|
Orang Melayu Lebih Takutkan Mahathir Daripada Allah (Bhgn 5) |
Hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum Mahathir si Kepala Taik berundur seperti yang dijanjikannya dalam persidangan UMNO tahun lalu. Lantas muncul satu persoalan apakah Paklah sanggup melakukan rombakan kabinetnya?
Kalau mengikut perlembagaan kita, Mahathir perlu menyerahkan surat perletakan jawatan kepada DYDP Agong. Kemudian, baginda akan memberi titah untuk melantik Paklah menjadi Perdana Menteri yang baru. Mungkin disebabkan mitos bahawa si Kepala Taik itu Malaysia dan Malaysia adalah si Kepala Taik, maka ramai generasi muda di negara ini yang beranggapan bahawa peralihan kuasa adalah berupa majlis serah kuasa antara Mahathir dan Paklah sahaja.
Itu pun baru kisah serah kuasa menjadi Perdana Menteri, belum lagi kisah serah kuasa presiden UMNO dan BN.
Kita tidak mahu jauh menyimpang dalam perkara ini. Cukup setakat mengemukakan beberapa persoalan seperti yang dibincangkan di merata negara sekarang ini. Apakah Paklah sanggup merombak kabinet yang ada? Bukankah dia pernah berkata bahawa dia mahu meneruskan dasar Mahathir supaya ada kesinambungan dalam pemilu nanti?
Kita membuat andaian seolah-olah Mahathir benar-benar akan melepaskan kuasanya kepada Paklah pada 30 Oktober ini. Saya pernah berkata, saya hanya akan percaya perkara itu selepas melihatnya dengan mata sendiri. Namun, kita perlu beringat seolah-olah penyerahan kuasa itu akan terjadi juga.
Apa juga yang akan dibuat Paklah, dia tidak dapat lari daripada bayangan si Kepala Taik yang bukan merupakan calang-calang manusia. Dia telah berjaya membudayakan hidup orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya dengan pelbagai unsur hidup mengikut selera hatinya, dan sekaligus menghumban budaya Melayu lama yang dapat diragau untuk dimusnahkannya.
Kita harus ingat, bukan calang-calang manusia yang mampu melakukan semua ini sedangkan penjajah British yang mula bertapak semula selepas Perang Dunia Ketiga pada 1945 dulu dan terus mencengkam kuasa sehingga 1957 tidak berupaya merobah budaya feudal Melayu, apalagi merobah ketaksuban Melayu kepada agama Islam.
Ketika Jepun memerintah negara ini sekejap pun, mereka amat menghormati budaya Melayu terutama sekali dengan sikap Melayu yang taat setia kepada agama Islam. Khabarnya dalam buku sejarah kepahlawanan askar Jepun di Singapura, ada ditulis keberanian askar Melayu dan kuatnya mereka kepada ajaran Islam.
Malahan kita dapat melihat bagaimana penjajah British merapatkan orang Melayu kepada agama Islam dengan memberikan hak dan kuasa penentuannya kepada Raja-raja Melayu serta menubuhkan Pasukan Agama Islam di setiap batalion rejimen Askar Melayu, sejak dulu-dulu lagi. Penjajah British membawa masuk paderi dan rahib untuk mengembangkan agama Kristian di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam, tetapi tidak di kalangan orang Melayu dan mereka yang beragama islam.
Akan tetapi Mahathir si Kepala Taik ini telah berjaya merobotkan orang Melayu sehinggakan dia sudah menjadi Raja kepada segala raja-raja Melayu, menjadi Hakim kepada segala hakim-hakim beruk yang ada, menjadi Mufti Besar kepada segala mufti dan ulama kerajaan di negara ini. Lantas, dia berjaya menarik kekebalan raja-raja, dan menamatkan subsidi kerajaan kepada Sekolah Agama Rakyat, tanpa menerima tentangan yang serius. Penjajah British yang bukan beragama Islam tidak pernah berani menyentuh bidang-bidang ini untuk menghamba-sahayakan orang Melayu, tetapi Mahathir si Kepala Taik berjaya melaksanakannya. Setiap lapisan orang Melayu termasuk raja-raja Melayu, mufti dan ulama menjadi bisu dan tidak berani menyanggahnya.
Bayangkanlah sendiri, betapa pintarnya si Kepala Taik ini selama dia mencengkam kuasa. Dia tubuhkan pelbagai agensi dan bina pelbagai struktur mega yang mahal-mahal tanpa kelulusan parlimen dan raja-raja. Tetapi dia tidak pernah terfikir mahu membina satu kompleks latihan khusus untuk anak-anak raja sebagai persiapan untuk mengambil alih tugas raja.
Bayangkan juga bagaimana dia boleh atur dan tentukan siapa di kalangan pemimpin UMNO yang dibenarkan mengerjakan umrah ataupun haji dengan tajaan Tabung Haji tanpa diketahui oleh penyimpan Tabung Haji. Kerana itu, tambang untuk jemaah haji tidak pernah turun kerana terpaksa menampung kos penyangak UMNO pergi ke Mekah dengan percuma. Di sana mereka mempunyai hostel khas hanya untuk penginapan pemimpin UMNO sahaja. Tetapi dia tidak mahu memperuntukkan sebahagian zakat Tabung Haji disalurkan khusus untuk biaya Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan perbelanjaan Imam, Khatib dan Tok Siak yang tidak mampu mengerjakan umrah apalagi rukun haji mereka.
Sepatutnya kalau wang Tabung Haji diuruskan dengan tulus dan ikhlas setiap umat Islam di negara ini mampu mengerjakan umrah apabila dia mencapai usia 30 tahun. Kalau kos tidak melebihi RM1500 untuk kerja umrah, setiap umat Islam mampu melakukannya dengan membayar balik kos itu secara ansuran. Sebagai perbandingan cuba baca akhbar asing dan lihat kos pergi balik daripada London ke New York hanya bernilai USD 180.00 (bersamaan RM720.).
Sejak dulu lagi saya pernah menulis dan mengatakan betapa Mahathir si Kepala Taik tidak pernah ikhlas memimpin Bangsa Melayu, dan menaikkan syiar Islam. Dia perlu melihat keadaan di Brunei, di mana setiap warga yang mencecah 60 tahun menerima pampasan usia emas setiap bulan tidak kiralah dia seorang pesara kerajaan ataupun tidak – asalkan mencapai 60 tahun sudah layak menerima elaun khas negara. Di Brunei juga masyarakat muallaf menerima bonus khas kerajaan untuk mengerjakan ibadat haji secara percuma. Kenapakah perkara semacam ini tidak diamalkan juga di Malaysia? Mahathir malu menirunya kerana dia fikir dia lebih pintar daripada Sultan Brunei.
- Paklah Mengambil-alih Negara Yang Sudah Bankrap
Sesungguhnya siapa sahaja yang akan mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan selepas Mahathir akan mewarisi sebuah negara yang sudah bankrap. Lantas, apa juga yang akan dibelanjakan nanti merupakan dana yang dihutang oleh kerajaan dan terpaksa dibayar hingga lima generasi yang akan datang. Tanpa berhutang, negara tidak dapat dibangunkan terus dan pembangunan yang akan direncana nanti adalah merupakan membaik-pulih segala pembangunan songsang yang sengaja diterap oleh si Kepala Taik. InsyaAllah kita akan bincangkan perkara ini secara jelas dalam penulisan akan datang.
Dalam perkara di atas ini kita mahu bawa beberapa contoh bagaimana Mahathir si Kepala Taik sudah sengaja membankrapkan negara. Sudah menjadi stail kepimpinan Mahathir setiap kali dia memperkenalkan sesuatu projek untuk ‘dinikmati’ oleh rakyat dia akan gunakan ‘orang tengah’ untuk membebankan rakyat juga. Kita mahu tonjolkan satu contoh yang paling unik dan masih segar di ingatan rakyat jelata – pembelian komputer melalui KWSP.
Seperti yang kita ceritakan dulu, penjualan komputer melalui KWSP adalah satu skim yang ditonjolkan oleh beberapa individu Cina rakus yang kini berselindung di sebalik projek MLVK.
Satu ketika dulu ada satu kilang pembuat komputer yang mahu mengalihkan perniagaan ke negara China dan Thailand dan menutup perusahaannya di Malaysia. Kita namakan sahaja syarikat ini sebagai ‘Getaway’. Syarikat telah sanggup mengeluarkan semua set komputer peribadi (PC) dengan harga tidak lebih RM500. Akan tetapi pencarum KWSP dikenakan membelinya dengan harga RM3500. melalui Pejabat Pos dan melalui sebuah syarikat bernama Oda Saja. Pada waktu itu setiap agen diberikan bonus antara 400 hingga 800 ratus bagi setiap set yang terjual. Bayangkan berapa banyak keuntungan yang disamun daripada para pembeli? Siapa yang membalunnya?
Pengeluaran wang untuk membeli komputer itu telah diselewengkan sehinggalah MTUC membantah kerana wang dikeluarkan itu selalunya disalurkan untuk memberikan wang tunai kepada calon yang inginkan wang tunai. Setiap pencarum yang menyertai projek ini boleh menerima wang tunai hanya sebanyak RM2700, tanpa menerima komputer. Ini bererti ejen penjual menyamun RM800 setiap pembelian tanpa menyerahkan komputer kepada si ‘pembeli’.
Projek yang disindketkan oleh satu kumpulan Cina penyangak ini telah memberikan mereka kekayaan yang tidak ada tolok bandingnya sehingga mereka mampu membeli bangunan yang ditinggalkan oleh pembeli perusahaan khinzir kerana diserang wabak JE. Dengan lain perkataan projek komputer melalui KWSP adalah satu kunci-niaga yang menyelamatkan segolongan Cina haprak dalam MCA yang ‘rugi’ dalam perniagaan ternakan khinzir. Mereka tidak rugi sebenarnya kerana mereka telah berjaya menjual dulu projek khinzir seperti yang pernah saya tulis pada tahun 1999 dulu.
Yang anehnya, seperti juga dengan projek lain di negara ini, orang Melayu dan India akan menceburi sesuatu bidang perniagaan apabila orang Cina sudah berkira-kira mahu melepaskan bidang itu.
Begitulah yang terjadi kepada projek komputer-Oda Saja. Ramai peniaga India dan Melayu yang bergadai golok mengadakan modal untuk membeli borang pembelian komputer para pencarum KWSP. Ada yang memberikan pinjaman dulu sebagai dorongan si peminjam mendapatkan ‘komputer’ kepada mereka Si peminjam tidak berminat dengan komputer sebenarnya. Yang dia mahu hanyalah RM2700 untuk membeli sebuah kapcai, sebagai contohnya. Agen kecil sanggup membayar sehingga RM500 sebagai wang pendahuluan kepada si peminjam, tanpa menyedari sudah ada satu muslihat besar di mana KWSP dan Kerajaan mahu menghentikan projek itu. Oleh kerana ejen Melayu dan India itu selalunya merupakan kumpulan beberapa individu yang berkongsi modal kecil untuk menjadi ejen pengedar utama, ramailah Melayu dan India yang jatuh muflis apabila kerajaan menghentikan projek itu. Adakah sesiapa di kalangan BN dan UMNO yang mahu membincangkan pampasan kepada peniaga kecil itu semua?
Akan tetapi semasa pampasan khinzir dibayar kepada penternak babi, ramai masyarakat Cina (dan India di sekitar Lukut) yang turut merasa sebahagian pampasan itu walaupun mereka tidak pernah kenal rupa taik babi. Mereka menerimanya kerana menjadi anggota ahli parti komponen BN semata-mata. Tetapi, adakah sesiapa memikirkan apakah pampasan yang diberikan kepada pegawai Melayu yang bertugas sebagai merinyu kesihatan ataupun pasukan polis penembak khinzir yang kini merana kerana terdedah begitu langsung kepada ubat pembasmi JE? Sesiapa yang pergi bercuti di Port Dickson boleh tanya Encik Hashim Merinyu Kesihatan yang kini masih bertugas dan merana kesan ubat pencegah JE ini. Beranikah Isa Samad adakah pampasan khas untuk kumpulan petugas seperti ini?
Sekarang mari kita tinjau projek penjualan komputer peribadi kepada rakyat jelata di Mesir yang dilaksanakan sejak tahun 2002.
Mengikut tulisan Esther Dyson pengarang buku Release 2.0. (edyson@edventure.com) kerajaan Mesir pernah merancang mahu menentukan sejumlah 7.5 juta rakyatnya memiliki komputer melalui satu skim bayar balik yang dibuat ketika mereka membayar bil telefon setiap bulan. Mesir mempunyai penduduk seramai 70 juta, tetapi hanya 7.5 juta yang memiliki talian tetap di rumah.
Sesiapa sahaja di Mesir yang memiliki telefon di rumahnya dapat membeli komputer peribadi secara berhutang dan membayarnya setiap kali membayar bil telefon. Telecom Egypt telah menguruskan jual-beli itu dan mencagarkannya kepada bank milik kerajaan. Bak mengambil risiko dan membayar pembuat komputer. TE menguti hutang komputer itu setiap bulan dan melunaskannya kepada bank sehingga selesai hutang itu.
Sejak kerajaan melancarkan projek itu pada November 2002, sejumlah 42,000 PCs telah dijual dengan harga cuma RM1,596 setiap satu. Bayangkan dengan harga RM3500 yang dikenakan oleh Oda Saja?
Satu kajian rambang yang dibuat oleh sekumpulan pembaik komputer di negara ini menyatakan kebanyakan pembeli komputer melalui Oda Saja sudah pun meraung kerana menyesal membeli komputer itu. Komputer yang dibeli dengan harga RM3500 itu kini hanya bernilai tidak lebih RM300 sahaja. Bayangkanlah sendiri, kenapa ramai pencarum KWSP dulu enggan menerima komputer itu tetapi sanggup menerima hanya RM2700 bagi kegunaan peribadi yang lebih baik lagi.
Demikianlah satu kisah projek Mahathir untuk rakyat marhaen semasa berada di penghujung kuasanya. Inilah contoh yang terbaik betapa tidak ada yang indah dalam pemerintahannya. Semuanya menghabiskan harta negara dan mencekik rakyat marhaen. Inilah antara bayang-bayang yang akan membuatkan Paklah mengigau apabila mengambil-alih kuasa.
Next: Sanggupkan Paklah Merombak Kabinet Yang Ada?
Marhaintua - 19.10.2003 (suntingan
M@RHAEN)
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Maklumat semasa
boleh disemak di Forum M@RHAEN.
Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN: Tapak Utama:http://marhaen.internations.net Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/ Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/ Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/ Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - https://e-umno.tripod.com/ |