Cabaran Buat Pirdaus, bekas Calon BN Permatang Pauh.
Dipetik drp Umno.Reform kiriman Mat Sepai


Datuk Pirdaus, atas nama ALLAH SWT, saya merayu agar Datuk menghubungi saya kerana saya selama ini sesat dalam perjuangan REFORMASI membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mohd Jaafar Malek Talian 016-6343370

Kemungkinan saya telah menyimpan jauh dalam perjuangan saya menuntut reformasi. Kemungkinan pembelaan saya terhadap Anwar Ibrahim sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Kemungkinan akidah saya runtuh kerana menentang kerajaan UMNO dan menentang perbuatan Dr Mahathir keatas Anwar Ibrahim dan kini di teruskan oleh Datuk Seri Abdullah Badawi. Saya hanya punyai sedikit ilmu dan sedikit ilmu ini mungkin telah di salah guna dengan meneliti perjalanan kes perbicaraan Anwar Ibrahim. Saya tidak mahu bercakap mengenai undang - undang syariah kerana amat sedikit ilmu saya dalam bidang itu. Saya mahu bercakap sebagai seorang yang mampu membuat pertimbangan dan mampu membuat analisa berdasarkan fakta dan pemikiran yang mungkin sekular.

Namun satu yang pasti, saya masih tidak percaya dengan segala butiran fakta yang di kemukakan dalam penghujahan perbicaraan Anwar Ibrahim dan sama sekali menolak tuduhan liwat yang di jatuhkan oleh mahkamah ke atas beliau. Saya menolak dari apa yang saya baca, saya pertimbangkan dan saya selidiki dan dari apa yang fahami ialah baik syariah mahupun undang - undang yang sedia ada - jelas tuduhan itu penuh keraguan apatah lagi hukuman yang di kenakan ke atas beliau.

Saya tidak dapat menerima itu semua dan apa yang saya simpulkan adalah kerajaan memerintah telah melakukan suatu kezaliman ke atas Anwar Ibrahim.

Namun hari ini saya tertanya - tanya khusus kepada bekas Iman Besar Masjid Negara yang bertanding di Permatang Pauh. Apakah saya sebenarnya melakukan kesalahan menentang UMNO? Apakah saya salah menentang kerajaan pemerintahan Barisan Nasional dan apakah perjuangan saya menuntut keadilan ke atas Anwar Ibrahim adalah salah - baik dari segi hukum Allah mahupun hukum kemanusiaan.

Hari ini saya keliru, kerana bekas Iman Besar Masjid Negara seperti satu pandangan yang pernah saya baca dalam laman www.umno-reform.com  telah mempertaruhkan kredibiliti nya sebagai seorang Bekas Imam Besar Masjid Negara, seorang ulamak yang berpengetahuan dalam agama menentang seorang wanita yang sedang berjuang, mempertahankan maruah keluarganya, maruah suami nya yang di tuduh meliwat dan tuduhan ini adalah sejijik - jijik tuduhan di muka bumi Allah ini.

Mungkin saya sebenarnya harus menuruti Bekas Imam Besar ini kerana beliau seorang yang warak dan berpengetahuan dalam bidang agama. Seorang yang bukan ahli politik turun menentang Wan Azizah Wan Ismail (sungguhpun kalah) kerana percaya bahawa perjuangan dalam UMNO itu perlu dan harus di dokong. Beliau kemungkinan menentang Wan Azizah Wan Ismail kerana beliau percaya Wan Azizah Wan Ismail sedang cuba menegakkan benang basah yang hakikatnya adalah -  Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat. Mungkin Datuk Pirdaus terpanggil untuk berpolitik kerana perbuatan Anwar Ibrahim itu sudah sahih terbukti dan sekarang beliau terpaksa berjihad turun ke medan politik untuk memastikan Wan Azizah Wan Ismail di tewaskan atas alasan kebenaran dan ini penting atas tuntutan agama kita, agama Islam.

Hari ini saya terpanggil untuk meminta Datuk Pirdaus melapangkan sedikit masa untuk bertemu dengan saya kerana dosa saya menentang kerajaan UMNO. Saya pohon sedikit kelapangan Datuk Pirdaus, Iman Besar Masjid Negara ini menunjukkan saya kembali jalan yang benar kerana selama ini perjuangan saya membebaskan Anwar Ibrahim dari kezaliman rupa nya sesuatu yang salah. Saya keliru dengan perjuangan saya kerana seorang ulamak seperti Datuk Pirdaus, malah beberapa ulamak lain seperti mufti - mufti negeri, unggul dan tetap dengan pendirian mempertahankan kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO dan menghalang kami dari terus memperjuangkan apa yang kami sangka fitnah ke atas Anwar Ibrahim.

Datuk Pirdaus,

Dengan nama Allah SWT , pencipta segala nya baik di bumi ini mahu pun keseluruhan alam ini, berkat Datuk sebagai seorang yang arif dengan ilmu, memimpin sekian sidang jemaah Islam negara ini, izinkan saya bertemu dengan Datuk membincangkan di mana silapnya saya dalam perjuangan ini. Agar saya memahami bahawa perjuangan saya membela seorang insan yang saya jangka di fitnah dan telah di zalimi adalah salah belaka. Agar saya dapat di sedarkan bahawa Islam melarang tindakan saya untuk membela seorang umat yang sebenarnya homoseksual dan di dapati bersalah oleh mahkamah ini. Kalau tidak mustahil Datuk turut menentang Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kalau Datuk tidak percaya kepada kebenaran yang ada - yakini Anwar Ibrahim seorang peliwat.

Datuk Pirdaus,

Saya kini dalam keadaan sedar tetapi masih keliru. Yang saya nampak ialah Datuk sanggup meletak jawatan menentang dari sudut politik Wan Azizah Wan Ismail yang semua orang tahu sedang berjuang membela suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari terus di fitnah dan di perlakukan kezaliman yang amat sangat - dengan tuduhan meliwat. Mungkin pada Datuk ada kebenarannya.

Datuk saya merayu atas nama ISLAM agar Datuk menghubungi saya dan beberapa teman lain yang mungkin tersesat dalam perjuangan yang kami sangka tepat dengan ajaran ALLAH SWT.

Saya boleh di hubungi di talian : 016-6343370 dan nama saya Jaafar Malek.
Siaran asal: Umno-Reform

- Kiriman: Mat Sepai - 05.04.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN