LAGI SURAU DIJADIKAN BILIK GERAKAN BN 
BN Salahguna Surau Kg Tanah Merah
Setelah isu Surau Kg. Paya Kercut Jitra didedahkan, terdapat sebuah lagi surau turut dijadikan Bilik Gerakan Barisan Nasional, Cawangan Kg. Tanah Merah  iaitu Surau Kg. Tanah Merah juga dalam DUN Jitra. Begitulah nampaknya kehaprakan UMNO/BN. Surau yang dikatakan telah didirikan sekian lama oleh penduduk kampung tersebut dengan bantuan wang kerajaan telah dijadikan hak milik oleh UMNO Sendirian Berhad tanpa mengira sensitiviti penduduk lain. Inilah dia belang UMNO/BN. Pembangunan yang menggunakan hasil wang rakyat dibuat macam wang milik mutlak puak ini.

Berbalik kepada isu Surau Kg. Paya Kercut, difahamkan ada pihak kerajaan (dengar kata KDN) datang untuk melihat/menyiasat kesahihan berita yang didedahkan oleh Laman Web Harakah Daily dan Web M@rhaen tempoh hari. Tidak tahu pula setakat mana tindakan yang telah mereka ambil ke atas kes ini kerana Bilik Gerakan tersebut masih lagi beroperasi hingga kini. Faham-faham saja la…..

Di samping itu pihak Pejabat Agama di Jitra (termasuk Kadi) telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut. Kita lihat dan tunggu apa reaksi mereka.

Kita boleh bayangkan sekiranya pihak BA yang melakukan perkara yang sama, bukan setakat seluruh Malaysia akan dihebahkan dan dicemuh saban hari pagi petang siang malam termasuk subuh, silap-silap mungkin seluruh dunia akan diberitahu terutamanya tuan mereka, Amerika dan Israel. Lebih dahsyat lagi kita dihantar ke Kemunting untuk anugerah ISA untuk tutup mulut. Betui tak…??

Kita harap rakyat dapat menghukum mereka dalam Pilihan raya kali ini dengan memilih calon PAS bagi DUN Jitra, DUN Bukit Kayu Hitam dan Parlimen Kubang Pasu serta di tempat-tempat lain di seluruh Malaysia. Jangan biarkan mereka tipu dan perbodohkan kita tak henti-henti….

Oleh kerana Radio Malaysia Kedah sering menyiarkan rancangan berbalas pantun saban petang, di sini rakyat Kedah bolehlah menujukan satu pantun kepada UMNO/BN buat kenang-kenangan.

SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
PANGKAH ‘BN’ KITA TAK MAHU

BN Salahguna Surau Kg Tanah Merah  BN Salahguna Surau Kg Tanah Merah

Kita Tawan Kedah, Insya’Allah. TAKBIR ..!! ALLAHUAKBAR

Daripada: MELUAT UMNO, Jitra Kedah - 09.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN