‘Kalau idea macam tu, anak aku yang darjah 6 tu pun layak menjadi Menteri Kewangan’ bentak sahabat tadi yang bertambah marah dengan Abdullah. Lagi kata Abdullah, kerajaan tidak akan campur tangan untuk menentukan had harga kereta di pasaran. Adakah ini cuma alasan untuk melarikan isu dengan meletakkan kesalahan kepada pengeluar kereta. Kalau polisi ini digunakan sejak dulu, lama dahhh …. Proton bangkrap. Waktu Perodua memohon untuk menurunkan harga kereta Kancilnya pada paras bawah RM20,000.00 dahulu, mengapa Rafidah, menteri kesayangan Tun tidak bersetuju? Kalau Abdullah tak percaya tolong semak dengan orang Perodua. Atau tanya saja Rafidah, itupun kalau Abdullah berani nak tanya.

Kesimpulannya, selagi Umno/BN memerintah Malaysia ni, janganlah mengharap kerajaan akan mengambil kira kepentingan rakyat. Semuanya akan naik …naik….naik dan yang turun ialah nilai gaji kita. Kalau dulu RM50.00 belanja dapur untuk seminggu, sekarang cuma untuk dua hari sahaja. Saya cadangkan untuk manifesto pilihan raya BA untuk pilihanraya dimasukkan – ‘Harga kereta akan diturunkan

- Panaurama.com - 15.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN