MELATAH HARI SELASA
Oleh Pak Ngah


INILAH PEMUKA YANG MENYERANG MELAYU

Hati mana yang tak hiba, hati mana yang tak terluka, biar pun peringatan dan wasiat semenjak dahulu kala, juga sejarah telah mencatatkan tidak akan hancur sesuatu bangsa itu melainkan dihancurkan oleh bangsanya sendiri. Ingatlah kehancuran dunia juga akibat tangan-tangan manusia tu sendiri. Pengampu dan pembodek pemuka-pemuka yang suka berbohong dan menipu tak pernah mahu insaf dan sedar tingkah laku dan perbuatan merekalah yang mengakibatkan Melayu ditekan dan ketinggalan.

Melayu perlu revolusi mental perhebat agenda sosioekonomi
Oleh: MERAN ABU BAKAR dan AZMAN ISMAIL
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Orang Melayu digesa memperhebatkan agenda gerakan revolusi mental bagi menguasai semua sistem ekonomi, pendidikan dan sosial untuk bersaing dan setanding dengan kaum lain di negara ini.

Pakar ekonomi, Dr. Hamzaid Yahya berpendapat, orang Melayu akan semakin jauh ketinggalan dalam sistem sosioekonomi jika tiada daya juang.

"Kita mesti memulakan revolusi mental jika mahu maju. Kerajaan serba salah, bagi bantuan dikatakan manja, tidak diberi, mereka tak boleh lakukannya,'' katanya.

Mereka diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Norraesah Mohamad mengenai pencapaian keseluruhan kaum Melayu dalam pelbagai bidang yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

Norraesah, seorang ekonomis, dalam rencana di muka enam Mingguan Malaysia hari ini yang menyebut petunjuk-petunjuk sosioekonomi penting yang ada menyangkal tanggapan bahawa orang Melayu keseluruhan sudah mencapai kejayaan yang dibanggakan.

Petunjuk yang lebih membimbangkan, menurut Norraesah ialah nisbah pendapatan, bilangan profesional antara orang Melayu dan bukan Melayu yang semakin mengekang.

Menurut Hamzaid, beliau memandang serius sikap dan pemikiran kaum Melayu sekarang di mana hampir keseluruhan sistem mereka terlalu mengharapkan bantuan kerajaan dalam pendidikan dan perniagaan.

Dalam sistem pendidikan di sekolah katanya, anak perlu diberitahu supaya apabila tamat belajar nanti jangan mengharap untuk bekerja dengan kerajaan sahaja.

Presiden Yayasan Kajian dan Strategi Melayu, Datuk Dr. Mohd. Radzi Abdul Latiff berkata, sebagai jalan keluar daripada pandangan Dr. Norraesah, orang Melayu memerlukan anjakan paradigma.

Katanya, orang Melayu, khususnya generasi muda perlu kembali kepada pendidikan moden untuk menguasai bidang sains, teknologi, perubatan dan ekonomi tanpa mengetepikan aspek moral.

"Cara terbaik ialah keluar daripada kepompong pemikiran sempit dan cara berfikir lama. Cara terbaik ialah pendidikan moden dan mempunyai niat untuk mempunyai daya saing dengan etnik-etnik lain.

"Tidak ada salahnya jika peranan parti politik khususnya UMNO untuk campur tangan. Ini lebih baik supaya jurang dalam penguasaan ekonomi, sains dan teknologi antara kaum tidak terlalu melebar,'' katanya.

Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ainuddin Wahid, salah satu sebab kaum Melayu terus ketinggalan ialah melupakan ajaran Islam, selain beberapa punca lain.

Menurutnya, kaum Melayu bukannya lemah kerana mereka juga mempunyai kebolehan dalam pelbagai aspek.

"Bagaimanapun selain kebolehan diri sendiri, mereka harus percaya kepada Allah yang akan membantu mereka yang menolong dirinya sendiri,'' katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, beliau berharap orang Melayu dapat bersatu padu membantu antara satu sama lain dalam semua bidang.

Beliau memberikan contoh sekiranya ada syarikat Melayu yang mengalami kejatuhan, pihak tertentu akan segera mengambil alih kepentingannya tanpa memberi peluang usahawan itu membangunkan semula perniagaannya.

"Jika bangsa lain yang jatuh, mereka akan memberi bantuan dari segi kewangan dan yakin usahawan yang dibantu itu boleh bangun berbanding usahawan Melayu.

"Inilah ertinya revolusi mental yang perlu ditekankan,'' katanya.

Profesor ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Jamil Osman berkata, orang Melayu yang mempunyai empayar ekonomi besar harus mencipta mewujudkan peniaga Melayu lain.

"Peranan mereka amat penting sebagai pengganda dan melahirkan lebih banyak peniaga Melayu lain, dan semasa banyak siswazah Melayu menganggur sekarang, inilah masa terbaik bagi melatih mereka. Peniaga besar Cina misalnya memainkan peranan ini kepada bangsa mereka,'' katanya.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sobri Ahmad berkata, kaum Melayu sukar merebut peluang untuk membolehkan mereka berjaya dalam perniagaan.

Ini berikutan daripada sikap memandang rendah terhadap kemampuan mereka, di samping kerenah pihak pentadbiran yang mahukan setiap projek perlu mempunyai sokongan pihak atasan atau ahli politik.

Begitulah resam golongan fanatik dan pelampau Melayu UMNO ini yang penuh berslogan. Yang salah orang itu dan orang ini, Apa yang betul kami kata betul dan salah kami kata salah seolah-olah ungkapan orang jujur tetapi diri mereka lah penyebab utama ketinggalan orang Melayu. Lihatlah apa yang digembar-gemburkan oleh pemuka-pemuka UMNO yang memerintah ini kepada rakyat. Merekalah yang melalaikan rakyat dari remaja, merekalah yang membiarkan budaya liar di kalangan remaja, merekalah yang menggalakkan budaya hidup barat menular di kalangan remaja tetapi mereka menunjuk jari ke arah rakyat. Merekalah yang sepatutnya insaf dan kembali ke pangkal jalan. Berikut diperlihatkan bukti sogokan hiburan sepanjang masa dan hari yang selaras dengan amalan Islam Hadhari mereka seharian;
Linda terpilih peserta ke-6 final Akademi Fantasia
Oleh: ABD AZIZ ITAR
LINDA (kanan) terharu menerima ucapan tahniah daripada rakan peserta Akademi Fantasia 2 yang tersingkir (dari kiri) Anding, Mas (terlindung), Nurul, Zarina dan Edlin setelah beliau terpilih untuk kembali beraksi pada peringkat akhir 14 Ogos ini apabila mendapat undian SMS terbanyak di Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Linda, yang disingkirkan pada konsert minggu kelapan Akademi Fantasia 2 (AF2) dipilih semula menjadi peserta keenam untuk berentap pada peringkat akhir AF di Stadium Putra, Bukit Jalil, 14 Ogos.

Malam ini beliau mendapat undian paling banyak iaitu 47 peratus melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengalahkan enam lagi pelajar AF2 yang tersingkir.

Pesaing terdekatnya ialah Zarina dengan mendapat 36 peratus.

Undian untuk memilih peserta keenam daripada kalangan mereka yang tersingkir itu bermula pada akhir konsert AF ke-9 malam tadi dan ditutup dalam rancangan Diari Khas Akademi Fantasia malam ini.

AF adalah program TV realiti yang formatnya diambil daripada La Academia, sebuah program TV popular dari Mexico.

Intisari rancangan Astro Ria
Isnin 9 Ogos 2004
Pagi:
6.00 Berita Astro
6.30 Refleksi
7.00 Hijau
7.30 Totally Wild
8.00 Teletubbies
8.30 Ms. Cherrywinkle
9.00 Cyberchase
9.30 Roda Impian
10.00 Ratu Sehari
10.30 Chef Wan
11.00 Hanya Satu Mutiara
12.00 Diari Akademi Fantasia 2004
12.30 Warisan (Iman)
Petang:
2.30 Dendam Puteri
3.30 3R
4.00 Chef Wan
4.30 Imbasan Akademi Fantasia
5.30 Pi Mai Pi Mai Tang Tu
6.00 Trek Selebriti
6.30 Dia
Malam:
7.30 Best Of Roda Impian
8.00 Generasi
8.30 Diari Akademi Fantasia
9.00 Ratu Sehari
9.30 2 + 1
10.00 Cinta Sempadan
11.00 Berita Astro
11.30 Diari Akademi Fantasia
12.30 Roda Impian
Pagi:
1.00 Warisan (Durjana)
3.00 Ratu Sehari
3.30 2 + 1
4.00 Cinta Sempadan
5.00 Sara
Sheera alah tenungan Que
Oleh ABIE ABDULLAH
abie@hmetro.com.my

SELAMA ini mereka banyak membaca cerita artis dengan dunia seninya, tetapi kini mereka ada cerita sendiri untuk diberitahu kepada penggemar industri hiburan, khususnya layar perak.

Lancar Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar (Que) dan Tengku Shahira Ilani (Sheera) menceritakan pengalaman di lokasi KL Menjerit 1 yang memerlukan mereka ‘bercinta’.

Akui agak malu-malu di pertemuan pertama untuk filem arahan Bade Azmi ini, tetapi demi watak Ku Idham dan Khatijah, hubungan mereka kian mesra.

Opps! Bukan bercinta, tetapi mesra sebagai kawan atau adik abang.

“Saya cuba bayangkan sesuatu yang menarik pada Sheera yang tidak ada pada orang lain untuk saya mudah jatuh cinta. Namun pengalaman menarik apabila mata kami bertentangan, Sheera alah dengan tenungan begitu,” kata Que.

Jarum Emas: Orang Tawau fanatik Mas
adam@hmetro.com.my

JIKA ke Tawau, Sabah buat masa ini, janganlah ajak bersembang hal Liga Super ke, Olimpik Athens ke atau artis pakai botox ke, nanti dia orang buat endah tak endah. Yang seronok halwa telinga mereka dengar dan ghairah dihujahkan adalah peluang anak tempatan, Asma Ghani atau Mas, mara ke kemuncak Akademi Fantasia 2 (AF2).

Mas dah jadi idola buat remaja Tawau. Setiap malam Sabtu, orang Tawau lebih seronok tercongok depan TV menonton AF2 di Astro daripada merambu tak tentu pasal. Gerai sate Mas pula dah ditukar nama ‘Gerai Sate Mas AF’.

Jumaat minggu lalu, saya ke Tawau atas tajaan Air Asia untuk buat liputan Konsert Wings. Usahkan promoter Mid-East Production House, malah Awie ketika sidang akhbar selepas konsert berakhir luahkan rasa bimbang apakah Konsert Rock Lagenda Awie & Wings, dengan tiket RM10 itu, dapat sambutan kerana bertembung dengan siaran AF2.

Masing-masing sedar anak tempatan Tawau sedang bertarung ketika itu. Ternyata Wings masih menyengat berikutan lebih 3,000 penonton memenuhi Dewan Masyarakat Tawau yang kapasitinya boleh memuatkan 3,000 penonton itu.

Sepatah kata Joe, peminat rock ada cita rasa sendiri, yang pasti, katanya mereka bukan spesis mudah ‘tangkap leleh’.

Sebenarnya Wings main politik. Tiga jam sebelum konsert bermula, anggotanya makan sate kat gerai ayah Mas.

Nostalgia: Salamah cipta lagu merdu pop yeh yeh
Oleh ABIE ABDULLAH
abie@hmetro.com.my

MUNGKIN ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan wanita bertudung dalam halaman Nostalgia hari ini. Namun, kalau disebut lagu Oh Fatimah atau Kenangan Mengusik Jiwa, pasti pengikut irama pop yeh yeh dapat mengimbas memori silam.

Inilah Salamah Baasiron, komposer dan penulis lirik prolifik pada era berkenaan. A Ramlie, Jeffrydin, Zam Zam, M Ishak dan Anida antara penyanyi yang pernah merakamkan nukilan popularnya.

Lebih 70 buah lagu dihasilkan, termasuk Kasih Tak Sudah, Mencari Bahagia, Lambaian Desa, Ole-ole Temasik, Siti Haida, Setahun Tak Jumpa Sesaat Tak Lupa, Surat Penawar dan Sayang Ada Yang Punya.

“Saya mula menulis lagu pada 1962, tetapi rakaman pertama dibuat pada 1965, iaitu lagu Kenangan Mengusik Jiwa. Lagu itu meninggalkan kesan manis buat saya untuk lebih bersemangat membuat lagu dan menulis lirik.

Semangat kental Ning

NING Baizura hari ini jauh berbeza berbanding lima enam tahun lalu, terutama semangatnya. Kekentalan semangat itulah yang menghasilkan kejayaan besar, malah lebih besar daripada yang dilaluinya sebelum ‘zaman gelap’ tidak lama dulu.

Tidak perlu diungkit kisah itu, Ning mempelajari sesuatu untuk bangkit semula seperti hari ini. Kejayaan album Selagi Ada dan yang lebih penting, penerimaan peminatnya, membuktikan dirinya masih diperlukan dalam industri hiburan Malaysia.

“Sama ada saya sedih atau bahagia, cuma air mata dapat menceritakan perjalanan saya sebagai anak seni. Saya bersyukur dapat melaluinya dengan tabah sehingga mampu berdiri di sini hari ini,” kata Ning.

Kata-kata bermakna itu diluahkan ketika sambutan ulang tahunnya ke-29 baru-baru ini serta rasminya anak kelahiran Kajang itu menjadi duta Ssangyong baru-baru ini. Gelaran itu juga memberi peluang Ning memiliki sebuah model terbaru Rexton, RX270Xdi.

Ketika majlis ‘kejutan’ itu juga, suara Ning tersekat-sekat ketika berucap. Sambil mengesat lelehan air jernih di mata cantiknya, Ning akui banyak yang dipelajarinya sepanjang kehidupan selama 29 tahun.

- Hiburan -

Khai, Zarina tidak pernah putus cinta
PELAJAR ‘favourite’ Akademi Fantasia 2 (AF2), Zarina pernah berduet dengan Sahri menyanyikan lagu Pulangkan pada konsert mingguan sebelum ini, namun dia bersedia menampilkan kejutan yang hebat apabila memilih Khai sebagai teman duet yang baru sekalipun mereka masih dikaitkan dengan cerita peribadi.

Scorpions, Search berkongsi pentas
BERBEZA dengan penganjur konsert antarabangsa lain yang lebih gemar membawa penyanyi muda ke negara ini, Star Planet Sdn Bhd punya strategi tersendiri iaitu ‘menerbangkan’ legenda rock hidup, Scorpions di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 13 September ini.

Pontianak Harum, Razak terima anugerah PPFM 2004
FILEM Pontianak Harum Sundal Malam (Pontianak Harum) dan pengarah prolifik, Prof Madya A Razak Mohaideen, masing-masing menerima Anugerah Khas Juri dan Anugerah PPFM 2004 berdasarkan pencapaian memberangsangkan tahun ini.

Sikap Mas makan diri
SEMUANYA sudah terjawab. Kegagalan Mas untuk mara ke konsert kemuncak Akademi Fantasia 2 (AF2), Sabtu depan menoktahkan undi simpati yang dikatakan sering berpihak kepadanya.

Pemimpin dan seluruhnya pemuka UMNO dan BN adalah dipertanggungjawabkan melalaikan orang Melayu dan dipercayai dengan satu sebab untuk terus berkuasa. Selagi orang Melayu tetap bergantung ekonomi kepada mereka selagi itulah mereka akan terus berkuasa. Apabila melayukan mula menguasai ekonomi sendiri, orang Melayu akan bebas berfikir dan sudah tentunya menolak mereka yang selama ini menipu dan berbohong di dalam semua aspek kehidupan rakyat. Rakyat perlu keluar dari kepercayaan hanya ekonomi yakni wang atau kebendaan sahaja boleh memberikan kebahagiaan sebaliknya penuh percaya rezeki di tangan Allah dan kejayaan serta kemajuan itu berada di dalam pengamalan Islam yang syumul

…….. Salam dari Pak Ngah - 10.08.2004 (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: