MELATAH HARI SENAYAN
KALAU DAH TAHU DIRI TAK TAU, JANGAN DIBUAT...
Oleh Pak Ngah -
Beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan terhadap keistimewaan Agama Islam disepakati untuk digugurkan daripada mukadimah draf suruhanjaya berkenaan....Laman M@RHAEN


Inilah yang di peribahasakan oleh orang tua dulu-dulu seperti TIKUS MEMBAIKI LABU. Dah tahu diri tak tau tapi masih nak buat juga. Diri sendiri pun belum terjaga nak jaga diri dan agama orang lain. Banyak-banyakkan bertaubat dan menginsafi diri dari masa ke semasa. Apa salahnya sebelum mencadangkan ICM tempoh hari, buat sembahyang ikhtikarah, mohon pada Allah supaya diberikan petunjuk dan kebenaran nescaya Allah akan memberikan petunjuknya.
Ini tidak. Hanya mengikut rasa nafsu dan pemikiran sendiri sahaja. Rasa rasanya macam diri dah berusaha dan faham dengan niat suci supaya penubuhan ICM dapat menjadi kenyataan. Ilmu sahaja tanpa ketakwaan tidak langsung dipandang Allah.

Kalau kita perhatikan petikan kata-kata ini:

“Inilah, apabila kita minta datang ke persidangan bagi membincangkan tentang ICM semalam, pertubuhan Islam boikot.

"Lepas itu timbullah macam-macam andaian sedangkan jika mereka dapat bersama menyertai persidangan, pastinya draf ICM dirangka dengan lebih baik dan menyeluruh membabitkan pandangan dari mereka yang arif dalam semua agama,'' adalah pemikiran yang hanya berpandukan kepada akal tanpa mendapat cahaya wahyu Allah. Mengapa mereka tidak terfikir pula kenapa mereka yang amat arif dalam hal Islam tidak mahu menyertainya?

Adakah kerana di kalangan yang Arif Islam ini negatif pemikirannya atau ilmu dan ilmu yang diamalkannya dengan sinaran ketakwaan yang ada pada mereka, mereka telah melihat banyak keburukan dari kebaikan ataunya lebih layak ditegah dari dibenarkan. Tetapi penganjur ICM yang beragama Islam ini tidak langsung dapat berfikir ke arah itu sebaliknya lebih terarah kepada golongan itu memang sengaja begitu, sempit pemikiran dan berbagai andaian lain. Sebaliknya diri mereka yang jahil dalam Islam sendiri tidak pernah mereka cerminkan diri. Memang begitu adat Manusia, yang baik selalu dibenci dan yang buruk kian diutamakan.
Majlis Peguam pertahan ICM
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Majlis Peguam hari ini terus mempertahankan usaha penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM) walaupun ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri semalam mengenai cadangan tersebut yang disifatkan sebagai melulu.

Sambil menjelaskan bahawa ICM tidak akan menyentuh hak orang Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Pengerusinya, Kuthubul Zaman Bukhari menyeru masyarakat Islam negara ini supaya tidak bimbang dengan penubuhan ICM.
“Inilah, apabila kita minta datang ke persidangan bagi membincangkan tentang ICM semalam, pertubuhan Islam boikot.
“Lepas itu timbullah macam-macam andaian sedangkan jika mereka dapat bersama menyertai persidangan, pastinya draf ICM dirangka dengan lebih baik dan menyeluruh membabitkan pandangan dari mereka yang arif dalam semua agama,'' katanya.

Kita petik kata kata TG Nik Aziz seperti petikan berikut:
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abd Aziz turut membantah cadangan penubuhan IFC ini dan dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata: For Muslims, only Islam is the right religion and we can have dialogues with anyone if there is a need.
Di bawah ini petikan lain ucapan TG Nik Aziz
Di KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga membantah keras cadangan penubuhan suruhanjaya itu.

Nik Abdul Aziz yang ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan dengan Syarikat Ladang Sungai Terah Sendirian (SLST) Berhad, semalam berkata, cadangan itu adalah taktik halus yang cuba digunakan pihak luar untuk campur tangan secara tidak langsung dalam urusan dan hal ehwal agama Islam.

“Sejak dulu lagi, segala urusan berkaitan Islam diuruskan secara mutlak oleh umat Islam tanpa sebarang bantuan daripada pihak luar.

“Malah sebelum ini, ada pihak tertentu cuba campur tangan dalam urusan hal ehwal agama Islam di Asia Barat tetapi tidak berhasil.

“Pihak terbabit gagal berbuat demikian kerana cadangan mereka mendapat tentangan hebat daripada umat Islam di sana,” katanya.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, suruhanjaya seumpama itu pernah wujud di negeri-negeri Arab, dengan berselindung di sebalik namanya.

“Bagi orang Islam hanya agama suci itu sahaja yang benar. Islam juga memberi berpeluang untuk berdialog dengan sesiapa sahaja sekiranya timbul sebarang keraguan,” katanya selepas hadir pada persidangan akhbar Syarikat Ladang Sungai Terah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Majlis Peguam menubuhkan suruhanjaya itu sehingga menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak.

Esok dijangka berlangsung persidangan kebangsaan bagi penubuhan IRC yang dianjurkan Majlis Peguam antara lain akan membincangkan draf penubuhan suruhanjaya yang dikatakan cuba mencampuri urusan agama Islam di negara ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihak yang mahu menubuhkan suruhanjaya itu sebenarnya mahu menimbulkan masalah dengan bertopengkan nama suruhanjaya semata-mata.


Setelah kita melihat petikan kata-kata dari Tuan Guru Nik Aziz, bolehlah kita membuat keputusan di mana kebenarannya. Akhirnya cukup sudah kerosakan yang dibuat ke atas Islam selama ini dan kembali ke pangkal jalan. Setiap yang datang pasti akan kembali, semoga dengan kembali ke pangkal Jalan Allah memberikan perlindungannya di dunia dan akhirat.

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 28.02.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: