|
Orang Melayu Lebih Takutkan Mahathir Daripada Allah (Bhgn4) |
Negeri ini sedang berada dalam satu keadaan yang sungguh bercelaru. Sejak hujan lebat menyerang utara Semenanjung, khidmat keretapi telah digantung, tanpa banyak beritanya di akhbar propaganda UMNO-BN. Mangsa banjir masih ternanti-nanti bantuan bekalan makanan dan pakaian, apalagi dengan harta-benda yang musnah dibawa arus yang tidak mengenal agama, kaum dan jantina.
Ada orang utara yang duduk di Putrajaya berjenaka mengatakan bahawa segala hujan yang patut turun membanjiri Putrajaya dan persekitarannya telah dilencongkan oleh hantu hujan ke utara Semenanjung.
Akan tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan si Kepala Taik? Mereka sibuk dengan segala propaganda menyatakan negara sedang menghadapi suasana aman menantikan peralihan kuasa apabila si Kepala Taik menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Timbalannya Paklah. Sidang OIC yang digembar-gemburkan sebagai satu persidangan Ketua-ketua Negara Islam yang tidak ada tolok bandingnya, hanya dihadiri oleh segelintir sahaja ketua negara. Sedangkan wang yang dihamburkan hampir dua billion memang ternyata tidak berbaloi untuk persiapannya. Kalau persidangan NAM dulu boleh dilaksanakan di PWTC, kenapa perlunya menyediakan dewan khas di Putrajaya? Malahan apa gunanya berbelanja lebih RM35 juta hanya untuk menyediakan tapak ekspo sempena persidangan itu?
Soalnya sekarang adakah sesiapa yang sedar bahawa serangan banjir yang menyerang Kedah dan utara Semenanjung adalah satu amaran daripada langit bahawa banyak bencana lagi yang akan melanda gara-gara pembaziran yang dilakukan untuk mengadakan persidangan OIC ini?
Pelbagai bencana dijangka datang melanda gara-gara segala pembaziran si Kepala Taik. Bayangkan apa yang sebenarnya dilakukan lebih satu tahun dahulu di mana beliau dan rombongannya dalam UMNO yang bertubi kali mengunjungi negara Islam di Timur Tengah dan Afrika meminta dan merayu agar semua ketua negara Islam itu datang menghadiri persidangan di Putra Jaya? Kalau si Kepala Taik boleh berbangga dengan Cyberjaya dan ICT kenapa tidak gunakan semua kemudahan ICT seperti ‘teleconferencing’ mengajak ketua-ketua negara itu menghadiri persidangan kali ini?
Segala persiapan persidangan adalah peluang terakhir bagi konco-konco si Kepala Taik untuk membalun wang rakyat marhaen. Bayangkan tapak ekspo sahaja menelan RM35 juta untuk menyediakannya. Kalau para perwakilan yang menghadiri persidangan itu diberikan penginapan di Kuala Lumpur, kenapa tak gunakan ruang ekspo di PWTC ataupun MINES untuk pertunjukan itu? Apa gunanya membazir RM35 juta untuk menyediakan ruang ekspo?
Kita percaya Persidangan OIC adalah satu titik tolak menunjukkan betapa membazirnya segala perbelanjaan yang dikeluarkan. Bayangkan tiga malam dahulu, hidangan makan yang disediakan untuk pegawai kerja setiap negara ahli OIC adalah untuk lebih 300 orang. Yang datang makan cuma setakat 30 orang sahaja. Apa jadi dengan segala hidangan yang mahal-mahal itu? Kenapa perkara ini tidak dilaporkan dalam akhbar kita, tetapi diceritakan dalam emel oleh segelintir perwakilan kepada sanak saudara mereka di luar negara dan kita hanya mengetahuinya melalui saluran yang sama?
Persiapan OIC merupakan kali terakhir negara ini berbelanja besar sebelum kebankrapannya mula menyerlah. Apabila Mahathir si Kepala Taik sudah berambus akan terserlah sedikit demi sedikit segala kebajingan beliau terutama dalam bidang pembaziran wang rakyat.
Sesiapa sahaja yang akan menggantikan si Kepala Taik ini harus bersedia dengan rancangan bagaimana mahu mengenakan tahanan di kediaman sendiri (house arrest) terhadap si Kepala Taik ini. Beliau akan merupakan saksi utama dalam setiap pendakwaan yang akan dikemukakan oleh rakyat marhaen terhadap pembaziran yang dilakukan oleh BN UMNO sepanjang pemerintahan beliau. Malahan, mana-mana parti pembangkang yang mahu menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang harus bersedia membentangkan apakah rencana mereka mahu membetulkan keadaan songsang sekarang ini dan membawa ke muka pengadilan segala salah urus yang disengajakan oleh Mahathir dan BN.
Kalau diandaikan Paklah yang akan menggantikan Mahathir si Kepala Tik, dia tidak akan menerima sokongan padu orang Melayu seandainya dia tidak berikrar mahu membasmi rasuah dan menghapuskan segala bentuk kronisme, kolusi dan nepotisme yang mendarah daging sejak si Kepala Taik naik besar kepala.
Sesiapa sahaja yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun hadapan selepas Pilihan Raya Umum nanti, dia akan merupakan seseorang yang berjanji dulu mahu menghancurkan kota kerakusan yang dibina sekian lama oleh pemerintahan si Kepala Taik. Ini bererti ramai hulubalang penyangak yang kini sedang sama-sama bersekongkol dengan si Kepala Taik akan turut berambus sama.
Seandainya Paklah yang benar-benar akan mewarisi teraju kepimpinan daripada si Kepala Taik, tugas pertama beliau ialah membubarkan kabinet dan melantik anggota baru dengan menghumban terus segala muka haprak yang naik tanpa pilihan raya. Ini merupakan satu cabaran besar kepadanya. Kalau dia berjaya merombak kabinet ini, bererti dia akan berjaya menukarkan pucuk kepimpinan Polis Raja Di Malaysia dan juga Angkatan Tentera. Sekali gus, semua proksi tentera yang sedang dipegang oleh beberapa bekas panglima tentera yang diletakkan di situ oleh Panglima Qarun Ismail (ingat rumahnya ditelan bumi) akan turut bertukar. Begitu juga dengan Raja Pasembur sekarang dan segala penjilat beliau.
Inilah cabaran utama yang akan dihadapi oleh Paklah bermula 1 November, 2003. Kalau dia berani melaksanakannya bererti dia akan berjaya menerajui BN untuk menghadapi pilihan raya yang dinantikan itu. Jika tidak Paklah akan merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling singkat dalam buku Guinness Books of Records.
- Bentuk Kerajaan Yang Akan Datang
Paklah tidak akan bertahan lama sebagai Perdana Menteri. Kita tidak perlu risau apakah si Kepala Taik akan terus menguasai dunia politik negara ini. Dia sudah nyanyuk, kalau dia tidak juga berundur pada Oktober ini, bererti kita akan menghadapi padahnya.
Lihat sahaja pada persidangan OIC kali ini, di mana Malaysia akan menjadi Pengerusinya sehingga pusingan yang akan datang. Selama hampir dua tahun si Kepala Taik mengelilingi dunia bersama para penjilatnya untuk memujuk rayu ketua negara OIC menghadirkan diri. Berapa kerat yang tiba? Apa jadi dengan semua Perdana Menteri yang hanya menghantar timbalan dan wakil peribadi sahaja? Berapa ratus juta ringgit telah dibazirkan untuk menghantar perwakilan khas Mahathir si Kepala Taik memujuk rayu mereka itu? Berapa juta lagi yang lagi yang kini dibelanjakan untuk membiayai para delegasi yang mengikut nisbah rombongannya ialah sekitar 1+9 (setiap ketua diiringi oleh 9 ahli anggotanya) dan beberapa wartawan pilihan daripada negara masing-masing? Mereka ini ditanggung makan dan minum serta tambang dan duit saku harian termasuk duit cuci pakaian.
Apakah sumbangan mereka kepada OIC sebenarnya? Kebanyakan Ketua Negara ini tidak pun mampu berbelanja untuk mengukuhkan populariti mereka di negara sendiri kerana terpaksa bergantung kepada negara maju dan kaya untuk memberikan subsidi kepada negara mereka. Apakah nanti yang mampu mereka sumbang kepada OIC?
Hampir 40 tahun OIC wujud, sepatutnya OIC merupakan organisasi yang lebih kaya daripada Bank Dunia. Bayangkan kalau setiap isi rumah mengeluarkan 10 dolar dalam seumur hidupnya? Kenapa tidak diusahakan ini sebagai bentuk ‘zakat’?
Sebenarnya OIC sudah tidak relevan kerana ia hanya menunggu saat untuk berkubur. Sepatutnya persidangan OIC kali ini digunakan untuk membubarkan pertubuhan itu secara rasmi dan menubuhkan satu pertubuhan Islam yang baru yang lebih berwawasan dan mempunyai sekretariat yang sama gah dan hebat seperti PBB dengan cawangan kewangannya yang sama hebat dengan Bank Dunia. Selagi perkara ini tidak dianjurkan, OIC akan terus menjadi penjilat negara kaya khususnya Amerika dan Israel. Bayangkanlah kalau segala infrastruktur yang gah untuk riak itu tidak dibina, kerajaan Malaysia tidak perlu berbelanja sampai dua bilion ringgit kerananya. Separuh wang sebanyak itu boleh dijadikan wang asas penubuhan OIC Baru lengkap dengan modal pusingan yang dijadikan “seed-money” untuk dunia Islam. Itu boleh merupakan visi luar biasa si Kepala Taik untuk dikenang ke akhir zaman dan membabitkan nama-baik Malaysia. Apa nak dikata, kita mempunyai pemimpin yang kosong otaknya, kecuali membalun harta rakyat atas nama pembangunan dan membalun segala wang itu untuk dilarikan keluar negara.
Alangkah aibnya apabila 57 buah negara Islam yang menyimpan lebih tujuh puluh peratus petroleum dunia tidak mampu menubuhkan satu Bank Islam bertaraf antarabangsa yang mampu menjana pembangunan dan menjadi obor pembangunan dunia. Sepatutnya setiap negara Islam itu mempunyai bangunan OIC yang dapat disewakan untuk tujuan komersial kepada umum. Barulah ada oomph pertubuhan itu. Kalaulah si Kepala Taik terfikir akan perkara ini, dia berhemah menganjurkan persidangan kali ini, tentu dia dapat meminjamkan wang kepada setiap negara Islam yang miskin membina bangunan OIC di negara mereka dengan teknologi Malaysia dan pengurusan bangunan dikendalikan oleh orang Malaysia. Bukankah itu lebih bermakna daripada struktur megah yang merupakan lambang kebodohan Islam Malaysia di Putrajaya? Malahan projek semacam itu boleh dirundingkan sebagai usahasama dengan Sultan Brunei serta beberapa Sheikh Arab yang kaya-raya dan tidak tahu bagaimana menggunakan simpanan wang mereka yang tersimpan di Amerika dan negara kafir.
Kerajaan Malaysia berbelanja hampir dua bilion ringgit untuk menganjurkan OIC. Manakah kita mahu taruh muka kalau OIC akan hanya mampu menjadi satu pertubuhan yang meniru apa negara kaya tentukan? Sedangkan negara kaya itu adalah negara Kristian?
Mana kita mahu taruh muka kalau kita bersikap celupar dalam persidangan OIC itu nanti kerana Israel dan Amerika akan menjawab: “Semasa kami mahu menyerang Iraq hanya Parlimen Syria yang menentang secara terang-terangan...!!”
Ada satu propaganda besar yang menyatakan Mahathir si Kepala Taik merupakan pemimpin Islam yang berani mengkritik negara besar seperti Amerika dan Britain. Itulah propaganda besar sebenarnya. Apakah rakyat Malaysia sudah lupa berapa juta yang dibayar oleh Kerajaan Mahathir kepada parti Republikan untuk membolehkan beliau dipelawa minum teh dengan Bush di Rumah Putih? Apakah rakyat Malaysia akan mudah lupa apa yang dilakukannya selepas pulang daripada Rumah Putih? Bukankah dia menghantar pulang pejuang Islam Aceh daripada negara ini sedangkan agensi PBB dan Amnesty International merayu agar dia memberikan suaka politik kepada pejuang itu semua? Dia sanggup melepaskan pejuang Islam itu untuk dibunuh oleh tentera Indonesia. Pada waktu yang sama dia mengatakan Malaysia ialah sebuah negara Islam.
- Berapa Pampasan Mangsa Banjir?
Mengikut laporan akhbar Utusan Malaysia 16 Oktober (muka surat 27) seramai 5,400 pesawah di Kedah menanggung kerugian hanya sekitar RM3.9 juta dalam banjir yang melanda baru-baru ini. MasyaAllah.....! Betulkah itu?
“Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Badri Mohd. Yunus berkata, padi yang berumur antara tujuh hari hingga empat bulan di kawasan seluas 7,749 hektar. Katanya, selain daripada padi, turut terjejas ialah ternakan ayam, udang galah dan tanaman sayur-sayuran.
“Kawasan tanaman padi yang paling teruk mengalami kerugian ialah Kuala Muda Selatan sebanyak RM1.5 juta, untuk kawasan seluas 3,000 hektar.
“Menurutnya kawasan lain yang mengalami kerugian besar ialah Kubur Panjang sebanyak RM987,000, Padang Serai (RM545,670), Sungai Petani (RM229,150) dan Pendang Selatan (RM112,250).
Kita mahu tanya, apakah formula beliau memberikan taksiran kadar itu? Pada 1999 dulu, semasa wabak JE menyerang ternakan khinzir anggaran kerugian ditaksirkan 250 juta ringgit. Angka itu dikurangkan kemudiannya kerana dianggap terlalu tinggi. Kita juga diberitahu bahawa taksiran kerugian itu sengaja dinaikkan dua puluh kali ganda oleh penternak khinzir dengan sekongkolan MCA dan Gerakan. Wang pampasan telah dibayar sebelum Pilihan Raya Umum 1999 dulu. Bolehkah sesiapa yang lebih pakar daripada Badri Mohd Yunus memberikan kerugian yang sebenar para petani di Alor Star itu. Saya fikir kerugian semuanya tidak kurang daripada lima puluh juta ringgit.
Manakah kita mahu taruh muka seandainya taksiran kerugian Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang itu dijadikan satu ukuran untuk membayar pampasan kepada setiap pesawah? Ini bermakna setiap pesawah akan hanya menerima pampasan sebanyak RM722.22 sen sahaja. Kalau dikirakan pesawah itu menanam dua kali setahun bererti pendapatannya adalah sebagai pesawah adalah hanya RM120.37 setiap bulan!
Adakah kita mendengar kenyataan wakil rakyat BN-UMNO mengenai pembayaran pampasan kerugian ini?
Saya yakin, kerugian pesawah Melayu di Utara akan menjadi isu besar yang akan menumbangkan BN dan UMNO dalam pilihan raya nanti.
Marhaintua - 17.10.2003 (suntingan
M@RHAEN)
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Ramai telah
memberikan sokongan dengan mendaftar sebagai Warga Forum M@RHAEN.
Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN: Tapak Utama:http://marhaen.internations.net Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/ Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/ Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/ Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - https://e-umno.tripod.com/ |