MELATAH HARI AHAD
KE ARAH PENUBUHAN ICM:
SIAPA BIAYAI SIMPOSIUM MEREKA?
Oleh Pak Ngah -
Beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan terhadap keistimewaan Agama Islam disepakati untuk digugurkan daripada mukadimah draf suruhanjaya berkenaan....Laman M@RHAEN


Semalam, sebanyak 24 pertubuhan agama dan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam menganjurkan Persidangan Kebangsaan Ke Arah Penubuhan ICM dan ia dibiayai oleh sebuah Yayasan Konrad Adenauer. Bagi yang belum tahu tentang yayasan tersebut diperturunkan di bawah Mengikut laman web mereka sendiri yang beroperasi di Kuala Lumpur:
Introduction Konrad Adenauer Foundation

The Konrad Adenauer Foundation is related to the Christian Democratic movement. Having emerged from the 'Society for Christian Democratic Education Work' founded in 1956, it was named after the first Chancellor of the Federal Republic in 1964. We are guided by the same principles that inspired Adenauer's work.

The Konrad Adenauer Foundation offers political education, conducts scientific fact-finding research for political projects, grants scholarships to gifted individuals, researches the history of Christian Democracy, and supports and encourages European unification, international understanding, and development-policy cooperation.

Cadangan penubuhan ICM ditentang hebat pelbagai pihak kerana ia dilihat akan mencampuri urusan agama dan memusuhi Undang-undang Syariah dengan berselindung di sebalik sebuah badan perundingan dan penasihat.

Ini dapat disaksikan apabila beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan terhadap keistimewaan agama Islam disepakati untuk digugurkan daripada mukadimah draf Suruhanjaya berkenaan.

Malah sewaktu perbincangan mengenainya, ada peserta berhujah dengan mengatakan "apa yang istimewa pada Islam hingga perlu dimasukkan peruntukan-peruntukan tersebut?"

Bila disebut pengganas, banyak telunjuk hanya menuding kepada Islam, tetapi mereka melupakan apa yang telah dilakukan di kalangan mereka dan sebagai contoh sila perhatikan berita di bawah ini:

Pelampau Kristian hiris bibir lapan wanita

KAMPALA: Kumpulan pengganas Kristian Uganda yang menggelar diri mereka Tentera Tuhan (LRA) terus mengganas di utara Uganda dengan membunuh hampir 30 orang selain menghiris bibir lapan mangsa wanita yang berada dalam keadaan parah.

Kekejaman mereka semakin meningkat sejak gencatan senjata dengan kerajaan Uganda tamat, awal minggu ini.

Jurucakap tentera dan pegawai tempatan berkata, anggota LRA membunuh sekurang-kurangnya 21 orang di empat daerah di utara negara itu sejak tamatnya gencatan itu dan dalam kejadian kelmarin, pengganas Kristian itu bertindak kejam menghiris bibir wanita di kawasan itu.

Lapan wanita itu yang berlindung di sebuah kem bagi pelarian perang di daerah Kitgum, keluar mengambil air di sebuah perigi, kira-kira tiga kilometer jaraknya dari kem berkenaan apabila terserempak dengan anggota bersenjata LRA itu.

“Pengganas itu kemudian bertindak mengepung dan menghiris bibir mangsa dengan kejam,” kata jurucakap tentera wilayah itu, Lt Paddy Ankunda.

“Apa yang dikesali, inilah orang yang pernah duduk semeja dan berbincang mengenai keamanan. Tapi lihatlah kekejaman mereka,” katanya.

Ankunda dan Pengerusi Majlis Daerah Kitgum, Norman Ojwee, berkata wanita dibiarkan berlumuran darah dan dimasukkan ke sebuah hospital untuk dirawat.

LRA sememangnya terkenal dengan tindakan ganas mereka ke atas penduduk di utara Uganda, khususnya perbuatan menculik kanak-kanak.

Akhirnya, tidak perlulah mereka mengajar umat Islam untuk menjadi manusia mengikut kehendak mereka sebaliknya cerminkan diri sendiri sejauh mana telah memahami umat Islam. Jika mereka sentiasa berpendapat yang negatif terhadap Islam dan sentiasa serong, buatlah apa jua Suruhanjaya ke. ICM, semuanya adalah perbuatan penuh bermuslihat, mala fide dan ingatlah, Umat Islam bukannya menerima Islam sebagai agama sebaliknya adalah satu cara hidup paling sempurna.

Kalau umat-umat lain tetap dengan perkataan agama, maka ianya terangkum dalam skop yang kecil berbanding Islam yang merangkumi cara hidup.

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 27.02.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: