MELATAH HARI ISNIN
Oleh Pak Ngah


BEGINILAH CARANYA MEREKA MEMADAMKAN BERITA SENSASI 
MUNGKINKAH PEMBALASAN AKAN TIBA?

Adakah masa yang ditunggu telah tiba, penghinaan yang dilakukan mula menerima padah. Semua akan terjawab dalam masa yang terdekat ini. Apa yang pasti semua nesta dari pemuka BN ini termasuk yang mengamalkan Islam Hadhari sudah mula resah menghadapi kebenaran yang mula menjelma. Kalau dulu pemuka-pemuka ini mempersendakan Sembahyang Hajat dan Doa orang dizalimi dengan gelak ketawa, senyum sinis dan sindir-menyindir, kini mereka mula mengerut dahi, resah gelisah menantikan satu persatu bakal menerima nasib seperti mana telah dijanjikan Allah. Kalau dulu mereka angkuh, kini mereka pasti tersungkur kerana tidak ada sesiapa yang dapat menghalang takdir Allah.

Kita memulakan mengimbas kembali perkataan yang telah dituturkan oleh Pemuka BN ini seperti berikut; Samy Vellu berani cakap, "Apa Quran boleh bikin lebuhraya ka?" dalam satu ceramah di Sg Siput (Detik 15 Okt)


 
**************************Gambar petikan akhbar The Star**************************

Sehingga kini diperturunkan turutan kejadian yang berlaku dari 9 Ogos 2004 hingga kini:

9hb Ogos 2004- ISNIN
‘Letak amaran tutup jejambat di Kepong’9/8/04 bharian
KUALA LUMPUR: Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu mengarahkan kontraktor yang membaiki jejambat utama Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong dekat sini supaya memasang papan tanda yang mencukupi bagi memaklumkan pengguna mengenai penutupan jejambat itu selama tiga bulan.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) juga dimaklumkan supaya memastikan kontraktor memasang papan tanda itu secepat mungkin,” katanya apabila dihubungi Bernama di sini, semalam.

Samy Vellu menasihatkan pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan it

10 hb Ogos 2004 - SELASA
31 tiang jejambat utama MRR2 bagi laluan Kepong dikesan retak
Oleh: RADZUAN HASSAN
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Sebanyak 31 daripada kesemua 33 tiang jejambat utama Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi laluan Kepong yang ditutup sementara sejak Ahad lepas, didapati retak.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ia dikenal pasti berdasarkan hasil kajian yang dibuat dan pihaknya mengarahkan kerja-kerja membaikinya disiapkan dalam masa tiga bulan.

"Keretakan itu tidak sepatutnya berlaku. Kita terpaksa menutup demi keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Kerja baik pulih jejambat tidak ubah struktur asal (10/8/2004)
KUALA LUMPUR: Konsortium Sukmim-Bumihiway-KKM JV akan memulakan kerja membaik pulih keretakan jejambat utama di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) tanpa perlu membuat perubahan besar pada struktur asal sejurus mendapat jadual waktu operasi dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam minggu ini.

Sumber konsortium itu berkata, kerja membaik pulih fasa pertama berjaya dilaksanakan dengan menutup jejambat utama itu daripada lalu lintas dan menyediakan 16 papan tanda untuk memudahkan pengguna jalan raya kelmarin.

“Bagaimanapun, kami banyak menerima aduan orang ramai yang mendakwa tidak mengetahui penutupan jejambat sehingga menyebabkan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Berikutan itu konsortium memasang papan tanda yang memaklumkan penutupan jejambat utama itu di Batu Caves supaya orang ramai dapat mengambil laluan alternatif,” katanya.

Beliau berkata, kerja membaik pulih keretakan bergantung kepada lalu lintas dalam tempoh tiga bulan akan datang.

11 hb Ogos 2004 - RABU
BPR sedia ambil tindakan undang-undang
KUALA LUMPUR 11 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedia menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat laporan berlakunya penyelewengan dalam projek pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi laluan Kepong, yang ditutup sejak Ahad lalu untuk kerja pembaikan.

Pengarah BPR Kuala Lumpur, Chuah Chang Man berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berlakunya penyelewengan dalam projek tersebut.

"Tetapi, jika ada, kami akan menjalankan penyiasatan dengan segera,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keretakan pada 31 tiang jejambat utama MRR2 bagi laluan Kepong.
Kementerian Kerja Raya yang mengesan retakan tersebut telah mengeluarkan arahan agar ia ditutup selama tiga bulan bermula Ahad lalu, untuk tujuan pembaikan

12 hb Ogos 2004 - KHAMIS
Pintu kementerian terbuka kepada BPR
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pintu Kementerian Kerja Raya sentiasa terbuka kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sekiranya badan itu ingin menyiasat tentang pengurusan dan pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), kata Menterinya Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini.

"Pejabat kami sentiasa terbuka buat BPR, datang dan ambillah mana-mana fail yang berkaitan jika hendak disiasat MRR2. Kami tidak ada apa-apa yang hendak diselindungkan,'' katanya.

Bagaimanapun, Samy Vellu berkata, sementara kementerian itu dengan rela hati membantu siasatan BPR, laluan di MRR2 di Kepong itu akan ditutup kepada orang ramai sehingga siasatan diselesaikan. - Bernama

Kos baik pulih 31 tiang jejambat MRR2 RM20 juta
KUALA LUMPUR: Kos membaiki 31 daripada 33 tiang jejambat utama Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong yang ditutup Ahad lalu berikutan kesan keretakan dijangka memerlukan peruntukan RM20 juta.

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata beliau sudah menjelaskan perkara itu kepada Kabinet semalam, termasuk mengenai punca dan masalah yang dihadapi di lebuh raya terbabit sehingga memaksa laluan itu ditutup sementara.

“Bagaimanapun, kita belum tentukan sama ada kerajaan atau kontraktor yang membina MRR2 (Bumi Hiway (M) Sdn Bhd) akan membiayai kos membaiki tiang jejambat berkenaan.

“Kementerian saya sedang menyiapkan kertas kerja mengenainya dan akan membentangkannya pada mesyuarat Kabinet minggu depan. Kita akan umumkan minggu depan siapa akan membiayai kos baik pulih itu.

“Persoalan siapa yang akan membayar kos ini tidak penting sekarang sebaliknya kerja baik pulih harus dipercepat demi kepentingan rakyat,” katanya.

13 hb Ogos 2004 - JUMAAT
MRR2 retak: BPR Selangor akan siasat
KLANG 13 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menjalankan siasatan terhadap Jabatan Kerja Raya serta syarikat yang membina dan perunding Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong yang didapati retak di 31 daripada 33 tiang jejambatnya.

Pengarah BPR Selangor, Azni Hamzah berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pembinaan lebuh raya berkenaan.

"Saya mengesahkan bahawa kes itu sedang disiasat oleh BPR Selangor bagi mengetahui sama ada wujud penyelewengan dalam pembinaan MRR2 di Kepong yang terpaksa ditutup kerana sebahagian besar tiang jejambatnya retak.

"Kami telah membuat laporan sendiri bagi memulakan siasatan berkenaan kerana merasakan perkara itu wajar disiasat untuk mengetahui di mana silapnya proses pembinaan lebuh raya berkenaan,'' katanya di sini hari ini.

Pemimpin didakwa rasuah bukti undang-undang `tidak pilih bulu'
KUANTAN 13 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kes tokoh atau pemimpin politik yang didakwa atas tuduhan rasuah membuktikan proses perundangan negara ini tidak `memilih bulu'.

Sambil menyifatkan gejala rasuah sebagai perkara biasa, Adnan berkata, memang sewajarnya sesuatu kes rasuah itu ditangani oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) tanpa pilih kasih.

BPR buat pemeriksaan projek pembinaan MRR2
Oleh Norfatimah Ahmad dan Wan Hazmir Bakar
KUALA LUMPUR: Unit Kejuruteraan Forensik Badan Pencegah Rasuah (BPR) memulakan pemeriksaan untuk mengesan kemungkinan wujud penyelewengan dalam projek pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong, yang mengalami keretakan selepas dua tahun digunakan.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor (gambar), berkata kertas siasatan akan dibuka jika pemeriksaan itu mendapati ada asas pelakuan rasuah dalam pembinaan projek berkenaan.

Beliau berkata, walaupun tidak menerima laporan rasmi, BPR mengambil sikap proaktif selepas meneliti pelbagai laporan media mengenai keretakan di lebuh raya itu.

“Kita masih pada peringkat awal membuat kajian dan pemeriksaan terhadap keseluruhan projek itu dengan memberi tumpuan kepada masalah keretakan pada tiang jejambatnya.

“Tugas ini diserahkan kepada pegawai penyiasat Unit Kejuruteraan Forensik yang memiliki kepakaran dalam bidang berkenaan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

14 OGOS 2004 - SABTU
Setelah lima hari berita disensasikan seolah-olah mereka amat prihatin, selesailah tanggungjawab Kerajaan BN. Penyelesaian cara BN adalah dengan cara mendiamkan sesuatu perkara setelah terpaksa dan disensasi supaya rakyat terbanyak berfikiran mereka amat mengambil berat dan ketika itulah juga mereka berhenti menyiarkan sebarang perkembangan dan rakyat alpa serta merasakan Kerajaan BN akan mengambil tindakan sewajarnya. Apa yang berlaku adalah tidak ada apa yang akan dilakukan oleh Kerajaan BN sebaliknya mengambil kesempatan dari baik pulih ini untuk mendapatkan lagi keuntungan dengan membaik pulih menggunakan wang rakyat. Rakyat jugalah yang terus tertipu. Kini di akhbar utama mereka hanya berita inilah yang muncul selepas 5 hari yang di sensasikan. Inilah yang ada sebagai Berita Muka Depan mereka;
Laporan suruhanjaya dikhuatiri jejas keseluruhan imej polis -- Jangan tumpu rasuah
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Sedek Mohd. Ali meminta Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) fokus kepada usaha meningkatkan imej dan kewibawaan pasukan itu daripada lebih mendedahkan `kekurangannya' yang sudah diketahui umum.

Lagi ahli perniagaan mati ditembak
KANGAR 14 Ogos - Seorang lagi ahli perniagaan Malaysia mati ditembak di Pekan Danok, selatan Thailand dekat sini awal pagi ini, dipercayai dilakukan oleh pembunuh upahan menjadikan tiga orang kesemuanya dalam tempoh tiga bulan.

Lulusan agama diminta pilih kerjaya profesional
KUANTAN 14 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar lebih ramai lulusan sekolah agama memilih bidang kerjaya profesional sebagai jalan penyelesaian untuk meningkatkan jumlah profesional Melayu.

PM rasmi majlis tilawah
KANGAR 14 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan merasmikan majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Datuk Sheikh Ahmad, di sini malam esok.

Endon terima ijazah kehormat
SKUDAI 14 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kemanusiaan berikutan sumbangan beliau terhadap aktiviti kemasyarakatan, tugas-tugas sukarela dan kebajikan di peringkat antarabangsa dan tempatan.

Skim Baucer Tuisyen gagal
NIBONG TEBAL 14 Ogos - Pelaksanaan Skim Baucer Tuisyen (SBT) bagi membantu pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam pelajaran gagal mencapai matlamatnya apabila hanya separuh sahaja pelajar yang layak, menghadirinya.

Kahwin punca bunuh kejam
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Perkahwinan tidak direstui dikenal pasti punca seorang lelaki dibunuh secara kejam apabila hanya kepala dan dua belah tangannya sahaja ditemui di Jalan Mengkudu, Jalan Ampang Hilir, Selasa lalu.

Infotainmen: Awang nafi RTM rujuk DBP
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini menafikan bahawa Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pernah merujuk kepada badan itu sebelum memutuskan untuk menggunakan perkataan `infotainmen' pada slogan baru stesen itu.

Koperasi perlu pengurusan efisien
PULAU PINANG 14 Ogos _ Seluruh kepimpinan koperasi diminta melaksanakan kaedah pengurusan efisien bagi memastikan kesinambungan pergerakan berkenaan yang kini dianggotai kira-kira 150,000 orang penduduk di negeri ini.

Juara Piala Jarum Berlian malam ini
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Seramai tujuh juri profesional yang membuat penilaian akhir pertandingan Piala Jarum Berlian 2004 anjuran Gaya Anggun Utusan Malaysia hari ini sukar menentukan pemenang utama kerana persaingan sengit para peserta.

AKHIRNYA

Menteri yang bertanggungjawab:  Datuk Seri S Samy Vellu
Kos Projek:     238.8 Juta
Syarikat Terbabit:    Konsortium Sukmim-Bumihiway-KKM JV
Kos Baikpulih:    RM20 – 30 Juta lagi
Konsultan:     Australia, Jerman
Penyiasatan:    Badan Pencegah Rasuah

Keputusan akhirnya: Siasatan BPR mendapati tidak ada sebarang penyelewengan atau rasuah berlaku. Kes ditutup.

BUKANNYA SUSAH SANGAT, PENGAKHIR CERITANYA SAMA SAHAJA SEPERTI MANA DRAMA DAN SANDIWARA DI TV ITULAH. MEREKA BERKUASA DAN MENGUNAKAN SEMUA KUASA YANG ADA DALAM MENENTUKAN BENTUK HASIL SIASATAN DAN TINDAKAN YANG AKAN DILAKSANAKAN. PEMERINTAHAN PENUH SLOGAN YANG PERLU RAKYAT TAATI TETAPI SEMUA UNDANG-UNDANG TIDAK TERTAKLUK KE ATAS DIRI PEMERINTAH YANG ZALIM, PENUH DUSTA DAN PENIPUAN INI.

…….. Pak Ngah - 16.08.2004 (suntingan M@RHAEN)
Gambar-gambar/grafik kiriman Pak Ngah.


Hantar artikel ini kpd sahabat: