Kroni  Ah Tiam Pacak Pisau Di Meja Khir Toyo
Cerita curi pasir di Batang Berjuntai dan Pucong yang di siarkan media massa sudah sepi
. Tetapi kegiatan mencuri pasir masih berterusan terutama di bekas lombong Batang Berjuntai. DO Hj. Shamsudin, kroni Khir Toyo, cuma bertindak hangat-hangat tahi ayam Pencuri masih berleluasa di Batang Berjuntai.
 
Menjadi tradisi Kerajaan BN/Umno pencuri/perompak/perasuah terlepas tetapi yang ditangkap hanyalah lebih 50 mesin ekskavator. Pencuri bebas berkeliaran. Sehari dua kemudian, mesin-mesin tersebut hilang dari setor simpanan. Selain mesin yang ditangkap, Ketua Kampong dituduh bersubahat dengan pencuri pasir.
 
Sebelum ini kes rasuah Annuar Musa bekas menteri Umno yang menghilangkan puluhan juta wang PPRT di Kelantan tetapi yang ditangkap adalah kereta Annuar Musa. Sebelumnya lagi dalam kes Anwar Ibrahim tilam diusung keluar mahkamah menjadi saksi penting. Di laut pula pihak kastam bolak balik tangkap rokok seludup tetapi tekong dan penyeludup tidak tertangkap dan bebas berenang dilaut.
 
Apa nak jadi dengan mahkamah Malaysia nanti. Mungkin pihak mahkamah dan Umno sedang memikirkan bagaimana merekacipta kereta Annuar Musa dan mesin ekskavator pencuri pasir boleh bercakap di mahkamah apabila dipanggil sebagai saksi.
 
Malaysia kan Malaysia Boleh!!
 
Sungguh menakjubkan sejak Khir Toyo menjadi MB Selangor,toyol sudah berani mencuri di siang hari. Toyol sudah tegar mencuri bukan sahaja mencuri wang orang kampung tetapi mencuri wang di SUK,mencuri pasir dan terakhir mesin ekskavator pencuri pasir sebesar dinosor. Hebat sungguh toyol di Selangor. Sehebat MB Khir Toyo.
 
Bukan rahsia lagi,tekong dan taukeh besar pencuri pasir di Batang Berjuntai adalah AH TIAM. Ah
Tiam merupakan kepala samseng,kepala mesin judi kuda,kepala mengenyangkan pemimpin Umno khususnya di Kuala Selangor.
 
Di sekeliling Ah Tiam ada ramai kepala samseng. Mereka dibayar gaji istimewa oleh Ah Tiam. Samseng bodyguard Ah Tiam terdiri Melayu, Cina dan India.
 
Pada 8 Januari 2004, Utusan Malaysia melaporkan bahawa isteri SU Kerajaan Selangor Datin Juliana, 52 tahun telah didera oleh penceroboh. Ia telah patah 6 jari tangan, didera dengan api mancis di dagu, paha dan lain-lain sehingga dimasukkan ke Hospital di Klang. Anehnya penceroboh tidak merompak lain-lain kecuali mengambil kamera. Anehkan?
 
Kononnya beberapa hari kemudian penceroboh tersebut tertangkap tetapi kes ditutup begitu sahaja.
 
Sekarang diberitakan pula MB Selangor yang mengatakan negara ini aman dan selamat terpaksa meminta bantuan 2 orang polis bodyguard bersenjata M16 mengiringi ke mana sahaja Khir Toyo pergi dan rumah juga dikawal polis 24 jam dengan bersenjata M16. Kenapa takut sangat Khir Toyo?
 
Kelantan dan Terengganu yang dikatakan tidak aman, MB Kedua-dua negeri pantai timur tidak pula ketakutan seperti Khir Toyo. MB Kelantan dan Terengganu tidak pun diancam tonto pada hal Kerajaan Kelantan dan Terengganu telah menutup semua pusat-pusat judi dan hiburan. Tonto tidak pernah mengancam mereka.
 
Kedua-dua MB Pantai Timur tersebut juga tidak memerlukan polis berkawal di pondok MB 24 jam dengan menggunakan M16. Mereka tidak perlu bodyguard menggunakan M16 seperti Khir Toyo.
 
Sebenarnya ketakutan Khir Toyo akhir-akhir ini bukan sahaja ketakutan kes rasuah disebut kembali dan tidak dicalonkan tetapi adalah kerana suatu insiden cemas yang menakutkan telah berlaku di Pejabat Khir Toyo.
 
Insiden tersebut berlaku beberapa hari sebelum berlaku pencerobohan rumah SU Kerajaan Selangor dan penderaan terhadap Datin Juliana yang rumahnya bersebelahan rumah MB.
 
Seorang pemuda yang berpakai kemas telah memasuki pejabat MB di Shah Alam. Tanpa diduga pertengkaran dengan suara kuat berlaku antara mereka. Pertengkaran mereka boleh didengar hingga di luar pejabat. Pekerja pejabat MB dan berhampiran menjadi takut dan cemas. Tanpa diduga pemuda tersebut telah menghentak dan mencacakkan sebilah pisau di atas meja Khir Toyo. Pekerja di Pejabat MB menjadi cemas. Khir Toyo terpekik-pekik meminta tolong. Akhirnya pemuda tersebut dapat ditangkap tetapi dilepas kerana tidak mahu rahsia MB Khir Toyo diancam dengan pisau terbongkar. Khir Toyo pucat lesi tetapi tak nampak sebab kulitnya hitam macam pantat kuali.
 
Khir Toyo benar-benar ketakutan. Pencuri pasir kroni Ah Tiam mengancam Khir Toyo dengan pisau . Pencuri pasir di Batang Berjuntai telah dianiaya Khir Toyo. Khir Toyo telah menerima jutaan ringgit dari Ah Tiam melalui pemuda tersebut tetapi lesen mengambil pasir dibatalkan.
 
Terbaru DO Hj. Shamsuddin pula menghentak meja di depan Khir Toyo kerana DO tidak terpilih menjadi calon.
 
Sekarang, Khir Toyo takut bukan main-main. Takut sungguh-sungguh. Nak kencing di malam hari pun minta bini temankan hingga ke pintu jamban dan bawa pistol..
 
Ia bukan sahaja takut kes rasuah dibongkar terus tetapi nyawanya juga terancam. Diancam tonto dan diancam pengusaha pasir. Untuk melindunginya ia terpaksa meminta bantuan polis bersenjata M16.
 
Dan Khir Toyo tidak pernah lupa mendapat khidmat bomoh. Ia bolak-balik jumpa raja bomoh dalam dan luar negara menilik nasibnya. Jumpa bomoh dan dukun menjadi keyakinan Khir Toyo.
 
Orang Gomen - 11.03.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com
Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN