MELATAH HARI RABU
KETIKA PEMUDA UMNO DAN PEMUDA MCA SERANG MENYERANG,
BEKAS PM TUN DR M MENANTIKAN KETIBAAN PEMIMPIN BERWIBAWA ASIA.... 
ANWARKAH ITU?

Oleh Pak Ngah (Laman M@RHAEN)

Pemuda MCA usah gugat semangat muafakat BN – Khairy
oleh: HAIRULAZIM MAHMUD
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO memberi amaran kepada Pemuda MCA supaya jangan menggugat semangat muafakat dalam Barisan Nasional (BN) dengan menuduh orang Melayu terlalu tamak bagi mencapai 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebaliknya menegaskan, golongan muda dalam sayap MCA itu perlu sedar bahawa jumlah pemilikan ekuiti yang diperjuangkan oleh orang Melayu adalah asas dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Pemuda UMNO dan orang Melayu bukan membawa perkara baru tetapi ini adalah kembali memperjuangkan matlamat asal DEB yang hanya melibatkan 30 peratus nilai ekuiti, bukan kita mahu 100 peratus.

"Jadi, saya melihat kenyataan yang dibuat ketika Perhimpunan Agung Pemuda MCA yang menjurus kepada Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Tun Hussein (yang juga Ketua Pemuda UMNO) adalah tidak berasas, ekstrem dan berhajat untuk mewujudkan ketegangan,'' katanya.

Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini sebagai mengulas tindakan beberapa perwakilan Pemuda MCA pada Perhimpunan Agung mereka kelmarin yang terang-terangan `menyerang' Hishammuddin.

Mereka mendakwa Ketua Pemuda UMNO itu mengeluarkan ucapan yang disifatkan melampau pada Perhimpunan Agung parti bulan lepas.

Kata mereka, ucapan Hishammuddin bahawa orang Melayu tidak akan berkompromi selagi matlamat DEB tidak tercapai, ditolak oleh masyarakat Cina.

Ketika pemuda-pemuda BN sedang serang menyerang, mantan PM Tun Dr Mahathir yang semalam mengatakan ANWAR homoseksual, tetapi hari pula, menunjukkan yang beliau sebenar tidak dapat menolak sebaliknya seolah-olah mengakui apa yang sebaliknya, Pertuturannya, kian hari kian tidak teratur, apakah beban yang ditanggung oleh jiwanya ternyata amat berat ditanggung. Walau bagaimana berat mata kita memandang pasti lagi berat yang ditanggung oleh mantan PM tersebut.

Bayangkan diri anda semasa berkuasa menuduh orang liwat dan sepanjang pemerintahan mempertahan tuduhan tersebut, kini telah hilang kuasa dan orang yang dituduh telah dibebaskan mahkamah, tambahan pula mendapat perhatian dunia bukannya perhatian rakyat Malaysia sahaja. Kerajaan Saudi memberikan Jet khas dan istana khas sepanjang DSAI di Mekah. Mendapat sambutan tetamu negara. Orang baru keluar penjara pula tu, hati yang mana boleh melihat semua ini. Hidup menjadi tak keruan menanti masa dan apa yang bakal menimpa diri. Tidak menghairankan jika mantan PM terusan menggelabah menanti sesuatu yang pasti bakal tiba. Tunggulah detik detiknya sahaja….

Pak Ngah jangkakan, dalam kesusahan hati yang tak keruan itu, seperti mana selalunya, manusia akan menyebut apa yang sebenarnya, lihatlah, mantan PM sendiri menyatakannya, apakah dianya itu DATUK SERI ANWAR IBRAHIM? Lihat di bawah.

Asia jangan tunduk kepada kuasa Barat
SINGAPURA 11 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa para pemimpin Asia hari ini supaya jangan lagi tunduk kepada kuasa Barat. Mahathir menegaskan, penduduk Asia sedang menantikan seorang pemimpin berwibawa daripada sebuah negara berwibawa.

“Pemimpin yang terlalu tunduk kepada warga Eropah jangan terkejut jika rakyat mereka bangkit menentang mereka atau melakukan tindakan keganasan,'' katanya.

“Pemimpin Asia mempunyai pilihan. Tunjukkan kepimpinan sebenar, ambil inisiatif dari segi idea dan pemikiran serta kembalikan maruah diri. Jika tidak, hadapi situasi memalukan apabila negara dipengaruhi oleh kuasa asing dan diri dibenci oleh rakyat sendiri''.

Mahathir menyelitkan ucapannya dan sesi soal-jawab yang menyusul dengan kenyataan-kenyataan pro-Asia dan anti-Barat.

"Penduduk Asia sudah bertamadun lama sebelum penduduk Eropah mencapai tamadun. Mereka seharusnya belajar daripada kita,'' tegasnya. - AFP

Apakah mantan PM sudah mula tersedar siapalah diri ini. Pada pandangan Pak Ngah seluruh kenyataan di atas menjadi tunggang-langgang kerana ianya terbit dari kerunsingan diri yang mendalam. Ingin menyatakan sesuatu tetapi menyimpang siur ke sana sini, resah, resah. Apakah hari esok masih ada buatku!. Seperti mana kata DSAI “Forgive but not forgotten”. Kalau dulu menyeksa tetapi kini jiwa terseksa. Bertemu di hari mendatang, salam dari Pak Ngah untuk semua menantikan Malaysia Baru.

..….. Pak Ngah - 13.10.2004
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: