|
Orang Melayu Lebih Takutkan Mahathir Daripada Allah (Bhgn 7) |
Pada hari ini, 1 November, 2003 bermulalah hari pertama Dato Seri Ahmad Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-lima. Beliau menggantikan bosnya Dr. Mahathir bin Mohamad yang kini diberikan gelaran Tun bergandaan dengan isterinya Siti Hasmah.
Dengan anugerah baru yang diberikan oleh YDP Agong itu kita pun mahu tukarkan gelaran kita kepada si Raja Penyangak itu. Kita tidak mahu panggil dia sKT lagi kerana dia sudah naik pangkat setakuk lagi. Gelaran kita pun tidak mahu ditaruh di belakang namanya. Kita mahu taruh di hadapan menjadikannya TKT Mahathir Mohamad.
Memang kita bersetuju bahawa hari ini bermulalah satu era baru dalam percaturan politik negara ini. Akan tetapi, itu hanya merupakan percaturan disebabkan bergantinya seorang Perdana Menteri. Ia tidak akan menjejaskan lagi percaturan dinasti kodi kerana TKT bukannya melepaskan segala kuasanya. Dia sudah keluar daripada kabinetnya, tetapi kabinetnya itu tidak pun dibubarkan. Malahan dari segi hukum perlembagaan, dia masih lagi menjadi presiden UMNO dan Ketua BN. Sekali gus ini bermakna si Dolah Badawi hanya mengisi kerusi Perdana Menteri yang dikosongkan dan mungkin menjawat jawatan Menteri Kewangan yang dikosongkan. Kita masih yakin dia masih perlu merujuk kepada si TKT. Dengan lain perkataan walaupun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri dia sebenarnya memegang teraju dinasti kodi yang tidak mudah ditolaknya ke tepi.
Bukan semudah itu Paklah mahu menyerlahkan ketokohannya sebagai Perdana Menteri kerana dia dibayangi satu institusi yang sudah mencengkam kuasa sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun yang lalu. Kalau diambil kira khidmat Mahathir dalam kabinet Malaysia dia sudah bertugas selama 30 tahun semuanya. Seperti yang pernah saya tulis satu ketika dulu, selama 30 tahun itu TKT Mahathir sudah mewujudkan satu raksasa yang dia sendiri gagal mengawal di penghujung kuasanya. Yang membuatkan beliau kelihatan perkasa ialah propaganda, propaganda dan propaganda semata-mata.
Dengan lain perkataan, walaupun beliau kelihatan perkasa TKT Mahathir sebenarnya lemah, selemah-lemahnya. Dia perkasa kerana semua institusi yang sudah dikuasainya dan semua pemegang proksi yang mengawal institusi dan badan-badan kerajaan itu yang menentukan dia sentiasa dijulang dan dipuji-puja. (Sila baca MMM16 Bahagian 1 hingga Bahagian 4: Dr. Mahathir Yang Sudah Dirobotkan - semua links terdapat di akhir artikel ini)
TKT Mahathir sendiri tentu sedar betapa beliau amat lemah dalam melaksanakan segala selera rakusnya. Yang menjadikan dia kelihatan kebal adalah segala pemegang proksinya kerana mereka itu amat bergantung kepada kuasa yang ada di tangan TKT sendiri. Nah..... sekarang... akan kelihatan betapa rapuhnya pegangan proksi itu semua. Satu persatu akan gugur dan bungkus dan satu persatu akan berundur dan berambus. Sudah berakhir tidur nyaman mereka kerana igauan yang menghambat segala kenikmatan tidur itu sudah mula berani mengetuk pintu rumah mereka, untuk menghambat yang punya diri malahan sanak saudaranya sekali. (Sila buka MMMM13: Melayu Sudah Lama Kecewa Dengan Mahathir!)
Baru-baru ini TKT ada menyebut betapa Yahudi menguasai dunia melalui proksi mereka. Sebenarnya selama 22 tahun dia mencengkam kuasa dia dapat bertahan kerana proksi yang dilatih dan dipercayainya. Namun, hampir semua proksi itu gagal melaksanakan ‘amanat’ TKT itu kerana dihambat oleh satu gelombang kesedaran rakyat yang berusaha menghambat mereka.
Yang paling ketara ialah segala doa golongan yang tertindas dan teraniaya yang meminta pertolongan Allah yang Maha Kuasa. Kerana doa itulah makanya TKT tersasul bercakap pada satu persidangan UMNO mengatakan kerelaan beliau melepaskan jawatannya. Semasa itu dia mengumumkan peletakan jawatan dalam semua kedudukan yang pegangannya termasuk sebagai Presiden UMNO, Presiden BN dan Perdana Menteri. Yang kita lihat semalam ialah peletakan jawatan beliau sebagai seorang Perdana Menteri.
Yang kedua ialah gelombang kebangkitan rakyat baik secara formal melalui parti pembangkang mahupun secara tidak formal melalui Internet. Gelombang kebangkitan melalui Internet masih dianggap sepi dan diperkecil oleh parti Pembangkang kerana mereka leka ataupun tidak memahami kekuatan yang terselindung di sebalik gelombang bentuk ini. Namun, pihak kerajaan terutama sekali TKT Mahathir sedar apakah bisa yang sedia tertanam dalam gelombang jenis ini. Bisa itu akan menyerlah tidak lama lagi sebaik sahaja Abdullah Badawi mengumumkan pilihan raya umum nanti.
Sesungguhnya Internet sudah merupakan satu medium yang membawa kesedaran kepada rakyat marhaen bahawa Kerajaan BN dan UMNO pimpinan TKT Mahathir tidak pernah memikirkan kesejahteraan rakyat marhaen. Yang dipentingkan selama ini ialah menyamun harta rakyat dan mengolah pelbagai cara untuk terus mencengkam kuasa.
Sempena pelantikan Paklah dan berundurnya TKT Mahathir saya ingin paparkan di sini salinan surat yang ditulis oleh Abdul Rahim Ghouse kepada TKT Mahathir bertarikh 7 November 1998 (lima tahun dulu pada bulan ini) yang menunjukkan betapa relevannya isi kandungan surat itu kerana ditulis daripada hati yang ikhlas. Keikhlasan itu ternyata relevan apabila dikaji apakah kesan politik yang ada sejak November 1998 itu. Salinan surat itu terdapat pada muka surat 216 – 226; dalam sebuah buku berjudul Rakyat Menuntut Keadilan karangan Abu Miqdad. Semasa mula-mula terbit, saya diberitahu banyak buku itu yang diarahkan dibeli secara pukal, agar rakyat marhaen tidak dapat membeli dan membacanya.
“Saya sedih kerana saudara salah faham tujuan saya membuat kenyataan-kenyataan akhbar dari rantau orang. Sesungguhnya, tujuan saudara dan tujuan saya adalah serupa sahaja iaitu hendak menyelamatkan negara kita daripada bahaya yang mengancam. “Pandangan saudara terhadap saya adalah berdasarkan cerita-cerita yang saudara dengar dari orang-orang yang mengelilingi saudara seperti Daim Zainuddin, Megat Junid, Aziz Shamsuddin, Rahim Tamby Chik, Ghafar Baba, Tin Phek Kiing, Francis Yeoh, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, Kenneth Eswaran, Vincent Tan, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Rashid Hussein dan Azman. Mereka menyampaikan kepada saudara cerita-cerita yang mereka fikir saudara suka dengar, ataupun yang saudara sanggup terima. Di sini biarlah saya sampaikan pula keadaan, fikiran dan pandangan rakyat yang sebenar-benarnya, supaya dengan itu saudara faham niat saya sewaktu membuat kenyataan-kenyataan akhbar itu yang kemudiannya teruk dikecam.
“Saudara selalu memberitahu ahli-ahli UMNO bahawa UMNO akan memperjuangkan kepentingan Islam dan kepentingan bangsa Melayu. Tetapi sebenarnya perbuatan saudaralah yang menghakis kuasa raja-raja Melayu sehingga mereka tidak mungkin lagi dapat mempertahankan kepentingan hak-hak istimewa orang Melayu, Bahasa Kebangsaan dan adat istiadat Melayu. Apakah punca yang menyebabkan tercetusnya rusuhan baru-baru ini dan kematian yang tidak dilaporkan? Sebenarnya, perbuatan-perbuatan saudaralah yang menjadi punca kepada rusuhan dan kematian-kematian itu.
“Saudara selalu sahaja ‘mengalah’. Kepada kroni-kroni saudara, saudara berikan apa-apa yang mereka minta. Kemuncak daripada sikap saudara yang suka mengalah itu ialah perompakan ke atas syarikat-syarikat milik kerajaan dan swasta. Tajuddin mendapat TRI, MHS dan MAS. Halim mendapat Renong dan UEM, Ting mendapat Empangan Bakun dan Granite, Anda mendapat Menara Kembar, Rashid Hussein mendapat Sime Bank, Mirzan mendapat Konsortium Perkapalan Berhad. Allah maha Besar. Sebenarnya mereka itu sudah hampir bankrap sewaktu krisis kewangan belum lagi terjadi. Sekarang ini mereka semua teruk terpukul oleh krisis itu disebabkan nilai saham-saham syarikat mereka turun 70 peratus. Nasib yang sama juga menimpa Halim Saad dan anak saudara sendiri, Mirzan.
Keadaan ini membuat orang-orang Melayu, Cina dan India sama-sama naik marah. Ditambah pula, baik orang Melayu mahupun Cina dan India, mereka semua tahu saudara dan kroni-kroni saudara adalah perompak-perompak kekayaan negara. Bagaikan masih belum cukup dengan RM2.3 bilion yang saudara gunakan untuk menyelamatkan KPB milik Mirzan, saudara serahkan pula RM10.5 bilion kepada Halim Saad, dan RM800 juta saudara berikan pula kepada Ting, konon sebagai pampasan. Sekarang saudara akan ‘faraidkan’ baki sebanyak RM60 bilion kepada Rashid Hussein, Azman, Vincent Tan dan Tajuddin, yang saudara akan kumpulkan melalui bon-bon yang saudara paksa Petronas, EPF, SOCSO, PNB, LUTH dan Telekom membelinya.
Disebabkan perbuatan saudara itu, orang-orang Melayu, Cina dan India tidak takut lagi hendak menentang UMNO dan Barisan nasional. Disebabkan kuku besi saudara juga, Gerakan pernah keluar daripada barisan nasional. Pada hari ini, daripada 1.4 juta ahli UMNO hanya 20 peratus sahaja yang masih menyokong saudara dan UMNO, 80 peratus lagi marah dan benci kepada saudara.
Berpunca daripada tindakan tak berperikemanusiaan ke atas bekas timbalan saudara, iaitu suatu hal yang bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai-nilai budaya Melayu, kini rakyat bukan setakat mengejek saudara, malah mereka meludah dan menghina saudara dan mereka menuntut saudara meletakkan jawatan. Sewaktu SUKOM, saudara paling kuat kena ‘boo’ ketika menonton perlawanan ragbi. Saudara telah batalkan perjumpaan di Bukit Jalil pada 4 September 1998 atas nasihat Hishamuddin yang tidak berupaya hendak mengumpulkan lebih daripada 20,000 orang dibandingkan dengan perhimpunan di Dataran Merdeka yang disertai oleh lebih daripada 250,000 orang. Sekarang saudara tentu sudah faham apa perasaan orang-orang Melayu, Cina dan India, baik terhadap diri saudara mahupun terhadap kroni-kroni saudara.
Saudara sangka orang-orang Melayu takkan bangun menderhaka, tetapi sekarang mereka bagaikan sudah hilang kewarasan dan sanggup mengamuk waima mereka sedia mati menentang ‘anjing-anjing’ FRU saudara. Sebenarnya, orang yang mereka cari sewaktu mereka bergerak menuju rumah saudara, tidak lain dan tidak bukan ialah saudara sendiri. Saudaralah pihak yang mesti dipertanggungjawabkan ke atas kecederaan dan kematian orang awam dan polis, kerana saudara berpegang kepada pandangan-pandangan yang salah.
Saudara maafkanlah saya kerana saya cuma hendak memberitahu kepada saudara apa sebenarnya perasaan orang Melayu terhadap saudara. Sesungguhnya, orang-orang Melayu sama ada mereka itu dalam PAS ataupun dalam UMNO, mereka itu sekarang ini amat benci kepada saudara, terutama sekali mereka yang menyaksikan bagaimana polis bersikap amat biadab dan kasar terhadap bekas timbalan saudara, baik sewaktu di rumah beliau mahupun sepanjang beliau di dalam tahana. Kesan hitam pada mata beliau adalah cermin kepada betapa hitam dan jahatnya hati perut saudara.
“Pada saat itu, semua rakyat Malaysia sudah sedar bahawa saudara mahukan diri saudara dikenal sebagai ‘Perdana Menteri yang dinamik dan global yang bercakap bagi pihak Dunia Ketiga’, meskipun baik dari segi ekonomi dan psikologi, seluruh rakyat menderita. Mereka tahu meskipun dalam keadaan negara sedang gawat dan ekonomi sedang meleset, saudara dan kroni-kroni saudara serta anak-anak saudara tetapi tidak mahu berhenti merompak kekayaan negara. Semua rakyat tahu bahawa MISC membeli Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan dengan harga RM2.3 bilion sedangkan harga pasarannya yang sebenar ialah RM170 juta sahaja. Sudah tentulah, perompakan ini tidak sepatah pun disebut dalam media tempatan.
“Rakyat sekarang sedang menunggu-nunggu penjelasan saudara berkenaan dakwaan Puan Marina Yusuff bahawa saudara ada membawa perempuan ke dalam bilik saudara di Parlimen. Mereka juga menanti-nanti bilakah saudara akan membersihkan nama saudara atas dakwaan bahawa saudara mempunyai anak-anak luar nikah yang bernama Mahzar bin Mahathir dan Maizura bte Mahathir. Lain-lain anak saudara ialah Marinah (KP 5197861), Mirzan (KP 5558465), Mokhzani (KP 6144507), Melinda (KP 600515-05-5020) dan Mukhriz (KP A0000999)
“Rakyat juga masih tertunggu-tunggu penjelasan saudara mengapa saudara membuat pengakuan palsu sebagai seorang ‘doktor’ dan sebagai Pengarah dalam MAHARIZAN Sdn Bhd. Mereka juga ternanti-nanti mengapa semua anak-anak saudara, kecuali Mirzan, membuat pengakuan palsu dengan menuliskan ‘Nil’ dalam borang Syarikat No.32700 K yang disahkan sebagai betul oleh Noriah Abidin, Penolong Pendaftar Syarikat bertarikh 10 November 1997.
Di satu pihak lain, kaum Cina tidak sedikit pun hormat kepada saudara. Mereka panggil saudara ‘Si Bongkak, kepala bengkak dan barah ekonomi’. Mereka juga mengatakan saudara ‘Chee ...’ dan macam-macam perkataan lagi yang saya yang saya sendiri tidak sampai hati hendak menyebutnya di sini. Kata-kata seperti itu diucapkan oleh semua golongan kaum Cina, daripada cerdik pandai mereka hinggalah kepada drebar teksi dan penjual sayur.
“Kebelakangan ini, nama baik saudara makin busuk. Orang-orang Melayu yang berkhidmat dalam kerajaan, daripada Setiausaha KeMenterian sehinggalah kumpulan sokongan yang paling rendah, serta pegawai-pegawai tentera dan polis tidak lagi menaruh percaya dan hormat kepada saudara. Apakah saudara tidak perasan bahawa jumlah mereka yang mahu hadir di dalam majlis-majlis rasmi dan peribadi yang saudara adakan makin hari makin kurang. Sewaktu saudara datang ke Jitra, tidak sampai 200 orang yang hadir, itu pun setelah dipaksa oleh Menteri Besar Kedah. Begitu sekali keadaannya sehingga kamera TV terpaksa menunjukkan muka saudara sahaja kerana para hadirin begitu sedikit, apatah lagi memandangkan Jitra ialah tempat saudara sendiri.
“Kalaulah saudara membaca Harakah dua kali setiap minggu tentu saudara tahu beribu-ribu orang Melayu masuk PAS. Pada masa jualan Berita harian dan Utusan Malaysia merosot dengan banyaknya, jualan Harakah naik sampai melebihi 360,000 ditambah lagi dengan jumlah keahlian PAS yang kini melebihi 700,000 orang.
“Pegawai-pegawai Melayu dalam perkhidmatan Polis masih patuh kepada arahan kerajaan, terutamanya mereka yang dalam FRU. Tetapi pegawai-pegawai Melayu dalam angkatan tentera kini sedang menahan nafas penentangan. Kalau saudara terus-menerus melakukan perkara-perkara yang tidak mereka ingini, saya yakin mereka tidak akan patuh kepada saudara lagi.
“Saya tahu, kalau saudara jatuh saudara takut tak dapat melindungi anak-anak dan keluarga saudara. Saya tahu sangat bahawa Dr. Siti Hasmah sudah membawa keluar wang sebanyak US400 juta dan melaburkannya di Amerika. Saya juga tahu anak-anak lelaki saudara mempunyai simpanan dan pelaburan yang banyak di luar negara, tetapi tidaklah sampai RM20 bilion seperti yang dimiliki oleh Daim. Memang saudara bijak, dan saudara sudah bersiap sedia, mana tahu kalu-kalau terjadi sesuatu yang tidak saudara ingini. Tetapi, saya lebih takut lagi, jikalau saudara gagal mengawal ekonomi, dan saudara akan terus merompak berbilion-bilion wang negara, RM30 bilion daripada simpanan Petronas, RM118 daripada KWSP, RM35 bilion daripada PNB, RM12 bilion daripada SOCSO, RM30 bilion daripada insurans dan RM5.6 bilion daripada Tabung Haji.
“Sekarang tentu saudara sudah sedar, saudara mesti mencari RM800 billion untuk memulihkan ekonomi, pasaran saham dan nilai ringgit kepada kedudukannya yang asal. Malah, kalau saudara hendak menyelamatkan anak-anak dan kroni-kroni saudara daripada jatuh bankrap, saudara sudah perlukan sekurang-kurangnya RM200 bilion dengan serta merta. Di mana saudara hendak korek duit sebanyak itu?
“Kepada kakitangan awam, saudara bukan setakat memotong bonus mereka, malah saudara akan potong elaun dan mungkin juga gaji mereka. Apabila itu terjadi nanti, kakitangan kerajaan dan tentera akan bersatu menuntut saudara meletakkan jawatan kerana mereka sedar bahawa saudaralah sebenar-benarnya punca segala-galanya.
SAUDARA adalah SYAITAN yang sebenar!
Saudara sudah terbiasa mendapat sorotan cahaya di peringkat antarabangsa, tetapi hari ini, bayang tubuh saudara sudah makin kecil dan makin pendek. Namun saudara masih berpura-pura seolah-olah tidak ada apa-apa yang sudah berubah. Saya rap saudara tidak mendustai diri saudara sendiri dengan berkata, “Rakyat sepatutnya berterima kasih kepada saya kerana banyak membawa pembangunan kepada negara ini” manakala pada waktu yang sama saudara tidak pula menyebutkan bahawa saudara meninggalkan hutang luar sebanyak RM150 bilion dan hutang dalam negeri sebanyak RM70 bilion yang akan ditanggung oleh rakyat dan negara.
Tidak mungkin ada satu orang, tidak juga saudara, yang sentiasa betul sahaja manakala orang lain sentiasa salah sahaja. Saudara sendiri maklum, saudara bolehlah menipu sesetengah orang sekali-sekala, tetapi saudara takkan boleh menipu semua orang setiap masa!
Dengan hal yang demikian, adalah menjadi harapan saya hendak menyampaikan kepada saudara apa yang sebenarnya difikirkan oleh rakyat...iaitu sudah sampai masanya saudara undur daripada jawatan saudara sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan Barisan Nasional.
Saya tahu saudara mempunyai kuasa diktator, dan saya takkan lupa nasib yang menimpa orang yang menentang saudara seperti Tengku Razaleigh, Musa Hitam, Rais Yatim dan banyak lagi. Tetapi, sebagai seorang yang bertanggungjawab, saya mesti menjelaskan kenyataan-kenyataan yang pernah saya buat. Walaupun saya akan dipenjarakan, saya tetap akan mengatakan apa yang saya katakan.
Saya diberitahu Sultan Johor memanggil
saudara ‘MAMAK’. Allahyarham Tunku mengata saudara Pakistan. Saya setuju
dengan mereka sebab nama ayah saudara yang sebenar ialah Mohamad Iskandar
Kutty. Semua orang Kedah tahu perkara ini. Saudara sendiri tahu, dan saya
berani bersumpah, dalam tubuh saudara itu memang ada darah Pakistan. Itu
sebab semua yang saudara buat dan semua yang ada pada diri saudara semuanya
berbelit-belit, tidak lurus. Itulah sebabnya orang Melayu sedikit pun tidak
percaya saudara akan mempertahankan kesultanan Melayu, ataupun bahasa Melayu
ataupun adat istiadat dan kepentingan Melayu. Saudara satu orang hendak
menjadi tokoh antarabangsa, biar Melayu yang lain merempat tidak mengapa.
Tengoklah sahaja jenis Melayu yang mengelilingi saudara. Gabenor Bank Negara
(Mamak), Rashid Hussein (Mamak), Sheikh Fadzir (Mamak....Benggali tulen
sebenarnya MT), Amin Shah (Mamak) – banyak sangat kalau semuanya hendak
disebut.
Sekarang rasakan balasan Allah. Saudara
telah menghina para Ulama, dan saudara menghina janggut Nabi Muhammad SAW.
Saudara jadikan mereka bahan lawak. Sekarang saudara takut hendak ke masjid.
Sudah lima kali Jumaat, di mana saudara bersembahyang?
Jaminan 10 tahun bagi jantung saudara kini hampir tamat. Kami tahu, dengan ditemani oleh Dato Aziz Ismail, diam-diam saudara pergi ke Institusi Jantung Negara ikut jalan belakang. Orang bercakap. Mereka nampak saudara dan mereka bercakap.
Surat ini saya tulis kepada saudara dengan niat yang ikhlas. Saya benar-benar mengharapkan saudara akan membaca surat ini sendiri. Saya berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu hati saudara untuk menerima kenyataan ini, kerana semuanya adalah benar, meskipun ia amat pahit dan memedihkan.
Ikhlas daripada saya,
Dr. Rahim Ghouse
BEKAS AHLI UMNO
Diterjemahkan oleh AM
Ahli Persatuan Penterjemah Malaysia.
Apakah benar dia ikhlas melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri?
Dengan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri secara yang dilakukannya TKT Mahathir sebenarnya menjerat orang Melayu untuk terus bergantung kepada kuasa yang ada padanya lagi. Dia masih bermuslihat untuk menipu bangsa Melayu yang mengamanahkan beliau menaikkan martabat mereka. Memang padan... janganlah ada Melayu yang mengeluh kenapa mudah sangat mereka ditipu dan diputarbelitkan.
Yang perlu mereka renungkan waktu ini, setakat mana putar-belit itu akan berpanjangan dan apakah benar dinasti kodi yang diasaskan oleh TKT akan tamat begitu sahaja dengan pengunduran beliau kelmarin.
Soalnya sekarang, apakah anggota UMNO masih merelakan mereka dicucuk hidung oleh seorang manusia yang berhati syaitan ini?
Bersambung Bab 2...
Marhaintua <marhaintua@hotmail.com> 01.11.2003 (suntingan M@RHAEN)
Artikel-artikel
berkaitan: (sekiranya artikel berikut tidak
terdapat di sini, sila cuba di tapak sokongan M@RHAEN yang lain)
MMMM16
- Dr. Mahathir Yang Sudah Dirobotkan - Bhgn 1
MMMM16
- Dr. Mahathir Yang Sudah Dirobotkan - Bhgn 2
MMMM16
- Dr. Mahathir Yang Sudah Dirobotkan - Bhgn 3
MMMM16
- Dr. Mahathir Yang Sudah Dirobotkan - Bhgn 4
MMMM13 - Melayu Sudah Lama Kecewa Dengan Mahathir
Marhaintua: Melayu Juga Yang Hancurkan Melayu
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Maklumat semasa
boleh disemak di Forum M@RHAEN.
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN. |