Suatu Malam Di Permatang Pauh: Kisah Imam Duit Ditabur Duit
Oleh Mat Sepai


Membaca tulisan MGG Pillai (Konfrontasi Berproksi Pusingan Pertama: Anwar: 1 Paklah 0) saya tersenyum sendirian. Tak sangka peristiwa Imam Duit ditabur duit oleh penyokong BA ketika kempen pilihan raya lalu rupanya menjadi pengetahuan umum, ingatkan hanya masyarakat Permatang Pauh sahaja yang mengetahuinya.

Kebetulan ketika kejadian itu saya turut berada di sana dan sempat merakamkannya melalui lensa kamera. Gambar-gambar kejadian itu masih dalam simpanan saya dan kini kita boleh berkongsi bersama Namun, gambar penyokong BA di situ (gambar kiri) terpaksalah saya “blur” untuk keselamatan mereka.

Kejadian Imam Duit Ditabur Duit berlaku pada malam 19.3.2004 sekitar jam 11.30 malam, di depan Pejabat Jentera Pilihan Raya Keadilan Negeri P.Pinang di Permatang Pauh. Pada malam itu, orang ramai sedang bersesak menunggu ketibaan Ezam yang dijadualkan berceramah di situ. Sepanjang jalan dipenuhi orang ramai. Manakala itu, di kiri kanan jalan sebilangan petugas BA sedang mengedarkan risalah manifesto BA kepada para pemandu yang melalui jalan tersebut.

Sedang rancak mengedarkan risalah, tiba-tiba tetamu yang tidak diundang muncul. Teriakan….imam duit..!!! imam duit..!!! imam duit…!!!, menceriakan lagi suasana ketika itu. Kereta yang dinaiki Imam Duit bersama isterinya yang baru pulang daripada program Umno terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Ketika itulah, ada di antara penyokong BA yang mengerumuni keretanya, dan membuka pintu setelah Pirdaus enggan menurunkan cermin kereta untuk menerima manifesto yang dihulurkan kepadanya. Selain daripada manifesto BA, turut ditaburkan ialah beberapa helai RM dan duit syiling. Imam duit terkaku seketika.

Sekilas pandang, peristiwa ni nampak seolah-olah penyokong BA tidak bersopan. Namun, apabila dikaji semula tindakan-tindakan Imam Duit Pirdaus sepanjang kempen pilihan raya lalu, terasa wajar dan patut dia dilayan sebegitu. Selain di kertas undi, itulah gambaran protes masyarakat Permatang Pauh terhadapnya.

Kesanggupannya bersekongkol dengan kezaliman Umno untuk menentang seorang wanita yang suaminya terpenjara angkara fitnah pemimpin Umno, menggambarkan sikap sebenar manusia bertopengkan ulama Al-Hafiz ini. Dengan berselindung ‘title’ Imam Besar Masjid Negara, yang terpalit dengan isu rasuah memohon sogokan RM30.000, daripada seorang kontraktor, seperti yang didedahkan oleh Seruan Keadilan ( bilangan 033 ) lalu mengejutkan banyak pihak. Dakwaan yang dibuat oleh Hj Ahmad Bin Abd. Salim, sehingga kini masih tidak dinafikan Imam Duit atau setidak-tidaknya menyaman Hj Ahmad Abd Salim atau akhbar Seruan Keadilan kerana memfitnahnya.

Itu belum lagi diungkitkan rasuah politik yang diamalkan Imam Duit dan isterinya sepanjang kempen pilihan raya lalu. Antaranya, pengakuan pengundi Cina di Sungai Lembu yang menerima RM150.00 seorang untuk mengundi BN, pengakuan Mak Long Teh di Tanah Liat yang disogokkan RM dan sebuah radio oleh isteri Pirdaus, upah sembahyang jenazah saudaranya di Kampung Jarak bernilai RM4 + ( RM 50.00 bonus ) seorang, “sumbangan” RM50.00 kepada ibu tunggal, “derma” beras sekampit kepada pengundi miskin. Semua itu walaupun dianggap sumbangan dan derma, tetapi jika dilakukan sewaktu kempen pilihan raya, tidak dapat tidak ia tetap dianggap rasuah politik.

Itulah nilai seorang Imam bermazhab Umno yang mendakwa akan melakukan perubahan dalam Umno nanti. Inilah salah seorang ulama Umno yang kononnya akan menerapkan konsep Islam Hadhari yang cuba diketengahkan Umno dalam Negara Islam Malaysia.

Takbir…lawan tetap lawan.

Kelihatan risalah manifesto BA yang ditaburkan bersama RM dan syiling (tidak kelihatan dalam gambar)


Ezam ketika menyampaikan ceramah politik pada malam selepas kejadian “Imam Duit Ditabur Duit”


Imbas kembali- Suasana orang ramai di sepanjang jalan di depan Pejabat JPN
Keadilan P.Pinang



KERATAN AKHBAR … Seruan Keadilan (bil 033) , Pirdaus membisu seribu bahasa terhadap dakwaan ini
- Mat Sepai - 24.04.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN