Sah Umno/BN Menggunakan Surau Untuk Menentang Islam 
Ini adalah bukti sahih UMNO/BN sendiri yang ‘cakap tak serupa bikin’ telah bertindak menyanggah peraturan yang mereka laung-laungkan selama ini. Setakat inilah kematangan UMNO/BN dalam berpolitik. Sedih dan memalukan. Lokasi tempat ini adalah di Lokaliti Kampung Paya Kerchut bersebelahan dengan Kawasan Perumahan Taman Mahsuri Fasa 2C, Bandar Darulaman dalam DUN Jitra dan Parlimen bekas PM dan Ahli Parlimen Kubang Pasu. Mereka telah memulakan operasi Bilik Gerakan UMNO/BN ini pada 4 Mac 2004.

Kita tengok nanti apakah tindakan yang akan Majlis Agama Islam Kedah, SPR dan terlebih-lebih utama lagi pihak Polis yang diwar-warkan paling cekap dan terbaik di dunia dalam menangani jenayah tetapi di segi menangani perbuatan penyalahgunaan kuasa sebelah pihak ini mereka menjadi kaku, bisu, pekak dan buta. Keadilan dan kesaksamaankah ini?

Dari maklumat yang diperolehi, surau dan tapak surau itu adalah merupakan wakaf oleh seseorang yang tentunya inginkan tempat tersebut dijadikan sebagai tempat untuk penduduk di sekitarnya beramal ibadat dan tempat meninggikan syiar Islam. Juga yang pasti niatnya adalah untuk dijadikan ibadah bekalan di akhirat nanti tetapi sebaliknya telah digunakan oleh pihak yang sekarang ini sedang menzalimi rakyat juga bermati-matian menentang Al-Quran dan Hadis dan cuba memburuk-burukkan Islam itu sendiri. Surau ini juga telah digunakan oleh pihak yang sama semasa Pilihan raya Umum Ke-10 tahun 1999 lalu.

Daripada: MELUAT UMNO, Jitra Kedah - 06.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN