SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD SAW - BAHAGIAN 4 (Akhir)

Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,

Saya telah menulis Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3 Sejarah Ringkas Nabi Muhammad SAW yang dipetik dari Kitab Berzanji yang amat popular di utara dilagukan ketika menyambut Hari Lahir Rasulullah SAW setiap tahun. Pada kali ini adalah bahagian ke 4 iaitu bahagian terakhir, adalah diharapkan semua kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya.

Orang Yang Mula-mula Beriman Dengan Rasulullah

Orang yang pertama mempercayai Baginda ialah teman Baginda yang sama-sama bersembunyi di Gua Thur yang bernama Abu Bakar. Dari pihak kanak-kanak pula ialah Saidina Ali. Dari pihak wanita ialah isteri Baginda sendiri iaitu Siti Khadijah yang meniup semangat supaya Baginda bertabah hati. Bekas hambanya ialah Zaidi dan dari golongan hamba ialah Bilal.

Selepas itu Othman, Saad, Said, Tolha, Abdul Rahman bin “Auf dan Zubir anak itu ibu saudara Nabi. Selain dari itu, natijah dari seruan Saidina Abu Bakar dengan cara lemah lembut. Pada ma situ Baginda dan sahabat-sahabatNya menyeru dan beribadat dengan bersembunyi hinggalah turun ayat yang menyeru berterus terang. Barulah Baginda bertindak berterus terang. Masa itu kaum bangsa Baginda masih rapat hinggalah junjungan mencela sembahan berhala dan mengajak mereka menyembah Ilahi. Mereka pun bersikap menentang melakukan permusuhan.

Sungguh hebat derita yang ditanggung oleh pihak-pihak Muslimin, maka pada tahun ke 5 mereka berhijrah ke negeri Habsi. Junjungan tidak berpindah dan Baginda dibela oleh bapa saudaranya Abu Talib yang orang-orang Mekah memang segankan dia dan menghormati. Kepada Baginda Allah memfardukan sembahyang beberapa jam kemudian sembahyang itu dimansuhkan lalu diturunkan ayat yang bererti bacalah kamu seberapa yang mudah daripada ayat-ayat Quran dan melakukan sembahyang bersendirian.

Sembahyang yang baru itu dua rakaat sebelah petang dan dua rakaat sebelah pagi. Manakala Baginda Mikraj diperintahkan sembahyang fardu 5 waktu.

Di pertengahan bulan Syawal tahun ke-10 Abu Talib meninggal dunia menyebabkan kaum Muslimin yang ada tertindas sama sekali. 3 hari berikutnya kaum muslimin bertambah derita kerana Siti Khadijah kembali ke rahmatullah. Kepada Baginda kaum Quraish melakukan berbagai-bagai angkara yang menyakitkan hati. Lalu junjungan pergi ke Taif menyeru kaum Syakif supaya beriman kepada Allah. Baginda berharap seruan itu diterima, tetapi rupa-rupanya tidak siapa yang ambil peduli. Sebaliknya mereka bersorak mengejek-ejek melalui si bodoh dan hamba sahaya dengan cerca dan maki hamun. Bercampur pula lemparan batu-batu hingga berlumuran darah. Malaikat yang menjaga gunung-ganang, memohon izin untuk menghancurkan kaum itu semua sekali. Baginda berkata, “ Jangan “, saya mengharapkan keturunan mereka akan beriman dan berbudi[ Adakah ini mempunyai persamaan dengan perjuangan PAS menyeru orang ramai kembali kepada Islam sebenar bukan kepada Islam Hadhari [Islam moden UMNO] menerima pelbagai tekanan, seksaan, halangan, tipu muslihat seperti ditunjukkan dalam pilihan raya yang lalu untuk merungkaikan roh keIslaman yang ada dalam diri umat Islam di Malaysia ini, tetapi PAS tetap meneruskan perjuangannya dan beristiqamah dalam berdakwah menepati kata-kata Nabi itu ?- Penulis]

Peristiwa Israk Rasulullah SAW

Pada malam 27 Rejab tahun ke 11, menjadi Rasul, Baginda junjungan diIsrakkan dari Masjidil Haram di Mekah ke masjid Aqsa di Baitul Muqaddis dengan jasad dan rohnya dalam keadaan sedar dan berjaga.

Dari Masjidil Aqsa Baginda junjungan diangkat ke langit di mana Rasulullah SAW bertemu dengan Bani Allah Adam di langit pertama di dalam keadaan tenang, tabah dan hebat bergaya.

Di langit kedua, Rasulullah SAW bertemu dengan Allah Isa Anak Maryam yang suci. Bertemu juga di satu saudara sepupu Isa bernama Yahya, Nabi yang telah dikurniakan ilmu pengetahuan sewaktu berumur 3 tahun.

Di langit ke tiga, Baginda bertemu pula dengan Nabi Allah Yusuf yang tampan dan cantik jelita.

Di langit ke empat, Baginda Rasulullah SAW melihat Nabi Allah Idris yang duduk di tempat yang tinggi tanda mulia.

Di langit ke lima, Baginda bertemu dengan Nabi Allah Harun yang dicintai oleh kalangan Bani Israil.

Di langit ke enam, Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Musa yang bergelar “ Kalimullah “
Di langit ke tujuh, Baginda Rasulullah SAW bertemu pula dengan Nabi Allah Ibrahim yang senantiasa dengan Allah bersih hati dan baik sangka, yang mana Nabi Ibrahim yang terselamat dari angkara Raja Namrud dicampakkan di api yang panas.

Selepas itu, Rasulullah SAW diangkat ke Sidratul Muntaha sehingga dapat martabat paling tinggi di samping terbuka hijab hingga barang apa yang dipohonkan oleh Rasulullah SAW dikabulkan oleh Allah Subhanallah.

Allah mengangkatkan tabir-tabir yang menghalang Baginda daripada nampak Tuhan yang Maha Esa dan kalau nampaklah Rasulullah SAW dengan dua biji mata akan Tuhannya dan kebesaran dan kemuliaannya yang tiada bandingan dan rupa. Allah melimpahkan di dalam hati Rasulullah SAW perasaan manja kepadanya dengan memberi permintaan apa saja.

Allah mewajibkan ke atas Rasulullah SAW sembahyang 50 waktu sehari semalam. Dengan limpah kurnia Allah SWT, Allah mengurangkan 50 waktu kepada 5 waktu sehari semalam. 5 waktu sehari semalam itu menyamai 50 waktu yang ditetapkan sejak azali lagi.

Selepas itu, pulanglah Rasulullah SAW ke Mekah dengan menceritakan peristiwa tersebut kepada Abu Bakar dan orang-orang yang bijak sepertinya, tetapi kaum Quraish mendustakan dan ada kalanya kaum Muslimin sendiri yang menjadi murtad sebab hasutan syaitan yang memperdayakannya.

Peristiwa Musim Haji

Dalam musim haji datanglah kabilah-kabilah Arab ke Mekah. Rasulullah SAW menerangkan yang Baginda adalah utusan Ilahi. Pada masa itu yang ikut beriman seramai 6 orang daripada kaum Ansor yang ditakdirkan memeluk agama yang diredhai.

Pada musim haji tahun berikutnya datang 112 orang daripada Madinah dan mereka mengikat perjanjian dengan Rasulullah SAW. Selesai segala-segalanya mereka pun pulang ke Madinah, maka tersebarlah Islam di Madinah hingga jadilah Madinah tempat perlindungan Rasulullah SAW yang menyenangkan hati.

Pada musim haji tahun yang ke 13, seramai 70 orang dari puak Aus dan Harraj. Bertambah hangatlah rasa permusuhan kaum musyrikin di Mekah, maka berpindahlah beberapa orang Muslimin ke Madinah negeri yang mulia berpisahlah ia dengan tanah air mereka berputus arang dengan kekafiran kerana memburu Rahmat keredhaan Allah yang sedia terjanji.

Perpindahan kaum Muslimin itu membimbangkan hati kaum Quarish, mereka takut peristiwa yang luar dugaan akan berlaku lalu mereka bermesyuarat secara sulit yang persetujuannya Rasulullah SAW hendaklah dibunuh, tetapi dengan peliharaan Allah tipu daya kaum Quraish itu tidak menjadi.

Penghijrahan Rasulullah SAW sentiasa diintip oleh kaum Quraish kerana mereka hendak membunuhnya., tetapi Rasulullah SAW terselamat dari ancaman kaum Quraish dengan menaburkan pasir kepada mereka sehingga mereka tidak menyedari Nabi. Rasulullah SAW bersama sahabatnya Abu Bakar, rakan yang paling rapat berhijrah menuju ke gua SAU’UT. Burung-burung merpati dan sarang-sarang labah mengelirukan pendapat kaum musyrikin hingga mereka memikirkan bahawa Rasulullah SAW tiada di dalam gua. Pada hal Rasulullah SAW berada dalam gua SAU’UT itu selama 3 hari.

Pada malam Isnin dari gua SAU’UT Rasulullah SAW serta sahabatnya itu Abu Bakar keluar melepaskan diri. Dalam perjalanan itu, Rasulullah SAW terserempak dengan orang-orang upahan kaum Quraish bernama Suraqah lalu Rasulullah SAW berdoa kepada Tuhan dan dengan kudrat Ilahi tidak semena-mena terbenam kaki kuda Suraqah dimakan bumi yang memang keras membatu.

Akhirnya Suraqah meminta damai dengan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW dengan rela hati memaafkan Suraqah. Dengan itu Rasulullah SAW tidak diganggu lagi.

Peristiwa Perjalanan Rasulullah SAW ke Madinah

Dalam perjalanan Rasulullah SAW ke Madinah, Baginda melalui kampong Kudait dan singgah di rumah Umi Makbad seorang perempuan dari suku kaum Huzae. Rasulullah SAW berhajat membeli barang-barang makanan seperti daging dan susu, tetapi apa yang dihajatkannya itu tidak dapat. Kemudian Rasulullah SAW ternampak kambing kurus kering lagi sakit. Lalu Rasulullah SAW memohon izin daripada Umi Makbad untuk memerah susu kambing yang sakit itu.

Rasulullah SAW menggosok ambong susu kambing itu sambil berdoa kepada Allah SWT. Tiba-tiba ambong itu penuh dengan susu dan diperahnya susu itu sehingga semua ramai yang dapat meminum dengan sepuas-puasnya.

Apabila balik suami Makbad dan melihat susu ia tercenggang-cenggang hairan sekali. Ia bertanya kepada isterinya. Isterinya memberitahu bahawa ada seorang lelaki datang begini-begini badan dan peribadinya. Berkata suaminya inilah pemuda Quraish, maka ia bersumpah dengan nama berhala demi andai ia jumpa dengan pemuda itu ia akan mengikuti dan beriman dengan sepenuh hati.

Dalam perjalanan itu, akhirnya Rasulullah SAW sampai ke Madinah iaitu pada hari Isnin 12 Rabiulawal di mana negeri Madinah kelihatan berseri-seri. Penduduk-penduduk Madinah keluar beramai-ramai mengalu-alukan kedatangan Rasulullah SAW lalu berkata Rasulullah SAW, di mana Kubak di mana ia membina sebuah Masjid yang mula-mula sekali dalam Islam.

Rupa Bentuk Rasulullah SAW

Tubuh badan Rasulullah SAW paling sempurna. Bentuk rupa budi pekerti dan mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Badan sederhana tingginya, kulitnya putih kemerah-merahan, luas matanya, bercelak, lentik alis matanya serta lebat halus. Jarang sedikit giginya, luas bibirnya, luas dahinya berbentuk anak bulan kelihatan cantik berseri-seri.

Rata pipinya, sederhana mancung hidungnya dalam bentuk yang menarik sekali. Bidang di antara tengok Rasulullah SAW dan tempat berangka kasar tegap, besar tulang sendinya, berdaging sedikit tumitnya, tebal janggutnya besar dan cantik kepada Rasulullah SAW dengan rambut dibiarkan panjang hingga ke dua cuping telinganya.

Di antara dua belikatnya bermetri Hatamun Nubuah, ertinya Nabi Kesudahan yang di sekelilingnya cahaya menyinari. Peluh Rasulullah SAW putih bersih laksana mutiara, baunya harum lebih bau minyak kasturi.

Bila berjalan bongkok udang sedikit kelihatan seolah-olah orang turun dari tempat tinggi atau bukit. Bila berjumpa berjabat tangan dengan sesiapa, maka tangan orang itu wangi sepanjang hari. Dan apabila Rasulullah SAW meletakkan tangan di kepala seseorang budak, maka dapat diketahui bahawa budak itu pernah disentuh oleh Baginda junjungan kerana baunya yang harum.

Wajah Baginda laksana bulan purnama, kelihatan senantiasa cantik berseri-seri bergemilangan. Orang yang meriwayatkan tidak pernah ternampak orang yang aku lihat atau sebelum ada orang yang secantik dan setampan Rasulullah SAW.

Sifat Peribadi Rasulullah SAW

Rasulullah SAW terkenal dengan sifat malu dan merendah diri. Sanggup menjahit kasutnya yang koyak, menampal bajunya yang rabak, memerah susu kambing dengan tangannya sendiri, malah sanggup menguruskan hal-hal rumah tangganya dan anak isterinya dengan elok dan rapi.

Rasulullah SAW mencintai orang-orang fakir dan miskin dan suka bergaul dengan mereka. Menziarahi pesakit-pesakit di kalangan mereka., turut menghantar jenazah ke kubur. Bahkan Rasulullah SAW tidak pernah memandang hina terhadap mereka orang-orang yang susah walaupun sempit kehidupannya yang menimpa. Sebaliknya Rasulullah SAW bermurah hati memberi kemaafan, tidak pernah Baginda menampakkan tanda-tanda tidak suka kepada sesiapa walaupun janda ataupun hamba-hamba Baginda Rasulullah SAW temani.

Rasulullah SAW tidak merasa gerun kepada raja-raja kerana Allah SWT Baginda murka dan kerana Allah Baginda suka meredai. Cara Rasulullah SAW berjalan bersama-sama dengan sahabatnya, Baginda berjalan di sebelah belakang dan pernah Baginda bersabda, di sebalik belakang itu yang ada hanya malaikat sahaja.

Rasulullah SAW dihadiahkan oleh Raja dengan tunggangan kuda keldai dan unta. Pernah di suatu ketika Rasulullah SAW mencerut perutnya beralaskan batu menahan kelaparan, sedangkan kalau Baginda mahukan kemewahan kekayaan senantiasa terbuka kepada Baginda [ berlainan dengan pengikut-pengikut Ketua Mazhab Islam Hadhari yang mengejar harta dunia tanpa mengenal pahala dan dosa. Satu untuk rakyat 99 lagi untuk pemimpin-pemimpin Islam Hadhari. Menjadikan harta rakyat sebagai harta mak bapa mereka, diwarisi di kalangan yang rapat-penulis]

Gunung dan bukit pernah menawarkan diri untuk menjadi emas untuk Rasulullah SAW, tetapi Baginda menolak tawaran kekayaan itu yang berupa harta benda. Berkaitan dengan pergaulan pula, Baginda jarang benar bercakap dusta dan apabila Baginda berjumpa sesiapa Baginda yang memulakan dengan salam terlebih dahulu.

Sembahyang Jumaat ia panjang sedikit, tetapi bila berkhutbah dipendekkan dengan ringkas. Orang-orang kenamaan dan mula dimuliakan oleh Baginda dan bermesra serta pernah bergurau, tetapi kata-kata gurauan itu tidak pernah bercampur dusta.

Telah selesai sudah Sejarah Ringkas Nabi Muhammad SAW untuk kita mendapat pengajaran daripadanya, di samping untuk mendapat keberkatan sempena bulan Rabiulawal, bulan kelahiran junjungan kita kasihi.

HARUMKANLAH KIRANYA YA ALLAH AKAN MAKAM YANG MULAI DENGAN SELAWAT DAN SELAMAT SEJAHTERA. WALLAHUALAM.

- Meli - 20.05.2004
Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN