KONSERT MAKSIAT DI UM…. KITA LAWAN!!!!!
Oleh Omar


Setelah kami dihidangkan dengan pesta konvo yang penuh dengan kemaksiatan (konsert dan Fun-Fair), kali ini kami dihidangkan pula dengan segerombolan artis terkenal di neraka jahanam… InsyaAllah. Lebih malang lagi apabila aktiviti bercorak keagamaan seperti IPMIUM telah dibatalkan kelulusannya oleh TNC Razali Agus tidak sampai 12 jam selepas diluluskan. Amat malang bagi warga UM apabila aktiviti keIslaman dibatalkan tetapi aktiviti maksiat dipromosi dan diadakan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira pendapat majoriti mahasiswa.

Setelah kami bersabar sekian lama dengan kerenah pentadbiran zalim HEP di bawah pemerintahan Razali Agus bersama ketuanya pemuisi terkenal Hashim Yaacob, kami mahasiswa mengambil pendekatan sebulat suara untuk menentang sepenuhnya konsert Amal Sayangku Untukmu. Konsert maksiat yang berselindung di sebalik perkataan AMAL ini adalah sesuatu program yang boleh membawa kepada kejatuhan imej UM dan lebih malang lagi akan menjatuhkan maruah kami sebagai pelajar. UM bakal melahirkan mahasiswa yang rosak akhlaknya jika semua ini dibiarkan berterusan ditambah dengan masalah gejala sosial yang serius kebelakangan ini. Kami juga memberi amaran bahawa kami akan pastikan bahawa konsert ini tidak akan dilaksanakan. Untuk itu kami meminta secara baik dengan pentadbiran teratas UM untuk membatalkan konsert ini. Jika tidak satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan bagi menggagalkan konsert ini bagi menunjukkan pada rakyat bahawa kepimpinan UM yang ada sekarang adalah pemimpin yang tidak berwibawa dalam menyelami hati pelajarnya.

MAHAGANAPATHY A/L DASS @ PASKARADASS (Penasihat Agama kepada Razali Agus), MOHD HAIROLNEZAM BIN KAHMIS, KALAM AZAD BIN ABU BAKAR. Inilah sebahagian kuda2 tunggangan UMNO(BeNd) di HEP UM yang telah dilantik sebagai pegawai yang menyelaraskan semua aktiviti pelajar. Mereka memantau segala aktiviti, pelajar, kemasukan pelajar ke Kolej serta melaksanakan aktiviti2 maksiat dalam UM. Mereka adalah calon-calon pro kerajaan yang tidak pernah menang dalam pilihan raya kampus. Mereka telah dilantik secara tidak telus oleh UM atas arahan daripada NC dan TNC. Begitulah malangnya institusi pendidikan tertua dan terunggul di Malaysia ini apabila imejnya telah dicemarkan oleh pemerintahan yang tidak bertamadun.

Oleh itu kami meminta semua mahasiswa (terutama mahasiswa baru) memboikot apa jua program berbentuk maksiat yang tidak membawa faedah. Jangan terlibat atau melibatkan diri. Kami juga berharap agar pemimpin-pemimpin mahasiswa membuat sesuatu dan tidak hanya berdiam diri melihat UM dicemarkan. Diharap semua mahasiswa bersedia untuk bersatu bersama-sama menentang konsert ini. ALLAHHUAKBAR! ALLAHHUAKBAR! ALLAHHUAKBAR!

Petikan Harakahdaily.net
Pemuda kesal kerajaan teruskan Konsert Scorpions, Search

Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Hrkh) - Tindakan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan yang bertekad untuk meneruskan penganjuran Konsert Scorpions dan Search pada 13 September ini di Stadium Merdeka dilihat sebagai menghina agama Islam dan umat Islam di negara ini.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Riduan Mohamad Nor, tarikh itu adalah hari umat Islam menyambut peristiwa besar iaitu Israk Mikraj yang jatuh pada 27 Rejab bersamaan 12 September 2004 iaitu sehari sebelum konsert tersebut. (berita lengkap)

…….. Omar - 21.08.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: