Kerajaan Malaysia & Jepun
Belum Menyelesaikan Masalah Mangsa-Mangsa Perang Dunia II



Parti Keadilan Rakyat (keADILan)
75A, Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5513 3416 / 8477 Fax: 03-55129646
 
Kepada Editor Berita dan seluruh warga Malaysia
6 Nov 2003
 
Perjumpaan Media: Kerajaan Malaysia & Jepun belum menyelesaikan masalah mangsa-mangsa Perang Dunia II
 
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua dan beberapa pemimpin parti keADILan yang lain dan pemimpin masyarakat akan mengadakan satu perjumpaan media pada 8 November pukul 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat aras bawah Dewan Perhimpunan Cina Selangor.
 
Perjumpaan media ini berpunca daripada tuntutan Soon Kian Seng, Naib Presiden (Regional Asia Tenggara) ‘International Alliance For Preserving the History of World War II on Asia’, merangkap Pengerusi ‘Protem Committee for The Association of the Families of Victims of the Japanese Occupation in the Malaysia Peninsula’ bahawa, sehingga kini, kedua-dua kerajaan Malaysia dan Jepun masih belum memberikan jawapan yang munasabah terhadap mangsa-mangsa Perang Dunia II di Malaya.
 
Parti Keadilan Rakyat menganggap kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun patut membuang anggapan yang ‘mengabaikan kebenaran sejarah, mengabaikan tuntutan rakyat’.
 
Pada 28 Ogos 1994, bekas PM Tun Dr Mahathir pernah menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan rakyat terhadap ‘peristiwa masa dulu’ ini untuk menuntut ganti rugi daripada kerajaan Jepun. Keengganan kerajaan Malaysia membuka mulut kepada Jepun amat diragui oleh mangsa-mangsa seperti Soon yang kehilangan 9 ahli keluarganya pada 16 Mac 1942 di Kuala Pilah, walaupun kerajaan kita sering menegaskan ‘setiap warganegara sama rata di bawah undang-undang’.
 
Kedutaan Jepun-Malaysia pula berulang-kali menegaskan bahawa, berdasarkan Perjanjian Malaysia-Jepun 21 September 1967, Perkara Ke-2 menyatakan, “Kerajaan Malaysia bersetuju segala masalah dan isu, yang mungkin timbul daripada PD II dan menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara, sudah diselesaikan di sini.”
 
Sebaliknya, pada 2 September 1994, bekas TPM Anwar Ibrahim berkata, “Perbuatan jenayah perang yang dilakukan oleh Jepun adalah suatu kenyataan yang tidak boleh diubah lagi. Setiap generasi rakyat Jepun harus mencapai satu konsensus, iaitu meminta maaf terhadap para rakyat negara serangan secara ikhlas dan menggubalkan kandungan buku teks sejarah untuk mengaku kesalahan sejarah negara.”
 
Menurut catatan Soon, terdapat 215 orang ahli keluarga mangsa pembunuhan PD II, 140 orang mangsa jalan keretapi maut di sempadan Thailand-Burma dan Sumatera (hanya 46 kembali ke tanahair) dan 227 orang pemilik Wang Jepun-Malaya (yang tidak boleh ditunaikan daripada kerajan Jepun kini). Angka sebenar tentu melebihi ini. Namun, gambar-gambar dan rekod jawatankuasa Soon agak lengkap terhadap 582 mangsa.
 
Dalam perjumpaan ini, KeADILan akan mengatur mangsa-mangsa dan ahli-ahli keluarga meluahkan tuntutan mereka, serta rakyat Malaysia yang berpendapat dalam isu ini, di samping menegaskan pendirian KeADILan. Saudara Loke Thu Sang, presiden Lupeichun Japan Education Centre, yang pernah mengkaji isu ini secara mendalam, 2 orang wakil mangsa pembunuhan, 2 orang mangsa pembinaan jalan keretapi Jepun dan 2 orang wakil pemilik Wang Jepun Malaya akan turut hadir.
 
Pertanyaan sila hubungi:
Sdr. Badrul Hisham Shaharin, Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan
0163242564
 
sk: Chua, Setiausaha Media 0193523864 - 07.11.2003



Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!