KONSPIRATOR BERSELINDUNG DI SEBALIK MAJLIS TERTINGGI
Oleh Muramatsu  (Laman M@RHAEN)


Ketiga-tiga orang bergelar di bawah adalah kini menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (baru)
 
Tan Sri A. Rahim Tamby Chik
Suite 30-1, Wisma UOA II
No. 21, Jalan Pinang
50450 KUALA LUMPUR
Dato’ Abdul Aziz Shamsuddin Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 
Aras 9, Blok D 9 Parcel ‘D’
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62606 PUTRAJAYA
Tel : 03-88863500/03-88863516
Fax : 03-88892124
Datuk tengku Adnan Tengku Mansor 
Syarikat Perumahan Negara Berhad 
Tingkat 11, Bangunan MAS 
Jalan Sultan Ismail 
50250 KUALA LUMPUR.

Oleh yang demikian, sikit pun tidak pelik kenapa UMNO (baru) bergegas bermesyuarat dan kemudiannya memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diterima UMNO (baru). Keputusan yang pelik-pelik sama ada berlaku di dalam UMNO (baru) – waktu pemilihan dalam perhimpunan Agung UMNO (baru) baru-baru ini, atau Pilihan raya Umum 2004 yang lalu berkemungkinan kerja tangan mereka dan SB yang berkeliaran.

UMNO (baru) sendiri hairan ke atas kemenangan Isa Samad sebagai naib presiden mereka. Pengerusi dan Setiausaha SPR jadi pelik fasal senarai pemilih yang bercanggah dengan rekod yang mereka miliki. Perwakilan UMNO (baru) terpaksa menerima buku 50 dalil yang fitnah DSAI yang dimuatkan di dalam beg perwakilan dalam mesyuarat agung mereka dulu. Inilah antara perkara-perkara pelik yang mana ini adalah kerja SB atau yang berfikiran seperti CIA atau agen MOZAD / MOSSAD Israel.

Dalam pemilihan UMNO (baru) ini, adakah orang rasa pelik ketiga-tiga mereka di pilih perwakilan? Sedikit pun tidak keluar di media-media bahawa UMNO (baru) pelik dengan terpilihnya ketiga-tiga mereka. Tiba-tiba Isa Samad yang dipelikkan? Kepelikan inilah yang dikehendaki oleh mereka ini. Mereka boleh selamat kerana orang lain asyik fikir dengan kepelikan ke atas Isa Samad, padahal mereka ini senang dan tanpa diganggu. Kerja-kerja seperti ini adalah kerja konspirator dan inilah caranya pun mereka bekerja.

Ketiga-tiga ini kini rasanya amat takut dengan DSAI. Tidak ada tempat lain lagi yang mereka mampu berlindung selain dari payung UMNO (baru) – banyak contoh bahawa penjenayah selamat jika memegang jawatan utama UMNO (baru). Ketiga-tiga ini adalah sebenarnya yang mengganti Mahathir dalam UMNO (baru). Boleh dikatakan perjalanan UMNO (baru) digarap oleh mereka ini. Bolehkah PakLah berdiam diri seperti mana yang dilakukan olehnya semasa DSAI difitnah, ditumbuk dan diterajang polis dulu?

Muramatsu
Japan - 20.10.2004
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: