Isu Permit Teksi dan BPR: 
Surat Hj Mahfuz Kepada Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz


YB HAJI MAHFUZ OMAR
AHLI PARLIMEN POKOK SENA
Tingkat 14, Bangunan Parlimen,
PARLIMEN MALAYSIA

Tarikh: 22 Syawal 1424/ 16 Disember 2003

Kepada:
YB Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz
Menteri Pembangunan Usahawan,
Tingkat 26, Bangunan Medan MARA,
Kementerian Pembangunan Usahawan,
Kuala Lumpur.

Assalamu’alaikum Wrt. Wbt.,

Yang Berhormat Datuk Seri,

ISU PERMIT TEKSI DAN BPR

Isu pemberian 6,000 Permit teksi seperti yang dilaporkan oleh Presiden Persatuan Pemandu teksi dan Limosin, Sdr. Yusof Lahir kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) menimbulkan beberapa persoalan yang perlu diperjelaskan oleh YB Datuk:

  • Jumlah permit yang diluluskan kepada individu dan syarikat serta tahun kelulusan.
  • Senarai nama-nama syarikat yang telah diberikan permit teksi yang lebih daripada satu. Berapa jumlah minima yang diberi kepada syarikat.
  • Senaraikan nama-nama Ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat.
  • Jumlah Pemandu teksi syarikat yang melebihi lima tahun.
  • Sikap YB sebagai Menteri yang berkonfrantasi dengan Pengarah dan Pegawai Penyiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).
  • 2.  Berdasarkan persoalan-persoalan di atas, adalah perlu bagi Kementerian memberikan perhatian kepada pengagihan yang adil dan menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi, saya mencadangkan langkah-langkah berikut: 3. Mengenai kenyataan YB Datuk Seri terhadap pegawai BPR, saya dengan ini mencadangkan: Saya mengharapkan isu kepentingan pemandu teksi harus diutamakan oleh kementerian serta ketelusan pemberian permit diperlukan bagi mengelakkan amalan-amalan yang tidak sihat.

    Di atas perhatian YB Datuk Seri, saya ucapkan ribuan terima kasih.

    Sekian, terima kasih.
     
     

    [HAJI MAHFUZ BIN OMAR]
    Ahli Dewan Rakyat Pokok Sena.

    s.k.
    YAB Datuk Seri Perdana Menteri
    YAB Dato’ Seri Ketua Pembangkang - 17.12.2003

    Kiriman WJWO

    Sertailah
    Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini.
    Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



    Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
    Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.
    Hantar artikel ini kpd sahabat:

    Click Here!