Pilihan Raya Semula: Imam Duit Telah Berkampung Di Permatang Pauh
Oleh Mat Sepai


Perang Saraf Umno mula bertiup kencang - Parlimen Permatang Pauh dan DUN Permatang Pasir akan diadakan pilihan raya semula. Propaganda ini bersandarkan petisyen Imam Duit dan Pak Nan (calon recyle Umno DUN Permatang Pasir) yang difailkan bulan lepas akan berjaya di mahkamah. Malah harapan Umno Permatang Pauh turut dikuatkan lagi kononnya, sumber daripada Pejabat Daerah SPT (agen SPR) turut mengesahkannya.

Bagi pendokong BA, propaganda ini sukar diterima, kerana petisyen Umno itu tidak disokong alasan kukuh. Antara alasan yang dikemukakan Imam Duit, ialah mempertikaikan kesahihan kiraan semula undi yang memihak BA. Jika alasan ini diterima, bererti keputusan awal SPR iaitu kemenangan majoriti 449 undi oleh DS Dr. Wan Azizah yang tidak diumumkan SPR pada malam kiraan undi lalu perlu diambil kira. Pendek kata, kemenangan masih memihak BA, meskipun majoriti 590 selepas kiraan semula dipertikaikan Umno.

Namun harus diingat, Mahkamah Kanggaroo dengan beberapa hakim yang boleh dicucuk hidung dan dipulas telinga oleh pimpinan Umno akan menjatuhkan hukuman bukannya atas prinsip keadilan. Jauh sekali berlandaskan hujah dan fakta.

Bukti jelas, pada 7 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Haji Mohd Noor Abdullah menolak permohonan calon PAS Parlimen Kepala Batas Ustaz Abdul Khalid Rasid dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga, Ustaz Sobri Arshad untuk mengetepikan wakil rakyat kawasan itu, Pak Lah dan Datuk Azhar.

Berdasarkan fakta, Pak Lah dan Datuk Azhar, Adun Penaga, telah melanggar seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, kerana kedua-duanya tidak menyertakan perbelanjaan pilihanraya 1999 seperti mana yang termaktub seksyen itu.

Sepatutnya kesalahan itu membolehkan kedua-dua calon PAS menang percuma di hari penamaan calon pada 13 Mac 2004 sebagaimana yang berlaku pada calun BN Subang Jaya, Lee Hwa Beng apabila calon DAP, K.C Cheah gagal menyertakan perbelanjaan itu.

Berdasarkan senario ini, bukanlah perkara mustahil jika Permatang Pauh dan beberapa Parlimen dan DUN yang dimenangi BA akan menyaksikan pilihan raya semula. Lebih-lebih lagi di Permatang Pauh, kerana inilah kerusi tunggal Keadilan yang perlu dikuburkan Umno.

Bagi juak-juak Umno di sini, mereka sangat mengharapkan petisyen ini berjaya. Bukanlah untuk memenangkan Imam Duit, tetapi bagi menikmati durian runtuh yang bakal memenuhi kocek masing-masing jika pilihan raya diadakan semula.

Ketika ini, diberitakan Imam Duit telah berkampung di Permatang Pauh. Malah telah mula “menjual ubat temberangnya” di beberapa buah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut sumber Imam Duit dikatakan sedang melobi untuk menjadi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh. Ketua Bahagian sekarang Dato Jalil, yang dilantik Pak Lah sebelum pilihan raya lalu akan memberi laluan kepada Imam Duit. Dia hanya akan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua.

Tindakan ini perlu dilakukan untuk mengekang kemaraan Md Saad, bekas Ketua Bahagian yang disingkirkan Pak Lah. Md Saad diberitakan akan merampas kembali jawatan Ketua Bahagian dalam pemilihan Agung Umno nanti. Kumpulan Md Saad bersama Arif Syah Adun Seberang Jaya, diberitakan telah mencapai persefahaman untuk menentang kumpulan Dato Jalil dan Pak Nan yang dilantik ke jawatan sekarang melalui pintu belakang atas restu Pak Lah.

Takbir…lawan tetap lawan.

- Mat Sepai - 19.05.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN