MELATAH HARI JUMAAT
Oleh Pak Ngah

Penghulu segala hari adalah Hari Jumaat, bagi umat Islam hari yang penuh barakah ini perlu di muatkan dengan amal ibadah yang lebih mendekatkan diri kepada ketakwaan. Terkenang berita surat khabar semalam, idea orang BERNAS, namun belum tentulah ianya bernas. Lagi pun tidak dijadikan Allah akan siang dan malam melainkan dengan fungsinya yang tertentu. Siang ada mataharinya manakala malan akan ada bulannya.

Berbalik kepada idea orang BERNAS tersebut nak berarak selepas jam 12 malam. Bernas atau tak bernas idea macam ni. Lagi pun tak takutkah mereka berarak di bawah sinaran rang bulan itu. Tengok warna hijau pun dah phobia tambahan pula berarak di bawah sinaran bulan, betui kah Shahidan Kassim ini atau dah buang tabiat. Lihat petikan kenyataan beliau:

Perlis berarak 12.01 pagi sambut merdeka
KANGAR 7 Julai - Perlis akan mencipta kelainan pada sambutan Hari Kemerdekaan kali ini apabila merancang untuk mengadakan perarakan perbarisan pada awal pagi bermula pukul 12.01 pagi pada 31 Ogos ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perarakan perbarisan itu akan diadakan selama kira-kira dua jam setengah yang dijangka berakhir pukul 2.30 pagi.

Menurut beliau, perbarisan yang dijangka disertai kira-kira 25,000 peserta itu akan dimulakan sebaik sahaja tamat detik 12 tengah malam yang menandakan bermulanya ulang tahun kemerdekaan negara ke-47.

"Kita menjangka tempoh perbarisan ini tidak begitu lama iaitu antara dua hingga dua jam setengah sahaja,'' katanya.

Shahidan menjelaskan, tujuan perarakan perbarisan diadakan pada awal pagi bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menonton sambutan seumpama itu yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari Kuala Lumpur atau Putrajaya.

Melihat kepada alasan yang diberikan nampak sungguh BERNAS tetapi tidak praktikal. Apa boleh buat mereka berpegang kepada slogan “Malaysia Boleh”. Jenis nak merosakkan ni memang semua orang suka terutama golongan remaja, tambahan boleh berfoya-foya sampai menjelang pagi. Peringatan juga yang tua-tua pun 2x5 sahaja.

Ni ada satu cerita baru, Pak Ngah nak tanya Mat Sepai, bila depa ajar Datuk Firdaus tu jadi sepai juga? Berita semalam memaparkan beliau bergegas menyiasat dan mengambil tindakan segera menemui remaja yang memberikan khidmat kepada golongan gay dan artis terkenal. Semenjak menceburi UMNO ni, nampak benar cari publisiti dan tempat tinjauannya memang bertepatan. Memasuki kumpulan yang kotor dan memang eloklah membersihkan tempat yang kotor, tak gitu. Kalau kita menyertai kumpulan yang bersih dan cantik tentulah ke tempat yang suci dan menawan tempat tumpuan. Petikan berita tersebut seperti di bawah:

Remaja mengaku pernah `melayan' artis, profesional
Oleh: SYAHRIL A. KADIR dan SHARILFUDDIN SAARI
KUALA LUMPUR 7 Julai - Bekas Imam Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail terkejut apabila salah seorang remaja yang ditemuinya sewaktu sedang menawarkan khidmat seks kepada golongan gay mengaku pernah `melayan' beberapa individu terkenal termasuk dari golongan artis dan profesional.

Beliau yang enggan mendedahkan identiti mereka yang terlibat berkata, lebih mendukacitakan lagi kebanyakan daripada mereka yang terjebak dalam masalah itu adalah orang Melayu yang telah berkeluarga.

Pirdaus yang membaca pendedahan Utusan Malaysia mengenai kegiatan tersebut Rabu lalu telah bertindak `turun padang' bagi menyiasat sendiri kesahihan laporan berkenaan.

``Memang mengejutkan, saya bersama rakan, Datuk Ab. Rauf Yusoh semalam pergi ke tempat yang dimaksudkan dan beliau (Ab. Rauf) berjaya meyakinkan salah seorang remaja yang terlibat supaya mengikut kami ke sebuah hotel lima bintang.

Pak Ngah ingin bertanya, bila agaknya dapat Datuk berduet pula menyanyikan lagu yang dibenarkan Islam Hadhari? Banyak penyanyi yang berpakaian sopan seperti mana kata Astora Jabat iaitu Siti Nurhaliza atau penyanyi lain seperti Waheeda. Islam Hadhari tidak pernah menghalang semua bentuk hiburan ini, bukannya apa, ianya tidak bertentangan dengan Islam Hadhari itu sendiri. Contoh terkini kita lihat pada Waheeda:
Waheeda - Irama hip hop pula dicuba
WALAU dikenali ramai sebagai penyanyi yang tampil dengan imej bertudung dan berjubah labuh, Waheeda sedikit pun tidak membataskan kariernya dalam bidang muzik.

Justeru penyanyi yang mula tampil dengan lagi irama world music ini semakin berani mencuba menyanyikan lagu pelbagai irama.
April lalu dia tampil dengan lagu Mencari, sebuah irama slow rock bersama kumpulan rock Giegiel.

Itu kejutan yang dibuat dengan menumpang album Giegiel. Kali ini penyanyi berusia 26 tahun ini bertindak lebih nekad. Dia buat perubahan dengan memuatkan sebuah lagu berentak hip hop dalam albumnya sendiri yang akan berada di pasaran pada pertengahan bulan ini.

"Saya akan cuba menyanyikan apa juga jenis muzik yang saya minati tidak kiralah rock atau hip hop."

"Apa yang penting, ia tidak melampaui batas dan ia juga sesuai dengan jiwa dan penampilan diri saya."

Selain bidangnyanyian, Waheeda turut terbabit dalam dunia lakonan. Jutawan Fakir, 7 Perhentian dan I Know What You Did Last Raya adalah antara filem-filem yang telah membuktikan bakat gadis ini.

Apakah tidak lama lagi kita akan mendengar irama padang pasir slow rock dan hip hop pula dari penyanyi baru, mana tau… Bagi Pak Ngah minta simpang 44 dari terjebak dengan kegilaan seperti mana mereka-mereka itu.

Akhirnya, insyaallah bertemu lagi pada hari akan datang. Wassalam.

…….. Salam dari Pak Ngah - 09.07.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: