Orang Melayu Lebih Takutkan Mahathir Daripada Allah
Oleh Marhaintua
Awal kata: Saya mengucapkan syabas kepada Webmaster yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelima pembabitannya dalam mengendalikan satu laman web yang banyak jasanya kepada rakyat Malaysia. Semoga Allah merahmati usaha gigih anda dengan limpah kurnianya yang berpadan.

“Maka jika kita fikir kita mesti sedar bahawa nasib kita sekarang TIDAK ditetapkan lebih awal oleh Allah. Ia adalah seluruhnya atas perbuatan kita. Kita telah mengabaikan dan tersalah tafsir ajaran Islam. Apabila kita sepatutnya mendapatkan ilmu pengetahuan untuk yang boleh membantu kita menghalang serangan ke atas kita, kita telah menolak ilmu pengetahuan itu.”

Demikian sebahagian ucapan Si Kepala Taik pada 21 September 2003, bertajuk “Islam dan Ummah: Menilai dan Membina Semula Diri Kita Dalam Menghadapi Cabaran Baru di School of Oriental and African Studies, University of London. Keseluruhan teks ucapan adalah dalam Utusan (Propaganda) Malaysia bertarikh 23 September, muka surat 6).

Kenyataan di atas terang-terang menghina Islam dan sekali gus menghina orang Melayu yang memberi amanah kepada Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau dibaca sepenuhnya teks ucapan Mahathir si Kepala Taik ini, memang sah Mahathir tidak layak menjadi pemimpin umat Islam di negara ini. Sayangnya ada pula kumpulan pemikir Melayu yang berseminar di Alor Star dengan tajuk “Seminar Dr. Mahathir Pemikir Islam Abad ke-21”.

Daripada Membenci Cina Bertukar Membenci Islam?

Semasa Mahathir si Kepala Taik bersekongkol dengan beberapa pengikut setia Tun Abdul Razak untuk menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman Putra, dia telah menyebarkan surat layang yang beracun isinya menuduh Tunku mengabaikan orang Melayu kerana memberi muka kepada masyarakat Cina.

Orang Melayu percaya dengan dakyah itu lantas memberikan sokongan kepada Mahathir sehingga dia naik melonjak menjadi Perdana Menteri. Sepanjang tempoh dia meniti haluan yang menonjolkannya di depan, ramai pemimpin Melayu yang membantu beliau. Antaranya ialah Datuk Harun Idris, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Pada satu ketika dahulu tiga nama besar ini mempunyai pengaruh yang besar di hati orang Melayu, hingga ke hari ini. Aura ataupun ketokohan mereka yang mereka relakan tertumpah kepada Mahathir si Kepala Taik telah disauknya dengan rakus untuk menebar kuasa. Akhirnya ketiga-tiga nama ini hanya tinggal nama sahaja.

Hanya setelah dia berjaya menepis keluar tiga tokoh ini bersama beberapa nama besar yang lain (yang satu hari nanti akan kita bincangkan juga) Mahathir mula melakukan satu proses menukar persepsi dan pemikiran orang Melayu dalam dunia politik mereka.

Putar belit Menukarkan Budaya Melayu

Sepanjang cengkaman kuasanya, Mahathir berusaha menukar budaya Melayu feudal kepada satu budaya yang mencelarukan. Apa juga budaya Melayu lama ditungang-balikkannya agar Melayu tidak boleh bersatu padu. Orang Melayu hanya tinggal pada nama tanpa mengingat asal usul mereka di tanah air ini yang merupakan sebahagian Gugusan Kepulauan Melayu.

1. Melayu Menjadi Satu Bangsa Yang Lupa Daratan

Kalau kita ingatkan “Melayu Mudah Lupa” kita akan sedar bahawa unsur-unsur mudah lupa itu yang digunakan oleh Mahathir untuk melalaikan orang-orang Melayu. Orang Melayu dilupakan kepada hakikat bahawa Bangsa Melayu itu adalah satu bangsa Yang Besar, sehinggakan Bahasa Melayu diiktiraf sebagai ‘lingua franca’ rantau ini. Itu sebabnya Tentera Amerika sudah memiliki kamus bahawa Melayu yang diterbitkannya pada tahun 1942 lagi.

Memang jelas betapa Bangsa Melayu yang menguasai apa yang disebut sejak beratus tahun dulu sebagai “The Malay Archipelago” di mana panjangnya sahaja adalah melebihi 6100 KM. Dari Lautan Hindi ke barat daya lautan Pasifik. Mahathir berani membaca sajak “Melayu Mudah Lupa” kerana dia berjaya melalikan Melayu betapa mereka datang daripada satu bangsa yang besar di dunia in.

Kalau Amerika sudah sedar akan besarnya kekuatan Bahasa Melayu sejak awal empat puluhan lagi, kenapakah Mahathir yang mencengkam kuasa selama lebih 20 tahun di negara ini boleh gostan dan berpaling tadah menjadikan bahasa Melayu itu bahasa kedua di negara ini?

Kita mempunyai jaguh Bahasa Melayu yang menerima pelbagai anugerah dan bintang, sayangnya mereka tidak mampu bersatu mengeluarkan satu memorandum menentang tindakan Mahathir menjadikan Bahasa Melayu, bahasa kedua di negara ini.

Mahathir tidak ikhlas dengan Bahasa Melayu kerana itu pembinaan Putra Jaya dilengkapkan dengan Bahasa Inggeris yang dieja dalam bahasa Melayu. Dia gunakan perkataan ‘Presint’ kerana meniru ‘precinct’ di Amerika. Kenapa tidak gunakan perkataan Kampung 1, Kampung Dua ataupun Desa 1, Desa 9 dan sebagainya ataupun ikut cara di Mekah menggunakan maktab? Apa istimewanya perkataan ‘presint’?

Penggunaan perkataan ‘presint’ itu sudah cukup membuatkan orang bukan Melayu ketawa setiap hari dalam hati menunjukkan betapa bodohnya orang Melayu.

Kalau di zaman Melayu diperintah Sultan, tanpa kelengkapan roket dan kereta kebal, bahasa Melayu boleh dihormati oleh orang asing, kenapakah selepas tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, Bahasa Melayu itu menjadi bahasa kelas dua?

Bahasa Melayu terpaksa dianaktirikan kerana masalah politik dan perdagangan. Kita harus sedar, tidak timbul masalah orang Melayu tidak mudah mendapat pekerjaan kalau tidak pandai bertutur bahasa Inggeris. Soalnya di sini ialah kefasihan berbahasa Inggeris. Perkara itu amat mudah diatasi tanpa memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam bidang sains dan matematik. Muslihat sebenar munculnya ketaksuban memperkenalkan semua Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, terletak kepada masa depan pusat pengajian swasta yang bertaburan banyaknya di merata negara. Kedua, ialah keupayaan kerajaan untuk terus membiayai Institut Pengajian Tinggi milik kerajaan sekarang ini, semakin menjadi bebanan besar untuk masa depan.
 
Kalau Bahasa Inggeris dapat ditonjolkan sebagai bahasa yang lebih penting daripada Bahasa Melayu di negara ini, akan terjamin segala pelaburan membina IPTA di merata negara, selepas Mahathir sudah tiada. Kebanyakan institusi pengajian tinggi swasta dibina dengan pinjaman bank dan kalau kurang penuntut yang dapat memberikan jaminan belajar di IPTS itu, bererti ada institusi yang terpaksa gulung tikar.

Kita menjangkakan banyak IPTS itu akan bertukar pemiliknya dalam masa yang singkat ini kerana tuan punya IPTS itu akan turut lari keluar negara sejurus Mahathir sudah berambus nanti.

Untuk bersiap sedia mahu lari, mereka mahu tentukan bahawa pelaburan yang ditakik daripada pinjaman bank akan menunjukkan keuntungan besar sebelum mereka menjual pegangan saham institusi itu semua. (Begitu juga yang sedang direncanakan oleh Mahathir dan Ananda Krishna dalam penjualan saham Astro pada awal bulan hadapan – kita akan ulas dalam tulisan yang lain).

Apabila Mahathir si Kepala Taik ini bertindak memperkenalkan semula Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik, rakyat jelata terutamanya orang Melayu semacam akur sahaja tanpa memikirkan implikasinya. Saya berani katakan di sini bahawa rencana itu bukan sebenarnya mahu memajukan Bangsa Melayu agar fasih dalam Bahasa Inggeris. Tetapi ialah untuk membolehkan Aziz Shamsuddin dan penjilatnya menjadi kaya raya.

Cuba buka pasport pegawai pendidikan yang berurusan dengan buku teks dan periksa apa mereka buat di Medan, Manila, Bangkok, Batam, Singapura, Hong Kong selalu? Siapa taja perjalanan mereka itu kalau bukan pencetak dan penerbit buku? Dengan lain perkataan penukaran sistem pendidikan mengutamakan Bahasa Inggeris adalah bertujuan untuk memperkayakan sebilangan kecil Melayu UMNO yang dipacu oleh penerbit buku berbangsa Cina dan pengedar buku kumpulan Mamak. Siapakah yang menulis buku-buku itu semua? Berapa kerat pengajar Melayu yang terlibat?

Tetapi apakah bencananya? Berapa ramaikah orang Melayu yang akan menanggung malu?

Sebulan yang lalu saya telah diberitahu akan program kursus khas pengajaran Bahasa Inggeris secara intensif kepada 330 orang pegawai kadet polis dengan kerjasama New Straits Times. Kadet polis itu telah didedahkan kepada empat jurusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris – membaca, menulis, bercakap dan mendengar. Kursus in dibuat selama dua jam setiap sesi dan ada dua sesi setiap minggu. Khabarnya kesan program itu amat menggalakkan.

Kenapakah program semacam ini tidak boleh diperkenalkan hanya setelah seseorang pelajar selesai peperiksaan Tingkatan Tiga (PMR) dan membawa terus kepada Tingkatan Empat dan BI dijadikan satu mata pelajaran khas untuk Tingkatan Lima? Jawapannya terletak kepada fulus yang sedikit yang akan diraih dalam program yang singkat.

Sepatutnya kita harus kekalkan penguasaan Bahasa Melayu sepanjang sekolah rendah dan beralih kepada Bahasa Tamil dan Mandarin apabila setiap pelajar Melayu memasuki sekolah menengah. Barulah anak-anak Melayu akan membesar menguasai tiga bahasa besar. Sekali gus mereka boleh menceburi bidang niaga seantero dunia. Adakah Mahathir si Kepala Taik memikirkan perkara ini?

Mahathir sanggup menggadaikan martabat bangsa Melayu semata-mata kerana taiko-taiko Cina yang menguruskan pusat pengajian tinggi swasta mahu jaminan mereka menerima bekalan pelajar memonopoli pusat pengajian mereka untuk satu tempoh yang panjang. Kita boleh tulis panjang-panjang akan hal ini termasuk kisah tenaga pengajar Bahasa Inggeris yang dibawa masuk tanpa hadnya untuk mengajar di institusi ini. Kemudian mereka rencana program berkembar (twinning programmes) di luar negara di mana kehadiran pelajar kita di sana lebih menjurus kepada melancong sahaja dan bukannya benar-benar mendapat didikan pakar pendidikan di sana.

Program berkembar hanya bertujuan untuk memberikan ‘glamour-status’ kepada diploma dan ijazah keluaran institusi pengajian tempatan yang lebih mementingkan wang dan yuran pendidikan. Oleh kerana institusi swasta ini mempunyai wang yang banyak untuk memasang iklan, kita lihat sekarang ramai graduan mereka yang dikatakan lebih baik daripada mahasiswa-mahasiswi Melayu lepasan IPTA.

Malahan untuk kebelakangan ini kita kerap didedahkan dengan cerita pelajar Melayu di pusat pengajian tinggi yang ditangkap berasmaradana, di kawasan kampus, di kawasan semak dan belukar. Yang mengaibkan kebanyakan gadis-gadis Melayu itu berpakaian tudung lingkup. Rakaman dan edaran gambar itu dibuat secara meluas dan bersistem memberikan gambaran betapa rendahnya moral gadis-gadis Melayu di universiti. Kenapakah kerajaan merelakan penyebaran gambar-gambar ini? Apakah pelajar wanita bukan Melayu begitu tinggi moralnya kerana tidak ditangkap melakukan perbuatan sumbang seperti itu?

Lihatlah rumah sewaan di sekitar Sea Park, Petaling Jaya, Jalan Gasing, Damansara Kim dan Damansara Utama, Taman Tun Dr. Ismail, One Utama, Lembah Ampang sehingga Taman Kosas. Beribu-ribu pelajar universiti daripada kaum bukan-Melayu yang hidup bercampur jantina dan ada yang hidup laksana suami isteri sedangkan mereka masih belajar di maktab dan universiti. Mereka itu dianggap mempunyai moral yang tinggi. Malahan kalau kita tinjau Multimedia Universiti di Cyberjaya kita akan lihat gelagat anak-anak Arab yang menggunakan kereta Proton Perdana berlagak sakan mencari mangsa di kalangan gadis-gadis pelajar yang terpesona dengan kekayaan ‘mereka’ . Berapa ramai anak-anak gadis Melayu yang terjerumus ke kancah maksiat dengan serama Arab itu, tetapi tidak dilaporkan di akhbar-akhbar? Jawapannya mudah, kerana kebanyakan gadis Melayu di Universiti Multimedia itu adalah anak-anak orang-orang UMNO ataupun penjilat Mahathir si Kepala Taik.

Kelakuan gadis bukan-Melayu di kalangan pelajar pengajian tinggi memang boleh dijadikan satu kajian ilmiah yang panjang. Ramai yang bekerja sambilan sebagai GRO dan pelacur terhormat. Lihat sahaja di Kelana Jaya di sekitar Ridswan Apartment, di Ihsan Ville dan kawasan perumahan yang berdekatan dengan Sunway Lagoon. Ramai yang dikatakan belajar di beberapa institusi pengajian tinggi di situ tetapi hidup bersekedudukan dengan teman lelaki mereka.

Perkara semacam ini tidak diberikan liputan. Tetapi yang diberikan liputan ialah satu dua gadis Melayu bertudung lingkup yang berpelukan di bawah tangga dijadikan modal untuk menghina Islam.

Kisah menteri dan orang besar UMNO yang terlibat skandal ‘orgy’ isteri-isteri orang, dengan janda muda dalam Wanita UMNO dalam Puteri UMNO dan kisah isteri-isteri yang berpangkat menyimpan gigolo ataupun berpelesiran di Eropah menyewa pelacur lelaki tidak pernah didedahkan.

Malahan kisah pemimpin UMNO yang membawa masuk gadis sunti Vietnam untuk diagihkan secara berpusingan antara mereka tidak pula terbuka rahsianya.

Mahathir dan para penjilatnya dalam BN dan UMNO pandai memainkan sentimen orang Melayu marhaen bahawasanya hanya UMNO parti yang boleh memerintah negara ini dan hanya UMNO yang mampu membanteras segala maksiat yang ada di dalam negara ini kerana PAS tidak pun mampu membendung nafsu kaum wanita yang mudah menutup kepalanya.

Kerana itu semua lidah komunikasi UMNO menggembleng tenaga mengatakan pengaruh PAS tidak sesuai di negara ini dan di kalangan orang Melayu.

Malangnya hampir semua cerdik pandai Melayu sanggup membisu, kerana mereka lebih takutkan Mahathir daripada Allah s.w.t.
 

  • Marhaintua - 29.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

  • ~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
    Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

    Click Here!