Fitnah: Kerja Tradisi Umno Tanjong Karang
Umno Tg. Karang yang ditaja oleh Noh bin Omar Kambing memang punya hobi bikin fitnah. Untuk jadi Ketua Penaja Umno Bahagian Tg. Karang dia banyak bikin fitnah sesama Umno terutama Dato’ Abu Hasan Omar.

Noh Omar membesar-besarkan kisah silam Dato’ Abu Hasan sebagai haruan makan anak. Dato’ Abu Hasan tidak layak sebagai Ketua Tg. Karang sebab banyak skandal. Kisah keburukan Dato’ Abu Hasan diceritakan kepada kaum kerabat Dato’ Abu Hasan yang ramai tinggal di Tg. Karang.

Semasa Dato’ Shukor jadi Ketua Bahagian Tg. Karang ,Noh Kambing tukang cipta dan sebar fitnah Hj. Jamian Mohamad. Hj. Jamian Mohamad dikatakan sebagai pengamal rasuah ketika bekerja di Kementerian Perumahan dan tidak layak menjadi wakil rakyat.

Ketika Dato’ Aziz Desa sebagai Ketua Bahagian, Noh Omar Kambing bersaing hebat dengan Hj. Sumadi merebut jawatan Ketua Pemuda. Persaingan hebat antara mereka berdua menyebabkan Noh Omar Kambing bagaikan gila babi. Akhir nya ia menabur fitnah yang Hj. Sumadi adalah seorang penipu dan melarikan wang Hj.Sujak,ADUN Shah Alam.

Zaman Dato’ Aini Ketua Bahagian, Noh Omar Kambing berkelahi dengan Khir Toyo. Noh Omar Kambing cuba bersekongkol dengan Hj. Baharuddin Marsom untuk mengalahkan Khir Toyo. Setelah Khir Toyo menjadi MB ,Noh Omar adalah antara pemberi maklumat rasuah Khir Toyo kepada pembangkang.

Selain Noh Omar Kambing, ramai lagi AJK Umno memang pakar membuat kerja kotor dan fitnah. Antaranya Hj. Ibrahim Osman, Hj. Shafie Asnawi, Manan Ariffin, Zulkerni Anuar, Ali Petronas Bankrap, Selamat Dollah, Ismail Sutan, Sharif Aspar, Khir Ramli dan ramai lagi.

Pada pilihan raya 1990 seorang bekas askar di Sabak Bernam telah cuba membuat cek palsu untuk membeli calon PAS. Kerja kotor itu diberi tahu kepada Ali Mamak Petronas Tg. Karang yang bankrap. Rahsia ini telah diceritakan secara terbuka oleh Ali Petronas bankrap.

Pilihan raya kecil di Kuala Selangor kerana ingin melantik Dato’ Abu Hasan sebagai MB Selangor kerana MT Taib bawa lari wang 19 kg ke Australia pada pertengahan tahun 90an, telah menyaksikan bagaimana seorang bekas guru besar yang pernah memegang jawatan penting di Yayasan Selangor bersama Noh Omar Kambing cuba memanggil beberapa ahli Umno untuk mengaku menjadi ahli PAS. Ahli tersebut disogok wang beberapa ringgit disuruh mengaku sebagi ahli PAS dan diminta berlakon keluar parti memasuki Umno. Sebagai ganjaran guru Umno haprak tersebut dilantik sebagai Pengurus Yayasan Selangor satu ketika dulu.

Sekarang kita dengar pula tuduhan melulu bahawa poster murahan Noh Omar Kambing dikoyak oleh ahli PAS. Poster murahan tersebut dibuat kerana iri hati dan dengki dengan poster billboard Khir Toyo seluruh Selangor.

Surat fitnah koyak poster haprak Noh Kambing disebar luas. Sebenarnya kerja koyak poster adalah kerja tradisi ahli Umno sendiri yang diketuai Noh Omar Kambing, Hj. Osman Ibrahim ,AJK Umno Bahagian Tg. Karang dll. Salah seorang pekerja mengoyak poster haprak Noh Kambing telah membocorkan rahsia sebab upah yang dijanjikan tidak dibayar sepenuhnya kepada pekerja itu.

Kerja kotor koyak poster bukan kerja PAS. Poster karnival Umno dipasang merata tempat di Tg. Karang selama seminggu termasuk di depan rumah ahli PAS. Poster karnival tersebut tidak pun disentuh atau dikoyak . Mengapa mesti poster di pinggir hutan untuk dibaca monyet-monyet Umno perlu di koyak? Koyak poster adalah ciptaan mereka sendiri.

Sebaliknya ahli Umno sendiri yang berperangai samseng dan ganas .Mereka mencabut bendera PAS sebanyak tak sampai 10 helai bendera di pekan Tg. Karang dan dicampak ke dalam parit pada 25 2.2004 jam 1.00 malam. Perbuatan samseng, ganas dan tidak bertamadun ibarat orang hidup zaman batu bercawat di ketuai oleh ustaz Khir Ramli,Penyelia Masjid-Masjid Kuala Selangor dan dibantu oleh Ustaz Kamaruzzaman,guru agama di PPD Kuala Selangor. Walau pun beberapa ahli PAS cuba menghalang perbuatan ala samseng mencampakkan bendera PAS ke dalam parit tetapi Khir Ramli dan Ustaz Kamaruzaman cuba pula memukul beberapa ahli PAS. Mujur beberapa anggota polis dapat mententeramkan keadaan.

Selain poster murahan di tepi hutan dan jalan, Noh Omar Kambing juga menyebarkan kalender haprak tahun 2004 ke semua sekolah dalam parlimen Tg. Karang. Kalender itu menunjukkan gambar Noh Omar Kambing sendiri dan lambang Dacing senget BN. Tindakan menyebarkan kalender di sekolah dibiarkan saja oleh PPD Kuala Selangor sebab ia orang Umno berkarat.

Kalender haprak itu dihantar ke semua sekolah oleh barua Noh Kambing bernama Cik Gu Mat Jeli Keling yang mengajar di Sekolah Menengah Seri Desa Tg. Karang.

Banyak sekolah enggan mengedarkan kalender haprak kepada guru-guru dan kelas-kelas murid telah menyebabkan Noh Kambing berang macam orang dirasuk gila babi. Noh Kambing telah mengarahkan PPD Kuala Selangor supaya memberi nama guru besar atau pengetua yang enggan mengedarkan kalender Noh Kambing haprak.

Khabarnya setelah kalender diedarkan kepada guru-guru dan kelas-kelas murid, kalender tersebut dikoyak dan dihumban ke dalam tong taik tanpa disuruh atau dihasut oleh mana-mana pihak.

Begitulah meluatnya hati guru dan murid–murid di Tg. Karang terhadap Noh Omar Kambing.

Osman Ibrahim - 04.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN