Kenyataan Media BA:
KONSERT BUDAYA SAKSI 14 APRIL

KONSERT BUDAYA SAKSI 14 APRIL
13 MAC 2005
8.30 MALAM
KELAB CENTURY PARADISE, JALAN MELAWATI 3, TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR

Persembahan nyanyian, sajak dan teater

Bersama :
Anwar Ibrahim, Shahnon Ahmad, Dinsman, Zunar, Nasir Jani, Tengku Elida Bustamam, Hishamuddin Rais, Shukri Abdullah, Hasmi Hashim, Salleh Bakar dll

Semua dijemput hadir !

Sebarang pertanyaa sila hubungi :

Badrul Hisham 0163242564 ,
Jasmine 0122345615,
Umar Tan 0192059701,
SD Johari 0123101518,
Azwanddin Hamzah 0123087088


Makluman tambahan:
Kemuncak program - Pidato Budaya oleh Anwar Ibrahim. ada persembahan - Nyanyian , deklamasi sajak dan teater "tok ampoo" versi baru

tiket RM 50, RM 25 dan RM 10 boleh di dapati dengan menghubungi auzi (012-3733457), Sahrudin (016-6955671), Sabarudin (012-2245822), Cheah (019-3360685), Ramli (012-3343337), Jasmin (012-2345615), Marvin (Seremban) 012-6657329, Ani (Melaka) 012-606 7284 dan Omar Tan: 019-2059701.
Tiket-tiket juga boleh didapati di pintu masuk pada malam tersebut.

Program malam ini dibuat khas juga untuk menghargai semua aktivis yang pernah ditahan sepanjang era reformasi dari tahun 1998 tidak kira sebagai OKT ataupun di bawah ISA. Peguam-peguam dan penjamin-penjamin yang terlibat dalam kes-kes reformasi juga akan diraikan. Mereka akan diberikan layanan VIP pada malam itu dan masuk percuma. (tak kira mereka dari parti politik mana pun)

Sehubungan dengan itu mereka yang tergolong dalam kumpulan itu di minta untuk menghubungi Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard) 0163242564 atau sms ke no tersebut atau boleh juga menghantar email kepada penerangan_keadilan@yahoo.com

sila hantar maklumat seperti nama, no tel, alamat, peristiwa tangkapan.

cth sms "Khairudin Maidin, 339,Tmn Bkt Chedang,70300 Seremban 067623811 Demo Anti ISA Jun 2001" ini untuk kami hantar kad jemputan.

Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sesi khas selepas program ini " supper bersama pejuang ". Sesi tertutup ini hanya untuk kumpulan yang disebut diatas dan beliau mahu berkenalan dengan pejuang - pejuang yang gigih ini.



Malam kebudayaan rai bekas tahanan reformasi

Angkatan Karyawan Alternatif (AKAR), sebuah kumpulan seniman independen akan menganjurkan malam kebudayaan alternatif sebagai menghargai sumbangan aktivis reformasi, terutama yang pernah ditahan kerana memperjuangkan reformasi sepanjang tempoh enam tahun lalu.

Pengarah program tersebut, Zulkifli Anwar berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi tetamu khas pada malam tersebut yang akan diadakan di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 13 Mac depan.

"Datuk Seri Anwar telah mengesahkan kehadirannya dan beliau dijangka berbicara mengenai reformasi dan kebudayaan serta menyanyikan beberapa buah lagu yang digelar lagu-lagu dari penjara,” katanya yang lebih dikenali sebagai Zunar.

Katanya, majlis tersebut – yang akan bermula pada jam 8.30 malam dan diadakan dengan sokongan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat – akan diisi dengan lagu-lagu perjuangan, puisi, sajak serta seloka yang mengandungi unsur-unsur kritikan.

Pengarah filem dan aktivis pelajar, Hishamuddin Rais akan mempersembahkan semula teater satira yang popular sekitar tahun 2000, ‘Teater Tok Ampoo’ dengan olahan baru, sesuai dengan suasana masayarakat dan isu-isu semasa hari ini.

Mengikut buku program yang disediakan, sasterawan negara, Shahnon Ahmad akan menyampaikan sajak terbaru beliau, manakala penyajak dan aktivis teater terkemuka, Dinsman akan menyampaikan sajak-sajak popularnya termasuk "Macam Orang Gila".

Bekas tahanan reformasi

Turut membuat persembahan pada malam itu – yang bertemakan “Malam Saksi 14 April” – ialah penyajak bersuara lantang, Shukri Abdullah; penyair muda, Hasmi Hashim: penyajak/pembawa seloka veteran, Pak Salleh Bakar, serta penyanyi utama kumpulan Blues Gang, Ito.

Selain itu, menurut Zunar, malam tersebut juga bertujuan mengumpul dan menghargai sumbangan aktivis reformasi terutama yang pernah ditahan, sama ada dalam lokap, penjara atau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memperjuangkan reformasi sepanjang tempoh enam tahun lalu.

Katanya, mereka yang pernah kena tahan, diminta mendaftar dengan sekretariat program tersebut untuk mendapatkan tiket percuma serta menghadiri sesi khas dengan Anwar pada malam sama.

Sehubungan itu, Zunar menyeru orang ramai, terutamanya penggemar seni alternatif supaya memberi sokongan untuk menjayakan malam seni yang julung kali diadakan itu dengan membeli tiket.

Tiket-tiket berharga RM 50 untuk tempat duduk depan, RM 25 dan RM 10 untuk tempat duduk belakang boleh didapati dengan menghubungi talian berikut: Fauzi (012-3733457), Sahrudin (016-6955671), Sabarudin (012-2245822), Cheah (019-3360685), Ramli (012-3343337), Jasmin (012-2345615), Marvin (Seremban) 012-6657329, Ani (Melaka) 012-606 7284 dan Omar Tan: 019-2059701. Tiket-tiket juga boleh didapati di pintu masuk pada malam tersebut.

Manakala mereka yang pernah menjadi tahanan reformasi diminta menghubungi segera seketeriat penganjur di alamat Parti Keadilan Rakyat, 75A Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park, Shah Alam, Tel: 03-55133416/8477, Faks: 03-55129646 dan bercakap dengan Hasrul B Muhaini.

Mereka juga boleh menghubungi Badrul Hisham Shaharin (016-3242564) atau menghantar SMS ke talian tersebut dengan memberikan nama, alamat, nombor telefon untuk dihubungi dan tarikh peristiwa tangkapan.

(M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: