SURAU BARU PAK LAH?
Oleh Meluat UMNO

Isu salahguna Surau Paya Kercut semakin hangat diperkatakan oleh penduduk sekitar di Jitra ini. Terkini, papan tanda nama ‘Surau Al-Amin’ yang sebelumnya terpampang di tembok surau telah diturunkan oleh petugas-petugas UMNO/BN dan digantikan dengan poster-poster Perdana Menteri, Pak Lah dan poster BN.

Walaupun Tuan Kadi Jitra telah datang ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan tetapi setakat ini tiada tindakan positif yang diambil pihak Pejabat Ugama untuk meredakan keadaan, sebaliknya petugas-petugas UMNO/BN di surau tersebut semakin kuat menjalankan aktivitinya saban hari. Dari maklumat yang didengar, anak Almarhum kepada tuan punya surau yang mewakafkan surau tersebut telah menegur tindakan UMNO/BN di Kampung tersebut, sebaliknya beliau pula yang diherdik. Laporan polis dikatakan telah dibuat oleh anak tuan punya surau. Kita tengok apa pula tindakan polis dalam hal ini.

Nampaknya apa yang berlaku ini melambangkan sikap angkuh dan sombongnya UMNO/BN walaupun terang-terang mereka melakukan kesalahan. Apakah dengan tindakan yang mereka lakukan ini mereka boleh menabik dada mengatakan merekalah yang mempertahankan Ugama Islam sedangkan merekalah yang meruntuhkan martabat Islam. Mereka ini tergamak membuang nama surau semata-mata untuk berpolitik.

Tidak heranlah kita akan peristiwa membuang nama surau kerana sebelum ini masjid pun sanggup mereka robohkan.

Di samping itu terdapat juga beberapa lagi kes salahguna yang dilakukan oleh UMNO/BN di Jitra ini saja tidak termasuk di tempat-tempat lain seluruh Kedah seperti menggunakan dewan orang ramai untuk dijadikan bilik gerakan mereka. Kami akan bongkar salahguna ini berserta dengan bukti. Kita boleh lihat betapa terdesak dan kelam kabutnya mereka menghadapi pilihan raya kali ini. Kita akan asak dan dedahkan kelakuan buruk mereka sehingga Kedah ini ditawan oleh Pas, Insya’Allah.

Oleh MELUAT UMNO, Jitra Kedah - 11.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN