Di Mana Ulama’ Daripada Pas Pulau Pinang? 
Assalamualaikum wht.

Segala puji syukur kita panjatkan kepada Allah s.w.t. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Saudara pengarang,

Masjid Hj. Zabidi Ali Permatang Pauh atau disebut di kalangan penduduk tempatan sebagai Masjid Batu memang telah terkenal di kalangan para pencinta ilmu di kawasan utara. Sebut saja Masjid Batu memang telah ada di dalam kepala otak masing-masing tentang keaktifan program kuliahnya.

Lokasi Masjid Batu yang di sebelah kanannya ada kawasan perkuburan dan di hadapannya pula ada Pejabat Pas Kawasan Permatang Pauh (sekarang Markaz Pas Cawangan To’Kandu/Kg. Pertama) dalam era Allahyarham Hj. Zabidi Ali. (Al-Fatihah)

Daripada kuliah maghribnya, kuliah subuh dan ceramahnya memang tak cukup tarikh atau haribulan kalau hendak di susun. Begitulah keaktifan program Masjid Batu sehingga dapat menarik ribuan umat Islam daripada yang muda sama ada yang bertocang hinggalah kepada warga emas, daripada pelajar, pegawai kerajaan hinggalah swasta akan hadir bersama keluarga atau sahabat untuk mendengar pesanan agama daripada tokoh-tokoh ilmuwan yang dijemput. Begitulah kehebatan Masjid Batu (The Green Mosque kata orang Tionghua tempatan).

Kehebatan Masjid Batu tidak dapat ditandingi oleh Masjid lain daripada segi kuliah, khutbah dan ceramah,memang cukup umphhhhh. Sehinggalah isu khatib jemputan berkhutbah diberi publisiti meluas kerana menghina kes rogol dan pembunuhan ke atas saudari Nurul Huda. Khutbah ini telah diisukan oleh Umno/BN supaya dapat mengelirukan umat Islam dan seterusnya menagih simpati daripada rakyat.

Isu khutbah ini telah meletup seantero Malaysia apabila telah dipermainkan sehingga rakyat cuba untuk diseret sama supaya membenci Pas dan hukum hudud yang diperjuangkannya selama ini.

Kejadian ini berlaku di negeri Pulau Pinang yang tidak mempunyai Raja-Raja Melayu. Tetapi di sinilah tertubuhnya Pas melalui himpunan para ulama dan ahli gerakan yang mencintai Islam tertegak di bumi Malaysia. Yang menghairankan saya ialah, ke mana perginya organisasi ulama di Pulau Pinang? Tiada satu kenyataan pun yang di keluarkan secara bertulis. Apakah Dewan Ulama hanya tinggal carta organisasi sahaja atau sibuk berkuliah di sana-sini?

Mat Perai
Februari 2004/1424h
(artikel ini agak lewat dihantar) - 30.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN