Pengundi Cina Berbudi, Azizah Buat Kenduri
Oleh Mat Sepai


PERMATANG PAUH - “Kerbau Dipegang Pada Tali, Manusia Dipegang Pada Janji.”  Peribahasa inilah yang diamalkan oleh masyarakat Tionghua di “Pekan Cho Tau” ketika menunaikan janji mereka untuk mengundi DS Dr. Wan Azizah dalam pilihan raya lalu.

Janji mereka kepada Azizah ketika kempen PRU ke-11 lalu, telah ditunaikan apabila di ketiga-tiga saluran mengundi SRJK Cina Jit Sin memihak Azizah. SRJK Cina Jit Sin merupakan tempat mengundi majoriti masyarakat Tionghua di sini untuk Parlimen Permatang Pauh.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana terus memilih saya dalam pilihan raya lalu, seperti yang telah tuan-tuan janjikan kepada saya sebelum itu. Majlis minum teh ini sebagai ucapan terima kasih saya kepada tuan-tuan semua.”

Demikian antara ucapan ringkas Azizah dalam majlis minum teh bersama masyarakat Tionghua di sini petang Ahad lalu.

Sebelum itu, Azizah turut menghadiri beberapa majlis kesyukuran meraikan kemenangan BA di Permatang Pauh. Antaranya yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Kubang Semang. Majlis yang dianjurkan di Masjid Kubang Semang itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Kesepaduan dan kesepakatan utuh masyarakat di sini terbukti dengan kejayaan program pembesaran masjid yang menelan belanja sekitar RM 2.5 juta tanpa menggunakan bantuan dan wang kerajaan. Semuanya hasil daripada derma orang ramai dan anak-anak khariah di sini.

Masjid ini jugalah telah menjadi igauan buruk Imam Duit Pirdaus sewaktu turut bersembahyang di sini ketika kempen pilihan raya lalu. Banyak “kenangan manis” yang dilalui Pirdaus bersama Pak Nan, calon recyle umno DUN Permatang Pasir, tercatat dalam diari masing-masing di masjid ini.

Takbir…lawan tetap lawan.

DS Wan Azizah ketika menjamu selera di Majlis Kesyukuran anjuran PAS Kbg Semang

WAKAF ….. turut menghulur derma  untuk Program Pembesaran Masjid Kubang Semang

Sebahagian masyarakat Tionghua “Pekan Cho Tau”  ketika menikmati   minum petang bersama Presiden Keadilan

TAHNIAH…DS Wan Azizah menerima ucapan drp para pengundi Tionghua kerana mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh
- Mat Sepai - 21.04.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN