Si Rashit - Pengerusi SPR Sedang Tension Habis !!
Oleh Mat Sepai


Permatang Pauh- 3 April. Petang tadi ketika menghadiri kenduri Majlis Kesyukuran Sempena Kemenangan Kak Wan di Markas Keadilan Sungai Semambu, saya berkesempatan  berbual dengan salah seorang VIP keAdilan yang menetap di Selangor yang pulang ke Permatang Pauh untuk majlis kesyukuran tersebut. Difahamkan, beliau merupakan anak khariah masjid Bangsar dan selalu berjemaah di sana.

Menurutnya, baru-baru ini beliau berkesempatan berbual dengan salah seorang Pegawai ( Imam ) Masjid Bangsar dan dimaklumkan bahawa si Rashit Pengerusi SPR itu rupa-rupanya pernah menjadi Pengerusi Masjid Bangsar suatu ketika dulu. Ketika itu, tingkah laku dan tutur katanya cukup lembut dan penyabar orangnya. Dalam erti kata lain, orangnya  “ Pijak Semut Pun Tak Mati.”

Kini segala-galanya telah berubah. Selepas keputusan pilihan raya lalu, tingkah laku si Rashit  telah menjadi “abnormal”.

Menurut Imam tersebut, baru-baru ini beliau berkesempatan berbual dan bertanya khabar dengan si  Rashit. Punyalah rancak berborak dengan pelbagai isu, akhirnya bertanyalah Imam tersebut secara  ikhlas  kepada si Rashit.

“Apa yang duk kecoh-kecoh tentang SPR sekarang ni?”

Maka jawapan yang tidak disangka-sangka terpancul daripada mulut  si Rashit,

“Aaaaaahhhhh…..sudahlah, dah kalah, kalahlah, apa yang duk sibuk-sibuk nak komplen lagi ! ” jeritnya sambil beliau terus  berlalu pergi.

Terlopong mulut  si Imam dengan jawapan si Rashit yang  baru sebentar tadi rancak berbual mesra dengannya.

Perhimpunan, tekanan dan pendedahan penyelewengan SPR yang dilakukan  pihak BA kini menjadikan Rashit dan konco-konconya tidak boleh tidur lena. Dengan laman web rasminya yang sengaja dipadamkan data para pengundinya dan kenyataan Pesuruhjaya Suhakam Prof.  Hamdan Adnan bahawa SPR tidak mahu menyerahkan kod etika pilihanraya kepada SUHAKAM menjelaskan lagi bahawa si Rashit merupakan talibarut Umno/BN.

Tambahan pula dengan kenyataan Paklah yang  menyatakan kerajaan tidak berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat penyelewengan SPR.  Itulah Paklah si “Mr. Clean” yang kononnya bersungguh-sungguh nak membenteras rasuah dan bersedia mendengar  rintihan dan pandangan rakyat.

Kataku  ….. Umno Penipu dari dulu kini dan selamanya !!
Kata rakanku…. Umno hanyalah U=Untuk  M=Melayu  N=No  O=Otak.
Betul ke ?

Takbir…..Lawan Tetap Lawan

- Mat Sepai - 04.04.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN