MELATAH HARI KHAMIS
Oleh Pak Ngah


UNTUK DUNIA BOLEH BUAT, TAK KAN UNTUK AKHIRAT TAK BOLEH

Dalam kehidupan seharian kita perlu mengimbangi antara dunia dan akhirat. Kebanyakan yang dapat dilihat terutama pemuka-pemuka dan pemerintahan Islam Hadhari ini yang suka berbohong dan menipu tidak putus-putus dengan ampu mengampu, bodek membodek hingga meletakkan untuk akhirat perkara yang paling akhir atau pun terlupa langsung hendak dibuat.

Lihat kepada perayaan menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. Dimulakan dengan acara bersuka ria, bercampur-gaul lelaki perempuan di Ipoh. Inilah caranya Islam Hadhari. Keadaan ini akan berbeza sekiranya mengambil pendekatan Islam yang dibawa Rasullulllah s.a.w. yang sudah pastinya memulakan sesuatu majlis besar itu dengan mengadakan acara yang selaras dengan Islam. Eloknya dimulakan dengan Majlis Tahlil, Sembahyang Hajat, Doa kesyukuran dan berbagai lagi ibadah yang mematuhi kehendak Islam lainnya.

Perhatikan contoh di bawah; boleh pula tutup sepuluh minit, tetapi kalau Azan berkumandang tak boleh pula 2 / 3 minit tutup sekejap;

Operasi semua plaza tol dibenar tutup 10 minit
Oleh HAMDEN RAMLI
PETALING JAYA 17 Ogos - Pemegang konsesi lebuh raya akhirnya bersetuju membenarkan operasi di semua 100 plaza tol seluruh negara dihentikan selama 10 minit pada tengah malam menjelang 31 Ogos ini sebagai menghormati detik bersejarah kemerdekaan tanah air.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, keputusan itu dicapai dalam perbincangan antara pihaknya dengan syarikat-syarikat pemegang konsesi lebuh raya semalam.

Perhatikan pula peringatan Rasullullah berhubung dengan AZAN;
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Seperkara lagi yang selalu dilakukan oleh pemuka-pemuka UMNO yang suka berbohong dan menipu ini mengamalkan sikap lebih sudu dari kuah. Baru pemuka Utama nya katakan sesuatu, mereka terus ingin menunjukkan merekalah yang sentiasa terkehadapan melakukannya. Sifat yang buruk ini telah menjadi budaya dan amalan seharian mereka tanpa memikirkan lagi keburukan dan kebaikannya. Tidak lagi dirujuk kepada pihak yang lebih arif. Mereka sentiasa melakukan sesuatu hanya untuk kepentingan peribadi dan bukannya kehendak rakyat terbanyak.
Lihatlah pada contoh berikut yang Pak Ngah hitamkan;

Boleh lantik wanita timbalan mufti
Oleh YUSRI SAHAT
ARAU 17 Ogos - Semua jabatan agama Islam negeri berhak melantik wanita sebagai timbalan mufti jika mereka layak memegang jawatan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, sehingga kini tidak ada syarat yang menetapkan jawatan timbalan mufti dikhususkan kepada golongan lelaki semata-mata.

`"ika ada wanita yang layak untuk mengisi jawatan itu, maka setiap negeri boleh meletakkan wanita untuk memegang jawatan timbalan mufti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Multaqa Ulama peringkat kebangsaan di Politeknik Perlis, di sini, hari ini.
Majlis penutup itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Monir Yaacob yang mengesyorkan wanita dilantik sebagai timbalan mufti bagi memantapkan institusi tersebut.

Abdullah berkata, pihaknya bagaimanapun bimbang jika ada pihak menganggap jawatan timbalan mufti adalah hak wanita apabila golongan itu diberi peluang memegang jawatan tersebut.

Tegas beliau, kerajaan tidak sesekali memberi kuota kepada lelaki atau wanita untuk memegang jawatan tersebut sebaliknya pelantikan dipilih dari segi kelayakan seseorang.

"Kita tidak mahu timbul perbalahan kononnya jawatan timbalan mufti adalah hak wanita sahaja dan tidak boleh disandang oleh lelaki, kita tidak mahu begitu.

"Di Wilayah Persekutuan memang telah ada seorang wanita yang menjalankan tugas sebagai timbalan mufti,'' jelasnya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, Kerajaan Perlis tidak menghadapi masalah untuk melantik wanita memegang jawatan timbalan mufti jika ada di kalangan mereka yang layak.

Menurutnya, kerajaan negeri telah melantik seorang wanita sebagai Ahli Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) yang sebahagian bidang kuasanya melebihi mufti.

Inilah sikap pemuka-pemuka yang amat bermuka muka. Beringatlah kita supaya jangan menjadi harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan mereka ini memelihara Islam mereka pula yang melakukan aib.
Khalwat: Tindakan tegas terhadap ketua polis daerah
SEREMBAN 17 Ogos - Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang ketua polis daerah berpangkat Deputi Supritendan yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Islam (JAINS) ketika berdua-duaan dengan seorang pelayan pelanggan (GRO) di rumah sewa pasangannya di Taman Chip Aik, Jalan Dr. Ismail di sini awal pagi kelmarin.
Kita perhatikan pula kenyataan pemuka UMNO Islam Hadhari yang mempertikaikan amalan Islam Sederhana yang diamalkan oleh PAS hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Islam sendiri sama ada secara sedar atau tak sedar atau jahil. Apakah benar Islam menyisihkan wanita? Itulah persoalan kekalutan amalan Islam Hadhari pemuka UMNO ini:
Pengundi wanita harus pilih BN'
KUALA BERANG 17 Ogos - Pengundi-pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang terutama wanita harus memilih calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 28 Ogos ini demi masa depan mereka.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia penting kerana hanya di bawah pemerintahan BN mereka dapat mengecapi pembangunan, kejayaan dan kebebasan.

"Kalau mereka silap percaturan dengan memilih pembangkang, maka wanita akan tersisih dan masa depan mereka terus berada dalam keadaan tidak menentu sama ada dari segi keselamatan, pembangunan atau ekonomi,'' katanya.

Mengenai Mejar (B) Habibah itu, semua anggota di dalam Angkatan Tentera tahu tentang sikap buruk pegawai ini. Memang kuat mengadakan cerita dan suka mengada-ngada untuk meraih simpati dan mesti ada udang di balik batu dia ni, SEMUA ORANG DAH TAU DAHHHHHHHHHH. (Sambil merujuk kepada kejadian seorang penyokong Wanita UMNO ditampar oleh penyokong Pas pada hari penamaan calon di sini semalam, Shahrizat berkata, peristiwa itu mencerminkan bahawa pihak pembangkang bersikap kasar dan ganas)

Kalau di dalam teknik UMNO inilah caranya, tetapi semua orang gila di Hospital Permai Tangjong Rambutan tidak pernah mengatakan dirinya gila, orang lain semua nya gila. Atas pegangan inilah UMNO selalu mengulang dan mengatakan yang PAS itu ganas dan kasar, hakikatnya UMNO amat ganas, mereka juga menyertai pengganas, bersekongkol dengan pengganas, bukannya kasar lagi tetapi buas dan liar. Mereka telah terbukti membunuh beberapa pemimpin dan ahli PAS.

Cukup sekadar ini dari Pak Ngah semoga berjumpa lagi.

.. Pak Ngah - 19.08.2004 (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: