Sudah Tapi tak Sudah-sudah
Mengikut Fasal 3 ASAS DAN TUJUAN UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi

mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Siapakah yang menguatkan PAS... dengan kekalahan dan melemahkan umno dengan kemenangan palsu. Allah yang Maha Bijaksana merancang kemenangan untuk pendokong agamanya... Sudah barang tentu strategi Allah tiada siapa yang dapat membaca dan menganalisis... kerana tahap akal manusia terbatas... menjangkau ketentuan Allah. Siapa menyangka Jepun yang dibom di Hiroshima dan Nagasaki.. .boleh bangkit menjadi kuasa ekonomi. Siapa menyangka Rusia yg luas menjadi terpecah belah? Perancangan Allah pasti memenangkan agamanya Islam.

Kita cuba meniliti pandangan reverse Aku sudah insaf berikut:

Kita kena ikut zaman. Tengoklah orang belajar tinggi agama pun dah sokong dacing. Artis semuanya sokong dacing. Sapa je yang sokong bulan.??? Tinggal Nik Aziz dan Haji Hadi aje. Tiap-tiap hari ada orang keluar bulatang masuk barisang. Kita kena bawa masyarakat ini arah kemajuan. Kalau PAS menang di Negeri Terangganu confirm tak dapat masuk Sure Heboh TV3. Kita harap bila UMNO dah perintah ni Sure Heboh sure punya. Tempat-tempat hiburan yang BULAN tutup tu akan buka balik. Ini yang kita tunggu-tunggu. Kalau BULAN susahlah sikit hak ni. Ini barulah Islam Hadhori dan hadhoorey. Lengkap...syumul.

Pasal UMNO banyak rasuah tu... itu sudah razeki dia orang. Aku tak kisah dia orang rasuah ke... kroni ke... janji mesti Islam Moden ada pembangunan. Islam moden mesti Nyanyian, Karaoke, Dangdut, Mabuk sikit-sikit (biasalah). Kita kena tarik golongan yang suka sangat pi masjid tu supaya kurang-kurangkan sikit. Nanti kalau selalu sangat pi masjid kena dakyah oleh orang BULAN. Kalau pergi masjid pung Sembahyang aje. Lepas wirid balik. Kalau baca Yasin tak pa. Tapi kalau dengar tazkirah atau Kuliah Maghrib... tolong jangan dengar. Nanti terpengaruh dengan BULAN pulak.Orang pompuan takpa... depa tengok RTM... depa tak pi surau... Orang BULAN tu tak suka Islam Hadhori. Dia pulak kata kita salah. Dia yang salah tak sedar. Dacing menang kat Terangganu pung tak banyak. Nanti kalau ramai orang kita pergi Kuliah Hj. Hadi... kalah pulak kita. Kita mesti pertahankang kecemerlang kita. Kita mesti bawa pembangunan kat Terengganu. Membangun bersama Pak Lah.

Lagi satu Syurga ke neraka ke...itu hak Allah. Mana boleh kata tak sembahyang ke tak kyushuk sembanhyang ke akan masuk neraka. Ini sudah ajaran songsang. Ulamak ni asyik nak takutkan kita aje. Sama juga macam parti BULAN tu kata tak sokong perjuangan Islam masuk Neraka. Sokong perjuangan Islam masuk Syurga. Mana aku boleh terima. Otak aku memang tak boleh terima. Malah seluruh rakyat tak boleh terima ajaran songsang macam ni. Ini semua pasal Sekolah agama Rakyat. Sebab tulah saya sangat sokong sekat bantuan sekolah agama rakyat. Sebab Tun Dr. Mahathir pun dah kata SAR tu mengajar ajaran songsang. Lagi banyak SAR lagi songsang rakyat dibuatnya.

Ustaz ni pun tak nak berubah-ubah. Berubahlah sikit... mai sokong dacing pulak. Tengok Dr. mashitah dan Imam Masjid Negara pun dan sokong dacing. Malah jadi calon lagi. Tinggalkanlah perjuangan Islam yang songsang tu. Kita mahu Islam Hadhari... Islam Moden... Islam terkini. Bukan Islam Kuno... Islam zaman nabi?.... Zaman nabi mana aku tahu. Aku tahu Islam yang Pak Lah nak bawa. Mesej telah jelas bahawa majoriti rakyat mahukan perjuangan Islam terkini yang dibawa Pak Lah. Lihatlah keputusan pilihanraya ke 11 yang lalu. Hidup UMNO...hidup Melayu. Ulamak yang sesat dari Islam terkini bertaubatlah.

Gemilang Cemerlang Terbilang.

Yang dah insaf
 
Kedudukan BN sekarang ini tidak ubah seperti `rumah yang sudah siap tetapi pahat terus berbunyi? mereka menerima kemenangan di Terengganu hasil dari penipuan dan masih berlagak seolah-olah mereka mendapat sokongan rakyat terbanyak.

Kemenangan secara tipu muslihat di semua kawasan Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih dipertahankan walaupun berkoyan-koyan bukti penipuan telah diserahkan kepada pihak-pihak tertentu. BN menafikan untuk membentuk suruhanjaya bebas untuk membersihkan namanya di atas ketidak puashati rakyat terhadap penipuan tersebut.

Apakah kerajaan BN merasa takut akan hasil siasatan suruhanjaya bebas ini nanti? Berani kerana benar... takut kerana salah... Perbezaan yang ketara... suatu yang benar dengan suatu yang busuk lagi membusukkan... kemenangan yang penuh tipudaya dari golongan yang penipu.

Bagaimana Kiraan Undi Dapat Ditipu? Pengiraan undi adalah dijalankan seperti berikut.

Satu ikat undi ialah berjumlah 10 keping- diikat dengan getah. Ikatan 10 keping itu tadi akan digabungkan dengan ikatan 10 keping undi lain sebayak 10 ikatan iaitu berjumlah 100 keping.

Bagaimana penipuan kertas bilangan undi ini akan berlaku?

Pegawai SPR (biasanya UMNO) akan membilang undi setiap keping bermula satu,...dua...tiga... sampai sepuluh dan ikat. Jika bakul pembangkang... apabila sampai ke bilangan ke sepuluh, tangan SPR akan meraba satu keping dari bakul sambil menyebut sepuluh. Jadi jika kita lalai... sudah tentu ikatan itu menjadi sebelas. Cuba bayangkan jika beribu ikatan 10 keping undi... sudah tentu beribu undi mereka dapat percuma.

Jika bakul UMNO... bilangan ke sepuluh mereka tak ambil... cuma mulut saja yang sebut sepuluhhhh sedangankan kertas undi cuma 9. Jadi jika setiap beribu ikatan mereka akan dapat beribu undi percuma. ADAKAH KAMU PERASAN PERKARA INI. Perkara ini sering berlaku, JIKA wakil pembangkang LALAI atau LURUS BENDUL.

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu...tapi mengeja... ;-)

Bayangkan benda ini berlaku pada anda... Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian hitam... tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesingun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah... Macammana... adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah... Yang paling realiti...islam Hadhari ni... Pak Imam pun lari sekali...tinggal tok siak jer terketar-ketar...sebab tua takleh lari...

"Lawak kan, dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam hanya 20 yang betul-betul beriman... " "Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesingun... dia tak katapun nak bunuh... tapi generasi sekrang... amat lemah... baru kena ugut terus lari lintang pukang... lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja... tu pun bila time sembahyang jumaat... tunjuk muka kat orang kampung... adatu lagi dahsyats etahun 2 kali aje... bile time sembahyang raya..." "Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al Quran" "Lawak kan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend  berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama.

Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti... tapi yang paling lawak sekali... berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Penipu hanyalah kawan syaitan, Allah tidak terikat dengan dengan sesiapa untuk menentukan sesuatu... Yang jelas Allah sengaja memenangkan UMNO untuk menzahirkan kejahatannya. Apa perlu disabarkan lagi... dah menipu terang-terang... takkan nak disuapkan lagi maklumat... sedang sebelum pilihanraya pun dah tak adil... termasuk menggunakan TV dan radio untuk berkempen selepas jam 12.00 tengah malam sebelum mengundi di esok hari... perlu lagi ke?

Bawa ke mahkahmah... sedang orang 2 man pun boleh diperotak-atikkan dan di belasah di Bukit Aman... di mana lagi tempat mengadu...cakaplah di mana? PAS/BA/DAP dah tahu hasilnya kalau bawa ke mahkahmah... tapi yang perlu di ketengahkan supaya rakyat boleh berfikir sendiri apa yang berlaku dan menjadi hakim terhadap apa yang berlaku...

Kiriman Osman Jailani - 02.04.2004 (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN