Tindakan Keras Terhadap Pengerusi SPR Harus Diambil
Begitu mudah…TS Abdul Rashid mengatakan sekiranya rakyat Malaysia tidak puas hati dengan kerjanya selama ini beliau akan meletakkan jawatan. Bukan main mudah lagi jawapan selepas manusia bangsat ini melakukan perbuatan jenayah politiknya. Relakah kita melepaskan begitu saja manusia bangsat ini tanpa apa-apa tindakan mahkamah terhadapnya.

Usah diharapkan lagi mahkamah mahupun pihak berkuasa kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Di sini saya cadangkan kita gunakan terus saluran antarabangsa dengan melaporkan kegiatan-kegiatan politik kotor ini bukan sahaja terhadap TS Abdul Rashid bangsat ini malah terhadap pemimpin-pemimpin Umno yang lain yang terlibat dengan skandal-skandal rasuah dan kita biarkan mereka-mereka ini dihenyak oleh mahkamah dunia.

Relakah kita menjadi ahli sebuah parti yang berdiam diri sahaja ataupun hanya sekadar membuat laporan kepada SUHAKAM dan penyiasatan tersebut pastinya tidak akan memihak kepada parti pembangkang. Kegiatan-kegiatan kotor mereka ini haruslah didedahkan ke seluruh dunia melalui saluran Internet ataupun surat kepada pemimpin-pemimpin negara lain agar mereka-mereka ini diberikan tekanan agar lebih telus dalam menjalankan sistem pemerintahan negara.

Orang KL - 25.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN