Mohd Sabu Selesai Ceramah, Remaja Melayu Ditangkap Mencuri
Kiriman: Mat Sepai


TASEK GELUGOR, 7 Ogos – Pasukan polis perlu mengkaji semula peranan mereka, sama ada berkhidmat untuk negara atau mahu berkhidmat untuk Umno. Demikian saranan Tuan Haji Mohamad Sabu- Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang di ceramah umum untuk mengumpul dana melangsaikan hutang pembinaan Pusat Pendidikan Islam di Padang Menora di sini.

Menurut beliau, polis Malaysia perlu jadikan tahap profesional polis di negara maju seperti Amerika atau Britain sebagai contoh. Polis di sana berkhidmat untuk negara, mereka tidak menyokong Republikan atau Demokrat, mereka tidak bekerja untuk Bush atau Tony Blair. Tahap profesional polis Malaysia kalau hendak dibandingkan dengan negara maju, kita jauh ke belakang. Polis Malaysia, sah bekerja untuk Umno dan Barisan Nasional.

Buktinya, kalau pembangkang buat laporan polis terhadap pimpinan Umno, walau berlori-lori bukti, tidak ada siasatan dijalankan. Kalau adapun, berakhir dengan tiada pendakwaan kononnya tidak cukup bukti.

Kalau macam ni lah cara polis kita bekerja, lingkup negara kita nanti. Kut nanti jadi macam Iraq baru hampa tau. Dulu polis Iraq duk pertahan Saddam, tendang dan pukul rakyat yang tidak sokong Saddam. Sekarang apa dah jadi. Mana polis yang duk tendang rakyat dulu, depa pun lari masuk lubang tikus ….. dua tiga kerat polis Malaysia pun apa kurangnya, yang duk tendang terajang kita dan halang ceramah pembangkang. ujarnya.

Beliau turut menyentuh tentang sikap lembut Pak Lah dengan ketegasan Mahathir. Mahathir dulu, sekeras-kerasnya, dia dengar juga suara pembangkang. Kita pernah bantah persidangan Kristian Sedunia yang hendak diadakan di Malaysia, dia akur. Tapi Pak Lah lagi teruk, dalam lembut dia sedang pelingkup agama. Sejarah pertama negara kita, Persidangan Kristian Sedunia diadakan di sini, di negara Islam Hadhari. Wakil Israel pun turut hadir, bendera Israel dah berkibar di Malaysia. Malah Pak Lah telah dihadiahkan kitab Injil (Bible) bahasa Arab kepadanya. Hampa tau dak ni …..soalnya kepada hadirin ?

Sementara itu, seorang remaja Melayu telah diberkas oleh orang ramai di dalam sebuah kereta penyokong BA yang hadir dalam program ceramah tersebut. Remaja yang tidak memiliki pengenalan diri ketika ditahan, dipercayai sedang berusaha untuk melarikan kenderaan Iswara Aeroback yang dilengkapi sistem “alarm” diletakkan sejauh 300 meter dari tempat ceramah. Dia ditahan ketika orang ramai berpusu-pusu pulang selepas program ceramah tersebut dan telah diserahkan kepada pihak polis.
 

PENUH… sebahagian orang ramai di luar bangunan 
Pusat Pendidikan Islam Padang Menora

LAYAR… pihak penganjur menyediakan layar untuk 
Muslimin dan Muslimat


Siapa sangka muka “baik” 
rupa-rupanya …….!! 



Kiriman: Mat Sepai - 09.08.2004


Maafkan saya bang….
jangan buat apa-apa kepada saya bang

Hantar artikel ini kpd sahabat:

Klik untuk melihat kedudukan 
laman M@RHAEN dalam Malaysia's Website Top 100