Jangan Percaya Teori RAHMAN
Assalamualaikum,

Belum hantar lagi cacilut dah tulis (Cacilut: Mungkin Bukan RAHMAN Tapi RAHMA n Anwar) ..ingat nak jadi penulis pertama tentang tajuk ini, apapun tahniah cacilut.

Hari ini sudah 4 hari teori Rahman hampir lengkap , jika Pak Lah melantik Najib maka ia sudah 70% lengkap. Apapun jika tulisan ini menggembirakan org BN dan Umno, terpulanglah pada mereka kerana dalam Quran Ayat 82 Surah At Taubah bermaksud:

Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di Dunia ini) mereka akan menangis banyak (Di Akhirat kelak) sebagai balasan bagi apa yang telah mereka usahakan.
Walaupun teori ini hampir lengkap mari kita lihat dan mari kita kaji sedikit apa kesannya teori ini. Mempercayai sesuatu adalah lumrah kehidupan manusia, manusia percaya pada jika ada usaha maka akan ada hasil, sebab itu rukun Iman itu sendiri Allah sudah gariskan hanya enam dan bukan terhenti di situ sahaja segala cabang iman terlalu banyak dan kita wajib mengetahuinya.

Bila kita lihat barisan yang tidak melengkapkan teori tersebut ialah  Tun Dr Ismail iaitu TPM zaman Tun Razak Tun Ghafar Baba, Tan Sri Musa Hitam ..ketiga-tiga mereka dgn huruf  ..I.. , ..G.. , ..M.. , manakala A pada Anwar telah di ganti dengan A pada Abdullah. Bagi mereka yang percaya teori ini mereka mungkin makin gembira apatahlagi jika ia orang umno.

Berbalik kepada kepercayaan seperti juga teori apa juga hanya akan terbukti apabila ia berlaku, sama ada Allah memperkenankan atas doa manusia atau tidak hanya Allah yang mengetahui, sebab itu kita selalu sebut Wallahu A'lam. Mempercayai sesuatu yang tidak bersandarkan Al-Quran dan Hadis adalah salah, kalau hanya suka-suka dan tidak menjurus kepada kemudaratan keimanan, mungkin tidak menjadi kesalahan (sila betulkan jika saya silap).

Mari kita betanya siapa yang mengujudkan atau menjumpai teori Rahman ini. Saya percaya teori ini segaja dikemukakan oleh think tank master-master dalam umno yang mahu mendoktrinkan fikiran, bahawa hanya umno sahaja yang mampu memerintah Malaysia (ada seorang aktivis Pas sebut, mari kita buang kepercayaan Khurafat ini ) ..

Oleh itu, segala yang berlaku dari teori ini hanyalah kebetulan, kerja Allah tidak akan bersandarkan teori manusia apatah lagi jika ia khurafat. Mari kita bersikap waras ingat Allah menjanjikan Kebenaran Akan Mengatasi Kebatilan.

MNI - 04.11.2003 (suntingan M@RHAEN)
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!