PERTAHANKAN ISLAM DAN DEMOKRASI 
DALAM PILIHAN RAYA KECIL DI DUN KUALA BERANG


Kiriman: Meli

Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,

Sudah terang lagi bersuluh, Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] melalui Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman [lihat foto di sebelah] adalah seorang manusia yang tiada harga diri, yang boleh dibeli, diperkuda dan dijadikan perkakas oleh UMNO. Beliau bersama-sama dengan SPR di bawah kawalannya secara besar-besaran dan terancang membantu UMNO mengekalkan kuasa dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya yang lalu.
 
Beliau yang tidak tahu malu, mukanya tebal ditampal dengan kulit babi dan tidak mempunyai maruah diri masih kekal di situ. Kalau kecelaruan sistem pilihan raya yang lepas itu berlaku di Negara-negara lain yang mempunyai integriti yang tinggi dan bermaruah, sudah tentu orang yang terlibat sudah pun meletakkan jawatan mengambil risiko apa yang telah berlaku, tetapi beliau yang gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu masih lagi terconggok di situ demi darjat dan kemewahan hidup, bukan untuk keadilan dan kebenaran bagi tujuan menyuburkan amalan demokrasi. Malah amalan demokrasi semakin hari semakin terhakis dengan pelbagai peraturan yang sengaja direka cipta menghalang penyuburan demokrasi dan pemerintahan ala-kediktatoran mulai meresap ke dalam sistem pemerintahan Negara secara perlahan-perlahan dan konsisten.
 
Sekali lagi Rashid diperkuda oleh UMNO dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil di DUN Kuala Berang, di Terengganu. Harakahdialy.net pada 5 Ogos 2004, melaporkan bahawa SPR [baca UMNO] melalui Rashid telah menetapkan 16 Ogos ini sebagai hari penamaan calon dan pada 28 Ogos adalah hari pembuangan undi. Komarudin Abdul Rahman [DUN Kuala Berang- lihat foto bertanda bulat ialah Komarudin] meninggal dunia pada 30 Julai di Genting Highlands kerana diserang sakit jantung.
 
Apa muslihat UMNO mempergunakan Rashid memanjangkan tempoh berkempen mulai hari penamaan calon 16 Ogos memakan masa 12 hari terlalu panjang tempoh yang diberi oleh SPR. Rashid bertujuan memberi UMNO masa yang panjang untuk merangka taktik dan strategi bagi menghadapi PAS dalam pilihan raya tersebut. Ini kerana UMNO belum bersedia lagi menghadapi pilihan raya tersebut dalam masa yang singkat dan yang tidak dijangka atau di luar fikiran pemimpin-pemimpin UMNO. Lagipun mereka baru sahaja selesai menjalankan mesyuarat bahagian di seluruh Negara. Tenaga dan wang ringgit pemimpin–pemimpin dan ahli-ahli UMNO banyak tercurah di situ bermula 8 hingga 22 Julai 2004. Mesyuarat mereka menimbulkan pelbagai kontroversi. Jadi, mereka sedang berfikir hendak dapat sumber kewangan baru dari mana pula kerana sumber kewangan mereka telah habis dilaburkan untuk merebut jawatan. Sumber kewangan bagi mereka tidak susah untuk membeli undi di Kuala Berang kerana mereka ada tauke-tauke judi dan korporat-korporat terkenal sanggup mengeluarkan wang untuk membeli pengundi-pengundi di Kuala Berang.
 
Pada fikiran pemimpin-pemimpin mereka, mereka hanya bersiap-sedia merangka strategi bagi menghadapi pilihan raya mengejut di negeri Kelantan, tetapi perkara tersebut tidak berlaku kerana ada pakatan di antara PAS dan UMNO, tetapi apabila berlaku di Kuala Berang, mereka menjadi tergamam. Tidak tahu apa hendak buat dan mereka mempergunakan Rashid sekali untuk memanjangkan tempoh berkempen. Dalam tempoh tersebut, mereka ada kesempatan merangka taktik dan strategi bagi menghadapi PAS. Kalau Rashid benar-benar juga jujur dan menjunjung amalan demokrasi dan beliau tidak diperguna dan diperkuda oleh UMNO serta mempunyai harga diri dan mempunyai prinsip pertanggungjawaban terhadap amanah yang diberikan kepadanya, maka sudah tentu tempoh pilihan raya umum ke-11 yang lalu juga memakan tempoh masa yang panjang sekurang-kurangnya menyamai pilihan raya kecil di Kuala Berang.
 
Adalah tidak munasabah langsung [hanya munasabah bagi orang-orang yang GILA kuasa, kedudukan dan kekayaan] dari prinsip demokrasi apabila tempoh berkempen dalam pilihan raya umum hanya 7 ½ hari sahaja untuk 219 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN seluruh Negara. Tempoh terpendek ini telah menjadi sejarah kempen pilihan raya umum di Malaysia sejak merdeka, malah menjadi sejarah Negara-negara di dunia yang mengamalkan demokrasi. UMNO haprak ini boleh melakukan apa sahaja bagi kepentingan kekuasaannya. Parlimen dibubarkan pada hari Khamis, 4 Mac 2004, hari penamaan calon 13 Mac 2004, hari Sabtu dan hari pembuangan undi pada hari Ahad, 21 Mac 2004. Begitu pantas sekali proses pemilihan pemimpin dilakukan kerana UMNO yang dibantu oleh pelbagai institusi telah bersiap sedia, sedangkan pembangkang [PAS dan Keadilan] masing-masing masih terumbang-ambing lantaran saluran maklumat mereka tertutup rapat-rapat dihalang oleh pasukan polis dan undang-undang yang zalim yang hanya memberi advantage kepada UMNO.
 
Dalam tempoh terdekat ini, kita akan menyaksikan dua pilihan raya kecil yang akan berlaku, pertama di Kuala Berang pada 28 Ogos 2004 dan kedua, pada 18 September 2004 di Ba’Kelalan, Sarawak.
 
Pilihan raya kecil di Ba’Kelalan kosong berikutan kematian Dr. Judson Tagal dalam tragedi helikopter terhempas pada 12 Julai 2004 di hutan pedalaman Sarawak. Hari penamaan calon yang ditetapkan pada 9 September 2004, hari Khamis dan pembuangan undi ditetapkan pada hari Sabtu, 18 September 2004. Tempoh berkempen juga memakan masa yang lama iaitu lebih kurang 10 hari.
 
Pemanjangan tempoh berkempen ini mempunyai agenda UMNO tersendiri. Inilah kerja-kerja SPR dan pengerusinya yang menjadi barua dan dajal-iblis kepada UMNO dulu, kini dan selama-lamanya. Merekalah yang merosakkan amalan demokrasi dan mereka jugalah yang membantu mewujudkan pemerintahan diktator berperlembagaan di Negara ini. Oleh itu, seluruh kepimpinan PAS dan Keadilan dari pelbagai peringkat wajib bersiap-sedia menghadapi taktik dan strategi kotor UMNO. Bagi UMNO dalam ajaran Islam Hadharinya, politik tidak mengenal dosa-pahala demi untuk mengekalkan kuasa. Judi, arak, pelacuran, hiburan dan pergaulan bebas muda-mudi dikembangbiakkan, tetapi rokok diharamkan.
 
Sekian untuk kali ini. InsyaAllah saya akan menyambung tulisan ini berkaitan pilihan raya kecil DUN Kuala Berang. Terima kasih. Wassalam.

Oleh: Meli - 07.08.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: