KONSERT AIDIL FITRI BN BAHAGIAN KAPAR DIATAS TAPAK SURAU

24 Disember 2003, Rabu, Kapar, Selangor. Program Mesra Rakyat -AidilFitri BN Bahagian Kapar menguris sensitiviti penduduk Sg Kapar Indah, Kapar. Kerana berlangsung diatas Tapak Cadangan Surau Sg Kapar Indah yang akan diberi nama Surau Al-Faizin.

Jika mengikut poster ditulis Padang Awam sebenarnya terletak disebelah hujung taman berkenaan, tanpa segan silu program itu dilaksana tanpa pengetahuan penduduk setempat dan tidak ada perbincangan secara menyeluruh bagi mengambil kata sepakat dalam penetapan lokasi tempat berkenaan, senang kata "masuk kampung orang tak bagi salam". Ada AJK surau yang terlibat tidak mahu menegur keputusan ini, kerana mereka bukan AJK surau yang berjiwa Islam yang sensitif tentang kepentingan menghormati walau ia baru CADANGAN tapak surau. Papan tanda Tapak Cadangan dicabut dan diletak ditempat lain (puas mencarinya tidak jumpa). Bagi memberi laluan Pentas didirikan diatas tapak berkenaan sungguh menyedihkan. Antara artis yang terlibat ialah Ogy Ahmad Daud, Siti Sarah, Waheeda (tak hadir) 1 penyanyi India, 1 penyanyi Cina, dan Senario. (sebut pasal senario malam itu mereka buat lawak dengan mempermainkan orang bermusabaqah - macam tiada lawak lain, dengan mempermainkan bacaan al-Quran (di Melayukan)  dilagukan bacaan Quran) berserta dengan Bismillahnya). Harap orang cerdik pandai agama menilai semula aqidah Senario ini.

Seperkara lagi, mengikut maklumat syarikat perumahan yang bertanggungjawab telah menyumbangkan sebanyak RM15,000 untuk majlis berkenaan. Syarikat lain pula telah menyumbangkan pertunjukkan bunga api. Hebat. Lebih 40 khemah didirikan. Sehingga berita ini ditulis masih banyak sampah bertimbun diatas tapak Surau berkenaan. Untuk pengetahuan tapak surau berkenaan juga mengandungi tapak Tadika, Dewan. Berginilah cara BN berkempen, menggunakan wang "pau" syarikat yang dapat projek, gunakan MPK, gunakan semua jenteranya. Termasuk artis untuk berkempen, dari awal majlis yang diMCkan oleh Redwan kalau tidak silap, pengerusi PIBG SRK Sementa merangkap orang kuat Raman Palil. Dari awal sampai habis marilah sokong BN, kita undi BN, kita sokong Khir Toyo.

Pada malam sebelumnya 3 orang pemuda UMNO ingin menurunkan bendera 3 PAS yang dipasang diatas 3 pokok didepan tapak berkenaan (lama dah pasang). 4 orang penduduk setempat membantah dan perbalahan berlaku yang menyebabkan hampir 20 penyokong UMNO yang lain turut serta. Namun kata sepakat telah dipersetujui dari perbincangan untuk tidak menurunkan bendera berkenaan melainkan Kakitangan MPK menurunkannya sendiri kerana ini adalah bidang kuasa MPK, bukan UMNO, setelah berjabat tangan kami pulang kerumah. TETAPI keesokan paginya, bendera berkenaan telah hilang. Inilah UMNO yang tidak suka buat kerja cara baik, main kotor saja. Jadi kawan-kawan, dengan cerita ini jangan sekali kali bawak berbincang dengan mereka ini dengan cara baik, buang masa. Mereka tidak akan berpegang pada kata. Ini baru "balaci"nya , pemimpinnya lagilah teruk kalau macam tu. Tidak hairanlah UMNO akan jadi parti "rare species" satu hari nanti.

Semasa kerja-kerja pembersihan, ternampak di backdrop ditulis nama MB selangor, yang ditambah "L" pada nama bapanya. Rupanya ada jugak geng UMNO yang tidak kenan dengan MB ini. :)

Tetapi, natijah dari program sebegini sebenarnya menampakkan bahawa:-

1) UMNO tidak Islamic
2) UMNO hanya berkempen kepada budak-budak yang nak dengar Senario Berceloteh
3) UMNO kehilangan idea nak kumpulkan audien melainkan dengan Artis dan Makan
Untuk makluman juga tidak ramai yang menyokong UMNO ditempat berkenaan cuma kaum Cina.
 
Gambar menyusul kemudian.
- MAT KAPAR  - 26.12.2003

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!