|
Mr. Clean Sudah Jadi Mr. Kelentung? |
Yang pertama, Tan Sri Eric Chia telah ditonjolkan ke muka pengadilan dengan tuduhan pecah amanah melibatkan tidak lebih RM70 juta. Untuk menyedapkan cerita, Polis Raja Di Malaysia telah menghambat beliau di sepanjang lebuhraya Utara-Selatan dan menangkapnya di tempat rehat semasa beliau mahu makan. Apa salahnya kalau Ketua Polis Negara menelefon beliau dan memberitahu agar pergi ke balai polis berdekatan rumahnya untuk satu siasatan polis?
Soalnya sekarang, kenapa polis mengerahkan satu pasukan petugas menghambat beliau di lebuhraya? Nasib baik tak mainkan lagu Getaran Jiwa (ikut gelagat Norian Mai main lagu itu semasa mahukan anggota Al Maunah menyerah diri di Sauk dahulu) semasa dia sedang makan sebelum menahannya!!!!!!!
Berapa persenkah jumlah yang dikatakan pecah amanah kalau dibandingkan dengan RM13 billion yang lesap? Tak sampai lima persen pun! Apa jadi dengan yang sebanyak tiga belas billion itu? Siapa lagi yang balun?
Apabila Eric Chia ditahan, hampir keseluruhan masyarakat kedutaan asing sudah mengangguk kepada satu berita hangat yang selama ini terpendam di kalangan mereka: Bahawasanya Eric Chia hanya orang suruhan ataupun proksi Tun Kepala Taik Mahathir, sahaja!!!!!! Sebilangan besar duit yang lesap melalui Perwaja sebenarnya telah digunakan untuk mengongkosi pilihan raya umum bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional.
Ada pula sumber risikan pihak tertentu yang mempunyai maklumat betapa sebahagian besar wang subsidi yang disalurkan kepada Perwaja telah disedut keluar semasa teraju pengurusan Perwaja diganti oleh orang baru selepas Eric Chia. Secara tidak semena-mena beberapa bangunan pencakar langit naik tersergam atas nama sebuah syarikat yang ada kaitan dengan peneraju baru Perwaja itu. Syarikat itu sebenarnya satu syarikat proksi bagi anak-anak tertentu kepada si Tun Kepala Taik.
Kisah syarikat mega bertaraf korporat di mana teraju pengurusan dipegang oleh orang tertentu yang sebenarnya merupakan proksi Tun Kepala Taik Mahathir memang bukan kepalang banyaknya. Kalau mahu disebut di sini, mungkin tidak ada peluang untuk pembaca membaca semua nama itu sekali baca. Kena baca berulang kali pula. Memadailah kita katakan semua proksi itu adalah orang suruhan yang ditugaskan merealisasikan satu impian indah yang sebenarnya haprak belaka.
Apa kata kalau kita sebut akan syarikat Proton dan pembazirannya? Apa yang akan terjadi kalau satu hari nanti terdedah segala maklumat bagaimana Proton dan Perwaja Steel menjalani satu gerakan operasi yang sama juga getarannya? Proton sedang tercungap sekarang ini dan harga keretanya tidak mampu turun mengikut rentak penurunan harga kereta global, sedangkan selama ini rakyat marhaen telah berkorban membeli kereta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga jualannya di luar negara.
Bagaimana pula dengan projek Bakun yang digantung setelah kerajaan membayar gantirugi kepada Tan Sri pembuat Batang Penyapu? Kemudian wang itu dilarikan dengan pesawat ‘Global Express’ ke Paris, sedangkan Ting adalah tetamu Peranchis kerana mengekori rombongan seorang Perdana Menteri? Kalau tidak kerana keberanian kastam Peranchis, rakyat negara ini tidak akan tahu bagaimana gantirugi itu sebenarnya dibayar kepada seorang proksi juga!!! Wang yang dilarikan ke luar dengan ihsan kos penerbangan percuma itu dikatakan sekitar RM800 juta.
Apa sangatlah RM24 juta yang disonglap oleh Kasitah Gadam, yang mungkin digunakannya untuk membeli undi menyokong BN di Sabah? Apakah status Kasitah Gadam sekarang? Adakah dia digantung daripada jawatannya ataupun disuruh berhenti kerana sudah ada kes rasuah ataupun ditukar kepada Jabatan Perdana Menteri sahaja? Kalau Kasitah menang nanti, apakah dia akan diberikan semula jawatan menterinya? Apakah implikasi penangkapan ini kepada kemenangan BN di Sabah?
Apabila menyebut pembayaran gantirugi dan subsidi kepada projek mega, bagaimana dengan Tan Sri Vincent Tan yang dibantu lebih lima kali bagi setiap projek penswastaannya yang kantul belaka? Bagaimana pula setelah dibantu dengan subsidi itu semua pengurusan syarikat yang gagal itu diserahkan balik padanya untuk diuruskan lagi? Kalau wang rakyat telah digunakan untuk menyelamatkan syarikat yang kantul itu, kenapa pula dia masih difaraidkan syarikat itu?
Seperti yang semua orang maklum, Vincent Tan mempunyai beberapa perniagaan di Australia melibatkan projek cuci kereta dan penjualan ‘home video’. Projek niaga semacam ini mudah terdapat di merata negara dibuat oleh sindiket yang dikuasai oleh Jacky Chan. Itulah taraf Vincent Tan di luar negara. Tetapi di negara ini dia dianggap sebagai pakar penswastaan yang tidak mampu diuruskan oleh anak-anak Malaysia khusus pegawai Melayu yang berkelulusan tinggi-tinggi. Vincent Tan masih menjadi peneraju utama syarikat milik rakyat itu dengan saham yang sama dan bayaran gaji tahunan sekitar sepuluh juta.
Apabila disebut kisah subsidi dan wang ihsan menebus kebankrapan syarikat mega, tentu kita ingat lebih dua billion yang dibelanjakan untuk menyelamatkan syarikat anak-anak Tun Kepala Taik. Saya pernah kata sepatutnya semua syarikat itu pulang kepada pangkuan rakyat jelata dan diuruskan oleh pengurusan yang dilantik oleh satu badan bebas. Di waktu yang sama apa juga wang simpanan yang ada atas nama mereka mesti dimilik-negarakan untuk digunakan bagi menyelamatkan syarikat itu.
Bagaimana pula dengan kisah beberapa Tan Sri yang dimanjakan oleh si Tun Kepala Taik dengan tanah kerajaan seperti tanah bekas tapak Sekolah Convent Bukit Bintang, serta diberikan pinjaman bank di negara ini termasuk wang KWSP dan Tabung Haji, tetapi telah melencongkan dana tersebut untuk melabur di negara lain seperti di Britain, Afrika dan USA?
Nampak sangat semacam ada satu skrip besar melakonkan penangkapan proksi Mahathir kali ini. Mula-mula ia bermula dengan Eric Chia daripada kaum Cina, kemudian Kasitah Gadam, seorang Bumiputra, kemudian siapa lagi? Apakah Tan Sri Samy Vellu akan menyusul kerana kes Maika Holdings? Ataupun mungkinkah berlaku penangkapan seorang pemimpin India dengan tuduhan menyonglap duit sebagai upah dan wang pendahuluan dalam mendapatkan gelaran DiRaja?
Paklah memang dalam dilemma besar. Bukan kepalang besarnya. Sebagai cucu seorang ulama besar tentu dia sedar akan pertanda dari langit. Satu ketika dahulu Putrajaya dilanda taufan sehingga banyak atap genting yang berterbangan dan tanah runtuh. Tidak lama selepas kejadian itu, Tun Kepala Taik telah tersasul cakap mahu berundur daripada pentas politik yang diterajuinya selama 22 tahun. Kisah ini tidak mahu diperbesar-bearkan oleh media propaganda UMNO dan BN.
Peristiwa buruk taufan yang sama melanda lagi. Ia muncul beberapa hari sebelum Paklah memasuki ambang ke-100 hari sebagai Perdana Menteri. Apa pula gerangannya pertanda itu.
Saya bukan seorang perawi tetapi saya nampak betapa nyawa Paklah sedang dalam bahaya. Paklah harus berhati-hati dengan keselamatan dirinya, jangan dia merupakan Perdana Menteri Malaysia yang mula-mula sekali mati terbunuh kerana pembunuh upahan.
Satu ketika dahulu, Anwar Ibrahim telah melalui beberapa peristiwa yang mengancam nyawanya. Sehinggalah beliau terpenjara, masih ada usaha membunuhnya baik secara cepat mahupun secara berdikit-dikit. Allah masih menyayangi Anwar dan mahu dia terus bernafas. Lagi pun Anwar cekal dan kental.
Apakah Paklah mempunyai ketahanan diri seperti itu?
Masyarakat kedutaan antarabangsa tahu segala kelemahan Paklah. Dia naik kerana adanya satu kumpulan manusia yang menyokongnya seperti dalam Polis, Tentera dan BTN. Yang lebih penting lagi dia naik kerana si Kepala Taik tersasul cakap dan terpaksa memberi laluan kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Itu pun ada syaratnya. Pertama Najib mesti jadi Timbalan Paklah. Kedua, orang yang memufliskan Bank Negara mengikut rentak Mahathir mesti menjadi Menteri Kewangan Kedua.
Demikian antara syarat-syarat itu, yang lain kita bincangkan lain kali. Inilah yang mencetuskan satu tanda tanya: Bila pula Tan Sri Menteri Kewangan Kedua itu akan didakwa kerana salah guna wang kerajaan melibatkan 33 BILION? Siapa yang mengaudit akaun Bank Negara. Beliau merupakan proksi Mahathir. Apa kata kalau sebahagian wang itu telah diterbangkan ke Latin Amerika untuk Mahathir membeli sebahagian ladang besar di sana? Ataupun ke Britain di mana dia sudah mempunyai satu mahligai purba menjadi singgahsana barunya?
Semua tanda tanya ini sedang menghantui setiap rakyat marhaen di negara ini kerana mereka mahu tahu jawapannya. Paklah telah membuka kotak Pandora dengan penangkapan Eric Chia dan Kasitah Gadam. Dia mesti teruskan penangkapan dan pendakwaan.
Kalau diikutkan syarat penangkapan dan iltizam Paklah, tidak ada seorang pun anggota kabinet beliau yang akan terlepas. Kalau semua mereka itu adalah proksi Mahathir seperti yang disebut-sebut oleh masyarakat kedutaan antarabangsa di Kuala Lumpur, bererti si Tun Kepala Taik akan menjadi saksi paling utama dalam setiap kes yang akan dibuka oleh BPR.
Kalau Mahathir disapina oleh mahkamah kali ini, takkan Paklah luluskan permohonan beliau mahu tahu apa soalan yang akan ditanya padanya oleh mahkamah?
Segala kemungkinan ini mencetuskan beberapa teka-teki:
Apakah penangkapan dan tuduhan yang baru terjadi mendapat restu Tun Kepala Taik? Jika tidak, bagaimana mungkin Paklah begitu berani bertindak begitu sedangkan dia tidak berani merombak kabinet yang ditubuhkan oleh Mahathir?
Kalau kes Eric Chia dan Kasitah menjadi unsur dan faktor penangkapan dan pendakwaan BPR, bererti sudah sedia ada lebih tiga puluh kes yang boleh dibawa ke muka pengadilan pada akhir bulan ini. Semuanya akan mempalitkan TKT Mahathir.
Satu ketika dahulu, Anwar Ibrahim hampir terkorban semasa diserbu di rumah beliau kerana dia enggan mengeluarkan cek untuk membantu bebanan anak-anak Mahathir, Ting dan Vincent Tan. Kegagalan membunuh itu telah membuatkan Ketua Polis Negara ketika itu Rahim Noor dirasuk penyakit anjing gila dan membaham Anwar sehingga lumat sedangkan tangannya bergari di belakang dan matanya ditutup ketat. Ada desas-desus mengatakan semasa Rahim melakukan kerja gila itu TKT Mahathir ataupun proksinya dalam kabinet ada bersama Rahim dan turut tumpang sekaki. Kerana itu buku catatan keluar masuk sel boleh hilang lesap secara kilat.
Penangkapan Anwar dan pemenjaraannya adalah satu hukuman zalim kerana dia tidak bersalah. Yang mendapati beliau bersalah ialah para hakim upahan TKT Mahathir.
Kalau projek tangkap-menangkap yang dimulakan oleh Paklah ini tidak mendapat restu TKT Mahathir, besar kemungkinan Paklah akan mati ditembak oleh pihak tertentu yang tidak mahu diaibkan secara terbuka. Ataupun dia digulingkan dengan apa juga muslihat, ugutan dan tipu daya politik yang ada. Sekali gus, Najib akan menjadi Perdana Menteri seperti yang diimamkan oleh ‘Uncle Dir’nya. Berbaloikah usaha Paklah menukar imej daripada Mr. Clean kepada Mr. Kelentung?
Marhaintua <marhaintua@hotmail.com>
13 Februari, 2004 (suntingan M@RHAEN)
|